Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


January 22, 2013

Panas: 'Menjelang PRU13', DAP Gesa Pucuk Pimpinan Pakatan Rakyat Siasat Facebook Palsu DUN Teruntum

KUANTAN, 22 Jan - Ketua DAP Kuantan. Micheal Cheah (foto) meminta Pakatan Rakyat menyiasat kemunculan akaun facebook palsu DUN Teruntum yang menimbulkan kontroversi dikalangan rakyat sekarang ini. Akaun facebook berkenaan secara jelas memaparkan gambar dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuantan iaitu Sim Chon Siang dan Kamarul Hatta Md Ali sedang memegang bendera parti itu di sebuah jalanraya di bandar ini. Kewujudan akaun FB itu menngejutkan ramai pihak kerana ia lebih memaparkan aktiviti pemimpin PKR terbabit yang ditonjolkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi DUN Teruntum pada Pilihanraya Umum ke-13. Dalam satu kenyataan media kepada sebuah akhbar berbahasa Cina, Fuziah Salleh selaku Ahli Parlimen Kuantan menafikan akaun tersebut dibuat oleh PKR dan menuduh ianya adalah akaun palsu yang diwujudkan untuk menghuru-harakan parti tersebut menjelang PRU-13 ini nanti. DUN Teruntum kini masih lagi menjadi perbalaha dan perebutan antara kedua-dua parti iaitu PKR dan DAP. Pucuk pimpinab tertinggi Pakatan Rakyat Pahang masih belum memutuskan parti mana yang akan bertanding di situ, makanya kewujudan FB terbabit sedikit mengoncangkan hubungan akrab antara kedua-dua buah parti terbabit di Kuantan. "DUN Teruntum akaun peribadi telah disahkan oleh YB Fauziah bahawa ia BUKAN akuan rasmi Parti Keadilan Rakyat. Oleh tu, kami pun telah berbukti penyamar Akaun PKR ini telah pun menyebar berita politik yang tak tepat dimana belum disahkan dalam Perbincangan Pusat Pakatan Rakyat,ia akan mengelirukan para pengundi sekiranya. Oleh sebab tu, Pakatan Rakyat Negeri Pahang ingin menggerakan tenaga internet supaya REPOT kepada akaun palsu ini dengan serta-merta, Terima kasih", kata Micheal Chah dalam posting di FB nya. "We, DAP Ktn just want to hv a fair and clean Allocation of seats in East Pahang ! so that we exposed these Dun Teruntum Scandals openly... Bukti yang diperolehi berikut telah jelas membuktikan bahawa Dun Teruntum telah menyebarkan maklumat tertinggi dalaman Pakatan Rakyat yang belum disetujui dan diumumkan melalui saluran internet secara terbuka,ini telah melanggar peraturan PR begitu serius sekali. Disamping itu, secara telus akan menjejaskan perhubungan baik antara ranting PR. Oleh sebab itu, Akuan Dun Teruntum telah disahkan dengan bukti yang cukup Kukuh bahawa ia adalah Akuan Perosak kepada PR,maka ia patut direpotkan dengan segera ! , tambah dalam kenyataan di facebooknya.


[Pakatan Rakyat Negeri Pahang perlu menjaga tingkah laku mereka menjelang PRU-13 tidak lama lagi. Tinggal lagi lebih kurang dua bulan untuk pilihanraya umum namun mereka masih belum mendapat keputusan muktamad tentang pembahagian kerusi DUN dan Parlimen di negeri ini sekarang. Kerusi DUN Teruntum sepatutnya diserahkan kepada DAP kerana PKR sudah menguasai sebahagian bersar kerusi parlimen dalam bandar Kuantan seperti Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar. Malah mereka juga telah mempunya kerusi DUN dalam bandar iaitu Semambu di Parlimen Indera Mahkota. Maka itu, adalah lebih baik kerusi DUN Teruntum diserahkan semula kepada DAP selepas dipinjamkan kepada PKR dalam pilihanraya lalu. PKR dan DAP sudah punyai kerusi masing-masing dalam bandar Kuantan maka, apa salahnya kerusi DUN Teruntum diserahkan kepada DAP sebagai tanda kesepakatan. Jika tidak sudah pasti undi protes akan berlaku yang menyebabkan mereka tidan berpeluang untuk merampas kerusi tersebut dari BN (MCA). Rakyat melihat apa yang berlaku dan semua pihak harus berhati-hati membuat keputusan yang boleh menggugat kepercayaan pihak  lain].

7 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Ketua kaki mabuk duduk diam sudah.. bising lebih, Bahasa Melayu pun tak fasih.. Cina bodoh!

Anonymous said...

Bukan nak mempertahankan tapi nabi saw bagi tahu belajar kamu sampai ke negeru china. Maknanya orang china lebih cerdik pada anonymous 1.

Wallahu'alam.

Arrazzi Alhafiz Alattas said...

Bila masa Nabi s.a.w cakap macam tu? Belajar sampai Negeri China tu pepatah Arab je. Jangan nk libat nabi.

PAS untuk SEMUA

Anonymous said...

Ikut apa pun. Tapi ada jugak.

Anonymous said...

bodohnya kita kat sini sebab bergaduh sesama sendiri,si penulis/pengarang pun bodoh gak sebab bangang,kerusi dun teruntum patut si serahkan kepada parti PAS,aku pengundi dun teruntum,tidak akan aku sokong Cina,sanggup aku sokong BN.....

abis semua cina nak apa yang tinggal pada PAS

Anonymous said...

Bubar dan Undi Tarikh 22/30 bulan cari sendiri.....sebab tu Dacing IKAN BILIS berkibar kat trafik light di Temerloh ni....parti lain tak Bolih....Eloklah tu....!

Anonymous said...

Anonymous 5...

Jangan kerana seekor nyamuk kamu bakaar kelambu. Jangan kerana PAS tak bertanding DUN Teruntum maka kamu nak pangkah dan sokong BN????

Kamu marah sebab yang bertanding itu berbangsa cina. Tapi yang kamu sokong tu cina jugak.

Nampak kamu macam perkauman tapi rupanye kamu seorang yang .........

Semoga allah swt bagi hidayah kepada kamu dan semua pembaca bloger PDO... Amin.

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter