Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat Alaf Baru !! DISINI
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


January 8, 2013

Panas: Perkhidmatan Awam Biasa Lumpuh Gara-Gara Kerajaan Lanjutkan Operasi Percuma Rapid Kuantan!

KUANTAN, 8 Jan - Kewujudan perkhidmatan bas bandar "RapidKuantan" melegakan ramai pihak terutamanya penduduk di sini yang telah sekian lama mengharapkan sistem tersebut. Keluhan hati rakyat akhirnya membuahkan hasil apabila Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak mewar-warkan berita gembira itu dalam Bajet 2013 yang lalu. Kini rata-rata warga Kuantan yang ditemui merasa selesa dengan perkhidmatan tersebut yang dilihat telah mempermudahkan segala urusan mereka sekarang ini. Malah, kekerapan bas yang lalu sekitar 20 hingga 30 minit di kawasan mereka telah memberi harapan baru buat rakyat untuk berurusan di bandar dengan lebih mudah lagi. Namun, dalam kecerian tersebut kini heboh diperkatakan ada pihak yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan perkhidmatan terbabit. Mereka bukan kecewa atas perkhidmatan yang diberikan, namun kecewa kerana kerajaan gagal menjaga kebajikan mereka. Inilah yang berlaku kepada pengusaha teksi dan kereta sewa di sekitar bandar Kuantan sekarang. Rata-rata yang ditemui tidak berpuas hati kerana sejak kewujudan perkhidmata bas terbabit kini mata pencarian mereka semakin merudum. Jika dulu mereka memperolehi pendapatan sekitar RM100 hingga RM200 sehari, kini mahu mencari RM50 hingga RM100 pun mereka sudah tidak mampu. Ramai yang mula berkira-kira untuk "gulung tikar" akibat permasalahan tersebut. "Kami tidak kisah kerajaan mewujudkan bas RapidKuantan sekali pun, namun biarlah berpada-pada... Bas bandar "town service" biarlah beroperasi di kawasan bandar sahaja... tapi RapidKuantan sudah tersasar dari matlamat asalnya... mereka bukan saja beroperasi di bandar.. malahan juga hingga ke luar kawasan bandar... mereka pergi sampai ke Gambang, Universiti Malaysia Pahang dan lain-lain kawasan yang jaraknya hampir 30 kilometer dari pusat bandar... Ini tidak adil kepada kami.... ramai diantara kami yang terpaksa ikat perut akibat masalah penumpang sekarang ini", kata wakil persatuan pemandu kereta sewa dan teksi yang ditemui. "Lebih perit lagi apabila kerajaan melanjutkan perkhidmatan bas percuma dari pada sebulan kepada lima bulan (hingga bulan April) ini... Jika sebulan kami tidak kisah sangat.... tapi jika sampai lima bila agi bas percuma.. ini jelas sekali cuba menyekat mata pencarian kami... ramai dikalangan kami yang sedih dan terkilan melihat senario yang berlaku... Kerajaan bagi bas percuma sampai bulan April semata-mata mahu pancing undi pilihanraya umum ke-13 nanti.. nasib kami semakin teruk dan mungkin lebih ramai lagi akan gulung tikar selepas ini..kini kami hanya bergantung kepada pelanggan tetap sahaja untuk mencari rezeki,... penumpang baru tidak mungkin naik teksi atau kereta sewa lagi sekarang, mereka pasti mahu khidmat percuma ditawarkan RapidKuantan", tambahnya.


[Masalah ini juga dilihat turut membelenggu syarikat bas bandar di Kuantan sekarang. Dilaporkan ada syarikat bas yang sudah gulung tikar dan menanti masa untuk bankrap kerana gagal membayar hutang serta pinjaman bank akibat kegagalan mendapatkan penumpang sekarang. Difahamkan, RapidKuantan kini sedang merancang untuk membuat laluan baru hingga ke Pekan yang jaraknya lebih 40 kilometer dari bandar Kuantan. Ini berkemungkinan besar menjejaskan terus syarikat bas sedia ada seperti Bee Huat dan Rahmat Alam yang beroperasi di laluan itu sejak sekian lama. Difahamkan, ada syarikat yang mahu mengadakan mogok terhadap tindakan kerajaan ini yang dilihat menjejaskan pendapatan mereka. Paling mengejutkan bagi pemandu teksi dan kereta sewa yang tidak mahu meneruskan operasi mereka diminta menyerahkan semula permit kepada kerajaan dan dibayar ganti rugi hampir RM30,000 sekarang ini. Begitu juga kepada mana-mana kakitangan syarikat bas yang mahu bersara dibayar sekitar RM8,000 oleh kerajaan jika tidak mahu meneruskan pekerjaan masing-masing. Rata-rata dikalangan mereka adalah orang Melayu yang sepatutnya dibela oleh kerajaan. Senario yang berlaku ini amatlah meyedihkan kerana bas RapidKuantan yang sepatutnya hanyalah bas "Town Services" kini sudah mematikan periuk nasi ramai pihak bila dibenarkan beroperasi percuma "lebih masa" dan laluan di luar kawasan seperti hari ini. Kerajaan diharap masuk campur segera tangani isu ini!].

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Say Event said...

pahang daily ni pun satu berat sebelah,dulu apsal tak kua berita yang teksi kat kuantan ni cekik darah??
baru padan teksi2 kuantan,selama ni meraka cekik darah,skang dah ada bas bus,org dah naik teksi.

hal bus bee huat,pegi mati lah die nak bankrap ke apa ke,kualiti perkhimatan die pun teruk,sapa yang naik je yang tau.


Patut nya korang berterima kasih sbb ada rapid kuantan,org2 susah boleh ke banda dgn percuma ataupn lepas ni cuma bayar tiket rm 2 je,bukan macam teksi2 kuantan yg cekik darah.

nak jadi pembangkang pun biarlah bertembat,pakai otak oi,bukan pakai lutut.

tq

Anonymous said...

bersainglah cara sihat.
Selama ni dok cekik darah, org komplain buat bodo je.

Anonymous said...

pergi mampus lahh teksi dan bas bee huat........dah lama service patut quality dan ketetapan masa dah naik lagi baik..tapi harga je naik

dan pengunaan bus dapat kurangkan jemm kat kuantan...x perlu lah kita tgk teksi2 nie menyibuk.

Anonymous said...

anonymous 3.

Aok naik ke bas bewat. Yang aok pandai sangat tulis.Kalu aok costemer tak pe kata gitu. Koi takut aok i lebih sudu dari kuah. Aok pun g keja ke, bersior sior ke tak pun rombongan penantin naik kete lembu kot.

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter