Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat !! DISINI
Lazada Philippines
PAHANG DAILY ONLINE (PDO)MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA YANG TERUS MENYOKONG BLOG INI


January 10, 2013

Panas: "Penduduk Keliru", Kenyataan Polis Berbeza Dengan Apa Yang Mereka Saksikan Di Depan Mata !!

BUTTERWORTH, 10 Jan - Orang ramai terutamanya pada penduduk kampung Padang Ibu, Guar Perahu, Kubang Semang dan sekitarnya dekat sini keliru dengan kenyataan yang dibuat oleh  Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar (foto) yang mendakwa berlakunya tembak-menembak sehingga menyebabkan polis terpaksa membunuh salah seorang penjenayah terbabit hari ini. Ia berikutan ada beberapa orang saksi yang melihat kejadian itu mendakwa salah seorang penjenayah yang ditembak di tali air Kg.Padang Ibu dekat sini sebenarnya telah ditembak oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ketika dia keluar dari kereta Proton Perdana yang terbalik untuk menyerah diri. Dalam kejadian itu, UTK dikatakan melepaskan beberapa das tembakan mengenai tubuhnya. Namun, dalam kenyataa media yang dikeluarkan oleh polis hari ini mendakwa polis melepaskan tembakan pada tayar kenderaan terbabit hingga ia terbabas dan terhumban ke dalam sungai (walhal tali air) kemudian berlakunya tembak menembak. Kenyataan itu jelas sekali sesuatu yang tidak masuk dek akal kerana dipercayai penjenayah berkenaan tidak bersenjata. Malah ketika mereka melarikan diri dari tahan polis ketika dibawa ke mahkamah baru-baru ini pun mereka hanya menggunakan "serbuk lada (kari)" terhadap anggota polis terbabit. Maka, mana mungkin mereka boleh melepaskan tembakan sedangkan ketika itu tercedera akibat kereta terbabas. Menurut saksi kejadian, memang ada bukti salah seorang penjenayah berkenaan cuba menyerah diri dan seorang lagi melarikan diri ke kawasan sawah padi yang berdekatan. Beliau juga kemudian telah ditembak oleh pihak polis selepas itu. Ramai yang mempertikaikan tindakan polis terbabit, namun ia sudah berlaku dan kini hanya tingga lima penjenayah saja lagi yang sedang diburu. Sementara itu, ada pihak yang mendawwa tindakan membunuh penjenayah berkenaan ada kaitannya untuk menghapuskan bukti, siapa yang berikan serbuk lada (kari) kepada mereka. 



Sementara itu seorang lagi penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Chot berkata "Tak ada senjata pun... depa nak ambik senjata kat mana?.. depa lari lepas tu kereta terbabas dalam talia air jer... driver (penjenayah) dah surender (menyerah diri).. tapi kami nampak polis (UTK) tetap tembak.. sorang lagi sempat lompat keluar dari kereta dan lompat naik seberang tali air.. itu pun depa tembak.. punyaah ramai polis mai (datang)... depa duk buat macam kes Mat Komando la pulak... budak (penjenayah) ni bukanah gengster yang glamer mana pun...". Dengan kenyataan para penduduk ini, jelas membuktikan tidak berlaku tembak menembak dalam insiden terbabit sebenarnya. Justeru, siasatan yang rapi perlu dijalankan dan pihak atas (polis) jangan hanya mendengar penjelasan orang bawahan. Sebaliknya mereka juga perlu dengar kenyataan daripada beberapa orang saksi (penduduk kampung) yang berada di lokasi itu.


[Kenyataan yang bercanggah oleh pihak polis memang biasa rakyat dengar. Malah ketika himpunan Bersih 2.0 sebelum ini pun banyak kenyataan pihak polis yang dilihat tidak berpijak di bumi yang nyata. Kini, apakah rakyat boleh menerima bulat-bulat kenyataan tersebut. Malah dakwaan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang kepada Bernama bahawa polis menembak tayar kereta penjenayah terbabit dan kemudiannya terhumban ke dalam sungai, juga dilihat bercanggah. Dari gambar yang kami siarkan ini jelas sekali ia bukan sungai tetapi hanyalah taliair. Soalnya sekarang, kenapa perlu ada kenyataan bercanggah yang boleh mengelirukan orang-orang kampung? Ramai juga yang marah dan kecewa apabila penjenayah terbabit ditembak, sedangkan mereka tidak membawa apa-apa senjata sekali pun. Sepatutnya mereka itu ditahan dan didakwa atas tuduhan melarikan diri dari tahanan dan mencederakan anggota polis dan bukannya terus ditembak].

26 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Sedih sungguh..menitik air mata ku membaca statment ini..kenapa lah polis kejam sangat.

Anonymous said...

Dunia selamat, akhirat kau tanggunglah dosa membunuh orang tanpa hak.

Anonymous said...

polis raja dimalaysia???????????????

Anonymous said...

mcm kes adik aminurasyid. 21 das dilepaskan utk menghentikan kereta. kemudian tuduh jumpa parang. bila sebut kes dlm mahkamah tak pun ada cerita pasa parang. pembunuh akhirnya bebas. semoga laknat Allah keatas mereka yg zalim!

Anonymous said...

aku la ni asal nama polis sejak keluaq dari sekolah menengah lagi dah tak percaya kat polis...zaman firaun dulu puak puak polis firaun la yang bunuh budak budak lelaki...zaman la apa bezanya...paling banyak berjudi depa la,,,biladuit habis pow kot jalan,,rampas mercun depa jual,,,nasib baik aku tak jadi polis,,,,tak nafikan ada jugak polis yang baik dan beriman...

Anonymous said...

Bagus bagus, lepas ni belalah lagi penjenayah. " pepatah melayu ada cakap buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.
Nanti kalau ada keluarga sendiri kena samun ke, bunuh ke. Jangan marah penjenayah tu, tapi ucapkanlah terima kasih.

Anonymous said...

Jgn masuk campur keje Polis.

Itu tugas depa... mana ada yg sempuna.

Klu penjenayah tu trus bebas dan wat onar lg korunk dok ckp Polis tak wat kerja plak.

Jd buat le tugas memasing.

Anonymous said...

Dibawah rejim umporno/umngok/bn ni, institusi polis dah jadi tak keharuan. Inilah diantara sebabnya umporno/umngok/bn wajib diturunkan pada PRU13 nanti. InsyaALLAH kerajaan PR akan mendaulatkan balik institusi ini. ABU..........

Anonymous said...

aku pelik
kenapa anti sangat dengan polis?
ada ja yang tak kena..
tengok blog ni
sumber mana2 entah
pak chot la..
biar la ditembak
kurang sikit jenayah di Malaysia
dan buat penjenayah di luar gentar

Anonymous said...

Good job... Klu penjenayah tu rogol,adik,mak ko..rompak samun keluarga ko redha je x yah buat repot polis. X suka sgt ngn polis pe hal...?acik ko puuuih guna otak sikit..!!

Anonymous said...

sepatutnya ahli politik yg rasuah juga diburu macam ni. barulah adil

Anonymous said...

jangan marah2..penjenayah berbahaya..belum kena tang hidung kita melalak la.dah kene eh kasi tembak tembak

Anonymous said...

sikit2 nak tanya psl serbuk cili...cuba kira dah beberapa hari dorg trlepas...siap pakai baju lain lg, kete sapa supply ? dah tentu org2 mcm ni ada kuncu2 kat luar..bukan kosong mcm hangpa..toksah nak pertikai lg keje org..andai kata penjenayah2 spesis mcm ni buat something2 kat org pasti ko pon mrh pastu ko pon bising psl apa dia ni x ditembak mati je.... tembak susah x tembak pon susuah..korg nak apa lg bg puas hati korg ? ke korg nak bg cdgn bubarkan je pasukan polis ehh ??

Anonymous said...

dunno if false reporting or police brutality

Anonymous said...

Keje polis korang pertikaikan. Ptuuii. Polis yg cacat seumur hidup menjalankan tugas ada korang kesah? Kalo nak bela sgt yg dah terang2 penjenayah x ker bahalol tu. Besok2 kalo iya pun kerajaan baru korang yg keje polis tetap polis. Drg keja utk hidup dan mempertahankan diri sendiri sewaktu bekerja bukan duk diam dipijak2 kepala.

Anonymous said...

Tipulah banyak mana pun ALLAH mengetahui apa yang kita lakukan. Nanti tak tertanggung kot di akhirat nanti.

Anonymous said...

nmpknya yg kondem polis ni memg x fhm hukum fiqh 'jika ada kemudaratan, pilihlah yg paling kurg mudarat berbanding yg mudaratnya besar'...bila suruh berjaga cegah jenayah mcm2 alasan,tugas polislaj,itulah,inilah...bila rmh sendiri kene rompak,anak sendiri kene rogol,salahkan polis jugak.eloklah penjenayah yg terlepas tu pegi duduk rmh diorg ni,baru tau betapa baik dan budimannya penjenayah tu...

Anonymous said...

Apa yang penting pihak polis dah minta 5 orang lagi tu serah diri, tapi masih belum ada tanda-tanda diaorang nak menyerah.(penjenayah tegar)
Jadi terpulanglah pada kita rakyat Malaysia menilainya.

Anonymous said...

jgn trus menuduh polis jhat la mkn duit la. pnah korg pk klo polis x da korg nk mtk tlg sape klo da kes bnuh, rogol, samun, dera, tpu, polis gak. ble dorg x dpt tgkp kte polis x wat keje la, mkn gji bta la.. pjnayah mcm ni elok pn kna bnuh n lg 1 ne lg 2org plis yg jd tbusan i2 korg x ksian pjnayah yg dikesiankan pe la korg ni..

Anonymous said...

Pada pendapat saya; Menghukum biarlah di tempatpnya iaitu mahkamah. Zaman rasulullah dulu pun mewujudkan kehakiman sebagai medan menghukum bukan org ramai atau polis. Cuma situasi darurat tersebut perlu dilihat kepada Apakah perlu membunuh sebelum dijatuhkan hukum? Jika tiada, maka biarlah hakim yg menentukan jenis kesalahan dan hukumannya. Contoh kes jenayah yg dilakukan + lari daripada tahanan + mencederakan pihak polis + mendatangkan kemudaratan dan ancaman awam = HUKUM TEMBAK MATI? Jika YA, heret ke mahkamah dan jatuhkan HUKUM MATI. Apa ancaman ketika dia ditembak semasa menyerah diri? Jika bersenjata, Polis berhak mempertahankan Diri. Sila rujuk KANUN PROSEDUR JENAYAH (Bhg Tangkapan Sek. 15 dan Bhg. Hak mempertahankan diri oleh Polis). Jika wujud elemen tersebut dalam situasi kes ini maka tak perlu kita bergaduh sesama sendiri. Kita laksanakan tggungjwb rakyat, Polis laksanakan tggungjawab keamanan.

aman said...

para anonymous yang menyokong penjenayah ni memang bodoh dan bangang. Penjenayah ni sama ada dia buat kes besar atau kecil jangan bagi muka. Kalau kena batang hidung sendiri diperas ugut orang kita pun dah marah setengah gila. Tahniah polis bunuh saja penjenayah ni. India yang bunuh sosilawati tu kalau dia pandai terlepas dari dakwaan bersalah nanti kalau dia keluar lokap je tembak mampus ya wahai polis-polis. Seronok dengar penjenayah mampus kena tembak. Sapa simpati dengan penjenayah bagus kamu juga ganti tempat 7 penjenayah tu.

mina said...

Polis yang dikehendaki oleh para simpati dan pendokong kepada penjenayah akan bersikap begini.Maafkan kami ya tuan-tuan penjenayah semua. Sila lemparkan serbuk cili kat mata-mata kami ya tuan penjenayah. Pas tu tuan penjenayah tendang dan pijak lah kepala-kepala kami ya. Bila polis terpaksa tembak polis akan kata macam ni. Maaf ya tuan penjenayah kami tak terdaya tembak tuan-tuan. Eloklah tuan sahaja tembak kami-kami polis ini. Maafkan kami para polis kerana berbuat jahat kepada para penjenyah sekalian. Inilah agaknya yang diingini oleh para simpati di atas.SIMPATI BODOH. SURUH SEKOLAH BAIK-BAIK NI PONTENG JE KORANG.

Anonymous said...

jgn la cmpur adukkn hal jenayah dgn politik boleh tak??kpd sesiapa yg kesian sgt kt pnjenayah2 nie..aku nk bgtau..aku ni org kubang semang..tau mana umah salah sorg penjenayah tu..klau korg yg dok kt sni br la korg tau betapa tkutnya kami disini..risau klau2 pnjenayah tu msukk pecah umah ke..bt apa2 yg xelok ke pd keluarga kami..korg yg ckp senang la..cuba byg polis2 smpat ke nk tnya kt pnjenayah2 nie dorg ada snjata ke takkk..msti la kena tmbakk..nama pn pnjenayah mrbahaya..xkn nk tggu dia dh bunuh sorg org awam br polis leh tembak dia???apa la kejadah mnusia2 zaman skrg nie..pnjenayah pn nk sokong...nmpk sgt dh taksubb ngn dunia politikk..xabih2 nk salahkn kerajaan..setiap pemerintahan msti la ada kelemahan..cuma kita pk la mana yg terbaik tuk masa depan kita,anak2 cucu kita...tmbah2 org melayu..bknnya nk brsatu..tau nk brpecah belah je...yg sronok esok cina ngn india je..gelak sakan tgk melayu pkat gduh2..ibarat melayu nie.."Menang bersorakk,Kampung tergadai". Patut yg sokong pnjenayah2 nie malu sbb semua PENJENAYAH2 tu melayu...bt malu bangsa sndiri jerrr...

Anonymous said...

PENJENAYAH TUE MATI KENA TEMBAK NGAN POLIS... PENJENAYAH MASUK LOKAP KERANA MEMBUNUH SEMASA MEROMPAK KEDAI 'JUDI KOMPUTER'.ADA TAK APA APA TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH POLS KE ATAS PEMILIK PREMIS BERKENAAN???????????????????????

Anonymous said...

akhir zaman...bila penjenayah di agung kan..pendek nya akal manusia..semua belum kena di kepala sendiri...bila dah kena baru tahu mereka nie

Anonymous said...

We bodoh2 sekalian ! Korang ingat penjenayah tu xde perasaan k ? Jgn jd bodoh , bkk kepala otak korang tu . Jgn j dgr nama polis sume betol , ko igt dorg tu sapa sng2 j nk tembak penjenayah tu ? Ap dye Malaikat Maut k sng2 j nk amik nyawa org ! Pike la , pnjnayah tu bkn bersenjata pon , mne dorg nk dpt senjata ? Pike pakai kepala otak , bukan kepala lutut . Senjata lawan senjata . Bkn senjata lwn tgn bodoh !


[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter