Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM

January 4, 2013

Panas: Pengetua Sekolah Agama Di Tangkap Khalwat, Ramai Musykil Kenapakah Kes Ini Cuba Di Rahsiakan !

KUANTAN, 4 Dis - Ramai pihak yang menghubungi kami dan terkejut dengan berita seorang pengetua sebuah Sekolah Menengah Agama Pahang ditangkap khalwat dalam sebuah hotel di bandar ini. Paling panas ialah pasangan pengetua berkenaan adalah seorang wanita berbangsa Cina yang dipercayai merupakan seorang GRO. Berdasarkan kepada maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, individu terbabit hanya di tukar ke jabatan lain dan tiada tindakan displin mahu pun mahkamah yang dikenakan ke atasnya. Inilah yang mengecewakan ramai pihak sebenarnya. Seorang pegawai kerajaan bergelar "Pengetua Sekolah Agama" ditangkap khalwat dilepaskan daripada hukuman, sedangkan jika ia terkena kepada pegawai bawahan sudah pasti tindakan displin yang tegas termasuk pecat akan dibuat oleh majikannya. Dipercayai, tangkapan berlaku beberapa hari menjelang Hari Raya Aidil Adha yang lalu, namun isu ini sengaja disembunyikan oeh pihak yang berkenaan untuk menutup malu. Seorang pegawai dari  Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mendakwa, kes yang melibatkan lelaki itu bukanah yang pertama kalinya. Sebelum ini beliau juga pernah ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa JAIP ketika sedang asyik bermain "judi siber".  Malah, beliau juga telah banyak terlibat dengan kes "pecah amanah" di sekolah lain sebelum diangkat sebagai Pengetua di sekolah agama berkenaan. Senario yang berlaku ini sungguh memalukan jabatan agama di Pahang. Malah, lebih teruk lagi apabila semua pihak termasuk JAIP sendiri tidak mendedahkan berita ini kepada media untuk dijadikan pengajaran kepada pihak lain. Jika ini keadaannya, sudah pasti selepas ini ramai pegawai tinggi kerajaan berani melakukan kesalahan yang sama kerana imej mereka akan dipeliharan oleh jabatan agama bagi mengelakkan malu besar. Soalnya, kenapa Pengetua terbabit boleh terlepas dan hanya mendapat hukuman ringan?. Ditukar jabatan bukanah satu hukuman yag berat jika dibandingkan dengan tindakan displin seperti turun pangkat, tahan gaji atau pun dipecat. Kenapa pegawai berkenaan dilindungi?. Inilah yang memusykilkan kita semua sekarang ini. Siasatan yang rapi bagi mengenalpasti individu berkenaan sedang dilakukan melalui sumber dari jabatan berkaitan seperti Jabatan pelajaran Negeri Pahang (JPNP), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Nantikan pendedahan panas tentang siapakah individu terbabit. Siasatan lanjut sedang dijalankan. [foto sekadar hiasan]


[Pengajaran terbaik di sebalik apa yang berlaku ini ialah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) wajar melantik pengetua sekolah agama di kalangan ustaz atau guru yang ada latar belakang dan sirah Islam. Tindakan melantik guru biasa (sekular) menjadi pentadbir di sekolah agama seluruh Pahang pada masa ini jelas sekali sesuatu yang tidak wajar. Selama ini, sejak zaman berzaman semamangnya guru-guru agama dan ustaz yang diangkat sebagai Pengetua semua sekolah agama. Namun, peraturan itu bertukar apabila adanya campurtangan politik yang kononnya tidak mahu agama Islam itu dijumudkan dengan pemikiran politik. Malah, mereka tidak mahu golongan ustaz terbabit merosakkan minda para pelajar ke arah mencintai Islam yang akhirnya menyebabkan mereka menolak kerajaan sedia ada dengan menyokong parti yang memperjuangkan Islam. Akhirnya, mungkin atas arahan pihak atasan maka guru-guru biasa dilantik sebagai pengetua sekolah agama. Inilah yang menyebabkan gejala sosial dikalangan pelajar sekolah agama semakin menjadi-jadi sekarang. Apatah lagi bila ada pengetua seperti dalam kes ini yang gemar masuk pusat hiburan (dangdut), berkaraoke, bermain judi dan termasuk jugalah berbuat maksiat. Justeru JAIP digesa kembalikan hak sebagai Pengetua sekolah agama kepada guru-guru agama dan ustaz agar Islam terus gemilang. Malah, hanya itu caranya pelajar sekolah agama dapat dibentuk sahsiah mereka. Kembalikan agama kepada yang hak!].

12 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

setahu aku enakmen syariah pahang x da sebut kesalahan judi cyber. klu msk premis judi adalah. biar betul berita ni. jgn sampai jd fitnah. beringatlah.

Anonymous said...

knp korang sibuk sgt psl org kena tangkap khalwat. orang y ditangkap dh dpt hukuman. kena kt keluarga sendiri br tau.

Anonymous said...

Salam 1 Malaysia.

Inilah bahananya jikalau Jabatan Agama Islam Pahang sendiri tidak telus dalam menjalankan tanggungjawab sebuah organisasi Jabatan yang bertanggungjawab serta menjaga kepentingan kepada Instituasi Agama Islam.

Kebanyakan Pegawai dan kakitangan Jabatan ini pada zahirnya ustaz atau ustazah. Sebaliknya haramjadah. Ada penguatkuasa dok min cd mengarut... ad cikgu judi. Ada ustazah dok berdating... Inikah Islam yang dibawa oleh Jabatan Agama Islam????

Mungkin mereka ada kuasa. Mereka kebal. Mungkin jugak malaikat mungkar dan nangkir member dia orang. Sebab itulah kebal.

Wallahualam.

dan akiro said...

hmm...ada org komplen pengetua tu kena transfer sekolah je...nampak mcm ada immunity...kalau ada immunity
soheh pengetua tu pencacai ameno..sbb
speciess ameno selalunya above the law..mcm yg lain2 tu la...kalau pengetua tu org Pas/PKR...7 hari 7 mlm media2 barua ameno akan jaja ...

Anonymous said...

anon yg kata ustaz dn ustazah kt JAIP haram jadah? itu lagi teruk sebab yg buat hukuman bukannya mereka. mulut klu dah biadap memang mcm tu. Ingat perfect sgt sumpah seranah kt org. Ya Allah tunjukkan balasan bagi org yg menghina golongan agama ini. Amin

Anonymous said...

pd anon friday jan 4. x kan disebabkan nila setitik rosak susu sebelangga. aku pelik klu jabatan agama ada buat salah, korang bantai macam. klu ada benda x betul tegur secara baik. bkn semua benda dlm dunia ni peefect. lagi satu orang yang meletakkan title orang keje ni jabatan agama ustaz & ustazah. jabatan agama pun mcm jabatan lain.

yg dihina... said...

mulut mcm haram jadah mengutuk org... bkn semua yg dok jaip ni jahat... Ya Allah... Bisukanlah mulut manusia yg kurang ajar tersebut dgn menimpakan penyakit strok ke atasnya... lumpuhkanlah jarinya2 yg menaip perkataan kurang ajar tersebut sekiranya dia masih sombong dan enggan memohon maaf di atas kata2nya kurang ajar tersebut... Amin Ya Rab...

Anonymous said...

Ko nak kutuk... kutuk aje la yg buat salah tu. Apehal ko gi kutuk abih satu jaip tu. Haaa... tak pasal2 kena doa strok dan lumpuh... Pastu tu mula la ko kata tak patut doakan musibah utk org lain.. Yg ko takde pale otak gi tulis kutuk satu jaip tu patut sgt ke? Kalau ko boleh je... org lain tak boleh pulak. Buatnye diorg solat hajat mintak Allah kenakan strok pd ko baru ko ngelabah puyuh. Doa org dizalimi makbul wei.. Nabi yg bgtau bkn aku reka sendiri. Ko dah zalimi org Jaip lain yg tak buat salah tu...Abis la ko...Sebab komen kurang ajar nanti badan yg binasa kena strok...
Lain kali fikir dulu sblm tulis. Kalau ko tak percaya kuasa Allah yg memakbulkan doa org yg dizalimi abis la iman ko... kecuali kalau ko memang org kapir bkn Islam, lagi senang ko kena strok... baik ko mintak maaf sblm ko rasa kebas sebelah badan dan mulut ko herot...
Aku nak ingatkan ko je...supaya ko jadi org beradab..

Anonymous said...

ni bukan masalah ustaz/ustazah/jaip dan sebagainya...ni mslh manusia...selagi bernama manusia ada nafsu dn iman yg selalu diuji...tp aku setuju 2 prkara:
1. klu dh berpangkat pengetua sekolah agama wajiblah jaga adab dn akhlak;
2.mmg pengetua tu pencacai umno, klu org lain dh kena dah...

Anonymous said...

Assalam..bukan masalah pengetua sekular.. tapi sebaliknya akhlak seseorang pengetua itu sendiri. Saya berhujah berdasarkan fakta, pengalaman saya sendiri walaupun pengetua adalah dari kalangan yang bergelar ustaz namun hakikatnya pemikiran dan kelakuan tidak semulia yang disangka. Malah manusia dari spesis ini sering menindas dan melakukan fitnah serta senatiasa memberikan ugutan terhadap orang bawahannya. Malah sering mencarut dan menggunakan perkataan yang tidak sewajarnya sebagai seorang yang bergelar ustaz. Tidak ketinggalan juga suka memburuk-burukkan orang lain.

Manusia ini juga pandai mengaburi mata pihak luar dengan bermanis kata dan bermuka-muka.. Individu-individu sekeliling yang disayangi dan pandai 'mengipas' pasti terselamat.. manakala yang lain pasti menjadi sasaran manusia pengetua yang tidak berhati perut ini. sesungguhnya doa orang-orang yang dizalimi InsyaAllah akan dimakbulkan.

Anonymous said...

pakah wajar kita labelkan ustaz dan ustazah jaip tu haramjadah kerana kesalahan seorg pengetua daripada golongan akademik? Mereka banyak mendidik anak2 kita sehingga ramai yg menjadi tokoh agama sejak dulu lagi. Sedih bila ada yg menghukum ikut borong semua. Klu nk tempelak tuju kt yg bersalah tu sudah la.. Banyak dah jasa mereka tapi mengapa dihina sampai begitu? Mereka yg mencela tu dah pasti ada masalah kejiwaan agaknya. tak puas hati sokmo. Jika pengetua tu tak dihukum, persoalkanlah individu tertentu bukannya semua ustaz dan ustazah. Lagi pun yg gi tangkap tu dari bukit aman klu tak silap la.

Anonymous said...

yang ko sebut sangat penegetua tua aapasal??? Kenapa ko tak sebut kes Ustaz Badrulamin ko tu???? hehe..

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]