Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Panas: Penyokong Kecewa, Di Saman Ketika Saksikan Bola Sepak Pahang VS Negeri Sembilan Malam Tadi !!

KUANTAN, 16 Jan - Para penyokong pasukan bola sepak Tok Gajah yang menyaksikan perlawanan Liga Super antara Pahang menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur kecewa dengan tindakan polis trafik menyaman sebahagian besar kenderaan mereka yang diletakkan di sepanjang jalan berhampiran dengan Malay Town dan East Cost Mall dekat sini malam tadi. Mereka kecewa kerana polis sepatutnya memberi kelonggaran kepada penyokong bolasepak untuk memberi sokongan padu kepada pasukan Pahang, namun akhirnya dihadiahkan surat saman. Menurut seorang mangsa, dia hairan kenapa polis bertindak demikian sedangkan mereka tahu Pahang kini berada di ranking teratas Liga Super yang sudah pasti mengundang ribuan penyokong dari seluruh negeri untuk menyaksikan permainan pasukan negeri ini. "Kenapa perlu saman? Apakah polis sudah tiada duit?... Bukankah semua tempat letak kereta di sekeliling stadium sudah penuh.. maka pastilah kami letakkan disepanjang jalan termasuk di kawasan East Cost Mall ini... Kami tidak halang pun lalu lintas.. selama ini sudah beberapa kali saya sendiri letak di situ dan tiada sebarang saman yang diterima.. Tapi malam nii.... polis jadikan kami sebagai mangsa..kami disaman.. bukan satu dua kenderaan.. malah berpuluh-puluh yang alami nasib yang sama", kata penyokong Pahang yang datang dari Temerloh itu. "Jika tidak mahu kami letak kereta di merata tempat.. suruh stadium buat parkir bertingkat... agar senang kami letak kenderaan.. Tiket berharga RM12 tapi kami disaman RM300... sungguh tidak berbaloi dan amat merugikan.. dahlah kami datang dari jauh dengan kos minyak dan tol.. kenapa polis trafik tak terfikir semua ini.. Kenapa masa Jom Heboh mereka tak saman.. masa bola pulak mereka nak cari untung... memang saya tak puas hati dengan semua nii", tambah beliau lagi. Dalam perlawanan malam tadi, Pahang berjaya mendapat tiga mata untuk terus ungguli takhta Liga Super bila berjaya tewaskan Negeri Sembilan 2-1.


[Apa yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya. Pihak polis memang ada kuasa untuk menyaman mana-mana kenderaan yang diletakkan diluar petak parkir yang telah ditetapkan. Namun, pada masa yang sama mereka juga harus berbudi bicara dan bertimbang rasa. Tambahn pula ketika semua parkir penuh dengan kenderaan semasa hari peristiwa seperti perlawanan bolasepak ini. Kasihan benar kepada mangsa yang datang dari jauh untuk memberikan sokongan kepada pasuka Pahang tiba-tiba mereka pula disaman. Bukankah ini satu penganiayaan. Jika itu keadaannya, maka pihak stadium boleh dipersalahkan kerana tidak menyediakan petak parkir yang mencukupi kepada orang ramai yang ingin menyaksikan sesuatu acara besar di situ. Apapun, pihak polis perlulah memberi kelonggaran kepada orang ramai yang ingin menyaksiakn mana-mana acara sukan di Stadium Darul Makmur. Usahlah gunakan kuasa sewenangnya tanpa mengambilkira acara yang sedang berlangsung. Mereka boleh saman jika ada kenderaaan yang diletakkan sewenang-wenangnya yang bioleh menganggu lalu lintas. Jika tidak, berilah kelonggaran kerana mereka yang hadir untuk menyokong bolasepak Pahang sendiri, bukannya untuk bersuka ria semata-mata].

10 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

1 janji dicapati...
Menang sorak kampong tergadai.. Begitulah peribahasa yang patut digunakan.. Sudahlah datang eramai ke stadium untk memberi sokongan padu pasukan negeri yang dicintai. Tapi disaman pulak oleh kuda putih. Sepatutnya pihak yang terbabit perlu melakukan sesuatu yang wajar untuk kepentingan bolasepak serta keselamatan para penyokong dan pengguna jalanraya. Ini tidak sambil menyelam pun nak juugak minum air. Kalaulah erkara ini berlarutan mungkin ramai orang tidak mahu hadir ke stadium lagi.

Anonymous said...

jangan jadi pemalas..parking banyak lagi apa salahnya jalan kaki jauh sikit..ni letak merata dah menyusah org lain..sebelum buat fikir dulu..jangan nak ikut sedap mudah diri sdn jer..ingt kat pengguna jalan lain yang nak guna jalan tu..kalau rasa tak nak kene saman naik je la moto ramai2..aku sdn akan naik moto kalau ramai..cuba ko bayang orang letak keta depan umah ko sesuka hati mesti ko hangin jugak satu badan.mpk tu jalan kan amanah..

Anonymous said...

BANYOK LG PARKING. NI PARKING IKUT DAN JE. MENYUSAHKAN PENGGUNA JALANRAYA LAIN. APA KATA AKU PARKING DEPAN PINTU PAGAR UMAH KO.

Adfly said...

Padan muka kena saman, apakah alasan parking sesuka hati? Nak tengok bola? Peraturan dan undang undang untuk diikuti bukan untuk dilanggar.

Apa salah nya kalau park jauh sikit dan berjalan kaki ke stadium?

http://pahangdaily.blogspot.com/ pun satu, berpihak kepada yang salah. Mesti mempunyai perangai parking yang menyusahkan kederaan lain.

Anonymous said...

Masa orang dema dok kuutuk padan muka. Tapi bila dema kena tahu pulak melenting. Silap-silap hb maki terus kat tok polis. Itulah sikap masyarakat melayu ari ini.

Anonymous said...

1.Nak kata salah pihak polis saman pon tak boleh,itu tugas mereka,nak kata peminat/penyokong bola bodoh pon tak leh jugak sebab memang tak ada parking kat kawasan stadium kuantan ni,bukan macam stadium shah alam atau bukit jalil yg parkingnye bsepah2 tapi pon tak cukup. (CUMA YANG AKU PELIK ADALAH POLIS NI TAK AKAL SEBAB 2 BODOH PEGI SAMAN MEREKA TU,SEBAB MEREKA BODOH TAK RETI BEZA KEPENTINGAN,DAH MALAM LAGIPUN)

2.Ni lagi satu aku nak tanye skit pada pihak polis dan MPK lah,kalu sapa yg baca ni ada keje polis atau keje MPK sila jwb lah,soalannye :

a.kenape korang tak pegi saman kete-kete cina kapir yang parking di sepanjang tepi jalan beserah sebelum skola galing tiap2 malam tu,ko tak lalui ke?korang tak ase ke si kapir2 bodoh ni yang pegi mkn kedai kat tepi ni lagi bangang parking tepi jalan utama plak dahla dekat trafic lite.

b.apa kejadahnye si MPK dan POLIS ni duk saman kat mega dan ecm,walhal kat tc,laluan utama sebelum round bout berderet orang parking sampai menyebabkan kesesakan tapi tak ada pun kene saman.

So di sini aku nak suh pihak polis dan MPK bsikap buka mata skit serta muka minta skit bile buat keje nak saman org,undang2 mmg kene patuhi tapi biar berpatutan.



pakai otak skit : si pekerja MPK dan si anggota polis tolong jwb

Anonymous said...

Polis ngn mpk mmg bangang....nk bt camne..berani ngn melayu jer....haa haa..

Anonymous said...

PIHAK POLIS TRAFIK AMBIL TINDAKAN SAMAN HALANGAN LALULINTAS ATAS ADUAN ORANG AWAM SEPERTI ANDA.

PEMANDU PERLU ADA SIKAP DISIPLIN,JANGAN MENYUSAHKAN PENGGUNA JALANRAYA YANG LAIN DEMI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI

PADA HARI TERSEBUT MASIH ADA LAGIPETAK PARKIR KENDERAAN KOSONG SEKITAR JALAN PUTRA SQURE

ANDAKAH ANDA TAHU ATAU ADA BUKTI PIHAK POLIS TIDAK AMBIL TINDAKAN KEPADA PESALAH TRAFIK YANG LAIN SEPERTI DIKATAKAN DI JLN BESERAH DAN LAIN...?

POLIS HANYA MENJAKANKAN TUGAS...JANGAN MENUDUH SESUKA HATI PDRM@KUANTAN BERAT SEBELAH

KALU TIDAK BERPUAS HATI SILAKAN BUAT ADUAN INTERGRITI KEPADA PIHAK POLIS

ATAU SIARKAN DALAM AKHBAR DENGAN BUKTI
ATAU BUAT ADUAN DI BIRO PENGADUAN AWAM....

Anonymous said...

1.di mana nak buat laporan intergriti?

2.di mana boleh pihak kami antar gambar secara betul kepada pihak polis dan mpk.

3.kami rakyat bukan nak marah tak tentu tempat,kami marah berfakta.

bagi anggota yang menjawab di ats,sila maklumkan di mana boleh buat aduan intergriti dan di mana boleh poskan gambar yang menunjukkan pihak polis atau mpk tidak amik berat pada kawasan tersebut.

tidak perlu marah jika anda jalankan tugas dengan amanah,cuma setiap manusia tidak TERLEPAS DARIPADA MEMBUAT SILAP,INGATLAH KITA SEMUA BUKAN NABI (MAKSUM).

WASALAM....

Anonymous said...

Respon awam:

1. Soal saman di stadium itu salah pengguna. Parking jauh taknak, jalan kaki malas, berseronok NAK.. Kalah Bengang Pulak. Main tak pandai mana.. Solat tinggal semacam.

2. Soal parking Jalan Beserah.. Salah Polis pun ada juga sebab bukan masalah sehari dua. bila ditegur, Nak dimakannya kita, Nafsu berombak jiwa bergelora. Silap2 nk bawak ke balai sapa ganggu tugas dia. Kroni dia bleh pulak batalkan saman. aku tahu la kawan aku polis juga. Pak sedara pun polis, atuk aku bekas AC. Tok sedara aku polis hutan.

3. Pasal kawasan, Kawasan ECM selalu Polis ronda.Takkan kerana terabai di kawasan lain, nak mintak abaikan kawasan ECM? Biar seme kawasan takde polis? Klu berlaku jenayah siapa kita cari? Polis jugak kan.. ECM tu kan kawasan tumpuan awam.

Biarlah mereka buat keje mereka. cuma yg salah tu diperbetulkan. Soal saman kt stadium aku setuju tugas mereka.. Jangan Manja sangat. Nk gi sokong bola gi je la tapi ikut law. Klu kita berkendur dan longgarkan undang2 maka selepas ni undang2 akan diperlekehkan..

AKU ORG LAW..Pun kene saman tapi mmg dah buat salah terima jelah.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]