Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


January 26, 2013

Panas: Tidak Pernah Lantik Paradiselink Urus Daftar PATI, KDN Di Gesa Jujur Dan Usah Terus Tipu Rakyat

Belum pun habis cerita tentang projek IC di Sabah, kini heboh pula diperkatakan projek IC menjelang pilihanraya umum ke-13 di Semenanjung Malaysia. Walau pun ia cuba dinafikan oleh kerajaan, namun pendedahan demi pendedahan yang dibuat ternyata ribuan warga asing kini telah memiliki IC dan layak mengundi BN pada pilihanraya umum nanti. Kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) beberapa kali cuba menafikan tentang adanya projek IC untuk memastikan BN terus kekalkan kuasa mereka kali ini, namun berbagai bukti dan pembongkaran terus dilakukan oleh rakyat yang prihatin. Tidak cukup dengan pendedahan mengenai begtiu ramai pengundi hantu pada daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kini tersebar pula maklumat berkenaan projek mendaftar warga asing untuk mendapat IC bagi membolehkan mereka mengundi pada PRU-13 ini. Sebelum ini sudah banyak kali didedahkan isu berkenaan tetapi dianggap fitnah semata-mata oleh pihak yang berkenaan. Biar pun penyokong UMNO BN sendiri tahu begitu ramai warga asing mendapat kerakyatan bagi membolehkan mereka mengundi BN namun mereka masih  mahu berdolak dalih lagi. Terbaru, satu surat edaran berkenaan Pendaftaran dan Sesi Taklimat Khas oleh sebuah syarikat mendaftar warga asing iaitu Paradiselink Sdn Bhd yang berpejabat di Temerloh Pahang telah tersebar. Walau pun  Kementerian Dalam Negeri menjelaskan pihaknya tidak pernah melantik Syarikat Paradise Link/Linx Sdn. Bhd. atau mana-mana syarikat lain untuk menguruskan proses pendaftaran pendatang asing tanpa izin (PATI) atau menyediakan program khidmat imigran. Namun semua itu hanyalah sekadar alasan semata-mata   kerana rahsia dan modus operandi syarikat itu sebenarnya sudah lama diketahui umum. Cuma ia menunggu masa untuk didedahkan kepada rakyat. Maka, kini tibalah masanya yang paling sesuai!.


Syarikat terbabit dipercayai bukan saja menjadi agen pendaftar warga asing untuk negeri Pahang sahaja, malah seluruh Malaysia sebenarnya. Syarikat terbabit sebenarnya berdaftar dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membantu pekerja dan majikan melaksanakan Pendaftaran E-Data (RECOF) dan Proses Pengeluaran MY PERMIT untuk Pekerja Warga Asing. Maka itu wajarkah KDN menafikan keterlibatan syarikat berkenaan bagi menutup rahsia yang sudah tersebar ini. Foto dibawah adalah keratan blog syarikat itu yang telah dipadamkan. Soalnya, kenapa pihak KDN menafikannya?.


[Difahamkan, orang kuat cawangan syarikat ini di Temerloh mempunyai hubungan langsung dengan pihak Imigresen dan juga UMNO Bahagian tersebut untuk membolehkan mereka melaksanakan agenda jahat ini sejak sekian lama. Terdapat maklumat awal yang telah diterima mengatakan "mastermind" projek IC di Pahang ini masih lagi individu yang sama semasa di Sabah dulu. Pengalaman menipu rakyat Sabah kini digunakan di Pahang untuk memastikan kemenangan mutlak BN. Ribuan warga asing dari Mynamar, Kemboja, Thailand, Indonesia dan sebagainya kini mempunyai IC dan mereka mendiami banyak penempatan yang baru dibuka di seluruh negeri Pahang. Agihan dibuat atas arahan pihak atasan semata-mata untuk pilihanraya. Maka itu, kenapa KDN cuba menyembunyikan fakta kononnya mereka tidak pernah melantik Syarikat Paradise Link/Linx Sdn. Bhd. atau mana-mana syarikat lain untuk menguruskan proses pendaftaran PATI atau menyediakan program khidmat imigran. Sedangkan hakikatnya ia memang berlaku?. Kenapa perlu tipu rakyat apabila anda khianat kepada negara ini. Oleh itu, rakyat digesa bangkit untuk membongkarkan lebih banyak kebobrokan kerja jahat mereka ini. Mereka ternyata terdesak untuk menang pilihanraya!. Lakukan perubahan sekarang jika tidak mahu pengkhianat ini  melakukan agenda jahat mereka buat selamanya. Ubah sebelum lebih parah!].

12 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Fuh, bestnya.. boleh tambah lagi koleksi fitnah ni.

Anonymous said...

Biasalah orang JAHAT....biasa buat kerja JAHAT.....dia tuduh orang lain buat kerja Jahat...contoh nak LINGKUP Negara....!

Anonymous said...

Bagus PDO....atas pembokaran ini...buat report kat SPRM...dulu...tengok jalan ke tak jalan...

Anonymous said...

Emm. SPRM ambik pun untuk kepentingan politik jugak. Untuk mengimbangi isu yang berlaku ari ini. Kalu nak siasat banyak kes.

Wait and see aje lah.

misai said...

kenyataan blogger yang tidak cukup ilmu,,,,,kepala otak dipenuhi tahi babi,,,,,ulasan sembrono,,,,,binatangbabi punya statment,,,,blogger jenis keturunan haramjadah,,,,progrem khidmat imigran tidak tahu hujung pangkal A to Z,,,,,blogger binatangbabi,,,,,babi punya blogger,,,,babi luuu babiiiiiii

Anonymous said...

http://khidmat-imigran.my/index.php?option=com_content&view=category&layout=blog&id=1&Itemid=50

Anonymous said...

blogger bodoh... study dulu program tu la wei.... jangan nak main fitnah membabi buta je... blogger terbodoh di abad ni...

Anonymous said...

cedok kat intenet.. pastu letak kat blog.. pastu tembak membabi buta. bodo tambah fitnah.bangga wat fitnah

Anonymous said...

Dok tumbuh dok melata. Kalu dok sungguh orang dok kata. Buat ape aok nak marah marah kat bloger. Blonger tu menyampai je ape yang dia terima. Aok ada otok allah bagi suruh PK kalu tolong betulkan. bukan suruh aok memaki hamun ke orang. Aok pun sebiji macam PERDANA METERI dok kata haram jadah. Ke aok ni fanitik sangat ????

Bak kata PAK PANDIR..(ORANG PEKAN )

ADA MATA TENGOK..
ADA TELINGA DENGAR...
ADA HUDUNG BAU..
ADA MULUT DIAM...
ADA AKAL PK..
ADA TANGAN PANGKAH...
Kalu dok betui kita brtuikan. Tapi kalu dok betui jugak kita pun ikut ...... Bila tok guru cakap aok kata kurang ajar.. Aok bacalah Quran. Nabi saw sebelum wafat dia tinggal 2 barang berharga kat kita apa benda barang wei?? Harta ke??? Duit ke??? Tanah ke ???

PK PK PK Lah wei.. apa barang itu? Kalu aok orang betui...

Anonymous said...

" Blonger tu menyampai je ape yang dia terima"

kalu gitu senang org sebar fitnah.. bgtau jer bloger.. terus bloger update kat intenet..

Anonymous said...

keluar segala mak nenek perkataan caci maki tu menunjukkan awk tu 'berilmu' sgt la wahai misai dan anonymous...berlindung di sebalik keyboard laptop berani la kau..

Anonymous said...

hi my visa is on process under paradise linx sdn.. the election is finished.. am i in danger or something?

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter