SELAMAT DATANG KE PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE

Panas: Wartawan Pahang Kecewa Sikap Kurang Ajar Serta Biadap Setiausaha Akhbar Muhyiddin Yassin !!

KUANTAN, 15 Jan - Kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Negeri Pahang baru-baru ini, biar pun dilihat berjaya, namun ia telah mencetuskan kontroversi kepada sebahagian besar wartawan media yang hadir ke satu program beliau di sini. Ini berikutan sikap "biadap" dan "kurang ajar" Setiausaha Akhbar Muhyiddin yang begitu "taksub" dengan gelaran "Datuk" yang bernama Ainon Mohd (foto). Kejadian berlaku ketika Muhyiddin dan rombongan dikatakan singgah di Restoran Zaman untuk bersarapan pagi di situ. Wartawan media yang sudah lama menunggu kehadiran Muhyiddin dipercayai telah diherdik dengan kata-kata kesat dan biadap oleh beliau. Difahamkan, Ainon yang berlagak sombong itu telah bertindak mengarahkan para wartawan tidak meluru ke arah Muhyiddin untuk sessi wawancara, kerana katanya Sidang Media telah ditetapkan di lokasi lain petang itu. Muhyiddin dipercayai menuju ke Karak selepas program di Kuantan pada hari yang sama.  "Sebagai seorang Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri.. Ainon sepatutnya memaklumkan kepada kami apa jua info terkini terutamanya membabitkan sidang media.. Tidak bolehkan dia maklumkan kepada kami dengan mesra dan suara yang lembut bahawa TPM tidak mahu diganggu dengan sidang media dan meminta kami menghormati pendiriannya. Kami tiada halangan jika dimaklumkan lebih awal... tapi tindakan dia (Ainon) mengherdik kami adalah keterlaluan... Yang datang bukanlah wartawan dari media pembangkang.. yang datang RTM, TV3, Utusan, Berita Harian, Astro Awani serta lain-lain media termasuk akhbar berbahasa Cina... Maka sepatutnya dia hormati kami sebagai wartawan dari media kerajaan.. Tindakan beliau jelas sekali menjatuhkan imej TPM sebenarnya.. berlagak sombong dan ego ... macamlah kami kenal dia siapa...", kata seorang saksi yang tidak mahu namanya disiarkan. Rata-rata wartawan kesal dengan apa yang berlaku. Mereka dilayan sebegitu ketika hadir untuk buat liputan acara pemimpin kerajaan sendiri. "Jika inilah caranya, bagaimana negara kita mahu maju.. ada orang yang sombong dan berlagak dengan jawatannya... konon "Datuk", kami tidak kenal dia siapa.. sepatutnya dia sudah nampak ada wartawan media sejak awal-awal lagi.. maka dia maklumkan kepada kami tiada sidang media.. bukannya mengeluarkan kata-kata kesat seolah-olah kami ini tiada maruah...Itu  baru jadi Setiausaha Akhbar TPM... bayangkan kalau satu hari nanti Muhyiddin bergelar PM... pasti dia (Ainon) akan bertambah sombong dan naik tocangnya", kata seorang lagi saksi ditempat kejadian. Paling memalukan, ketika insiden berlaku Restoran Zaman yang terkenal dengan nasi lemak itu dipenuhi dengan orang ramai sejak awal lagi. Mereka juga terkejut melihat sikap Setiausaha Akhbar TPM itu sebenarnya. Difahamkan, perkara ini kemungkinan besar akan diajukan Media Pahang kepada Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dalam masa terdekat.


[Apa yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya. Seseorang pemimpin politik perlu mempunyai pegawai-pegawainya yang mesra rakyat dan tidak sombong. Baik pemimpin kerajaan UMNO BN mahu pun Pakatan Rakyat, senario seperti ini biasa  berlaku. Apatah lagi jika pemimpin terbabit mempunyai jawatan penting. Apa yang berlaku kepada Setiausaha Akhbar Muhyiddin Yassin ini harus dijadikan pengajaran kepada semua pihak. Gunakan budi bahasa ketika berurusan atau berbicara dengan orang lain, tidak kira siapa dan di mana kita berada. Sikap sombong dan kurang ajar seperti ini harus dihentikan jika tidak mahu ia menjejaskan nama pemimpin terbabit. Muhyiddin perlu mengambil tindakan atas perkara ini jika ingin terus maju dalam politik. Jika tidak, pasti orang disekeliling boleh merosakkan survival politik beliau selepas ini. Lebih mengejutkan apabila Ainon Mohd begitu berbangga dengan gelaran "Datuk" yang dimiliknya hingga sering menegur mana-mana pihak yang tidak memanggil beliau dengan gelaran itu. Apalah ada pada gelaran?. Bukan boleh dibawa mati pun. Tiada siapa yang akan kenal kita "Datuk", "Datin","Tan Sri" atau apa jua gelaran jika kita "tidak popular". Carian kami di internet hanya menjumpai sekeping sahaja gambar Ainon Mohd ini sebenarnya. Ini bermakna beliau bukanlah seseorang yang popular dan tidak wajar dia marah orang lain yang tidak memanggilnya dia "Datuk" kerana mungkin mereka itu langsung tidak mengenali siapakah diri beliau itu gamaknya].

16 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Satu tindakan yang dilakukan oleh SU Akhbar TPM baik untuk masa depan..!

Anonymous said...

Satu tindakan yang bijak dilakukan oleh SU Akhbar TPM.. baik untuk masa depan..!

Anonymous said...

korang baik-baik, dia ni proxy RM ni. Camp TPM pun bukan hadap sangat kat Datuk Ainon ni, tapi tak leh buat apa-apa.

Anonymous said...

Lah .. Gone jadi gitu. Bukan para pemimpin Barisan Nasional ni orangnye warak sangat. Boleh jadi ahli agama bila dirujuk Macam PM kita. Tok Jib. Boleh jadi makmum bila solat jemaah.

Anonymous said...

jangan nak bohong la. semua media Pahang tau siapa budak junior yang kena marah tu. x ikut procedure.

Kalau nak tipu pun agak-agak la. Semua media Pahang ok dgn dia. Yang kena marah tu memang problem. Mcm lah org tak tau siapa dia.

Anonymous said...

Dato Ainon x bersalah dlm hal ni...repoter yg membuat liputan la yg perlu mencari maklumat...ada ke repoter yg bertugaspun x kenal siapa pres sec tpm..repoter kejadah ape...skop tugas sendiri tak ambil tahu lebih baik tak yah keje...
yg penting tahu sape diri dia yg menjadi repoter tu..baru dua tiga hari jadi repoter dah nk belagak...buat ler home work...

Anonymous said...

sape yg nk bawa ke NUJ..tahu ke NUJ sape dibelakangnya..semau tu tak leh pakai...

Anonymous said...

soory to said ler...repoter kat pahang terutama junior byk yg tak faham tugas dan tanggungjawab...apa lagi skop keje...yg diaorg pandai org gi assingment diaorg pun berduyun-duyun ler pergi...bila bab nak tanye semua membisu..maknanya apa..tak buat homework ler tu..klau u bawa sampah gi assingment u akan dpt sampah ler...macamana nak tanye tpm kalau skop tugas pun tak pasti...lu pk ler sendiri....

Anonymous said...

Semanya sama aje. Bagi repoter ke maupun disebelah pihak lagi. Sudah terantuk baru tergadah. Sudah kena complain baru nak tegak benang yang basah.

Anonymous said...

kesiannya....tapi orang kena marah tu macam mana..saya salah seorang yang kena...Press Sec PM pun tak macam tu..BUDI BAHASA BUDAYA KITA..BAHASA JIWA BANGSA..Sapa pun kita waima datuk sekali pun, kalau tak hormat orang, macam orang nak hormat kita..
Nak kenalkan diri pun tak..Tak kisahlah junior ke senior..awak datang tempat orang kan mesti tau macam mana adab...

media tua said...

dulu masa saya masih junior macam itu jugak, penakut nak bertanya, bisu macam orang bisu, malas nak buat homework. Dah tua-tua bangka ni lah baru saya berani bertanya dan rajin buat homework

Anonymous said...

Tulah masa ore suruh d sekolah dok pangkal banir. Bila doh keja dok reti sepatah HARAM...

Anonymous said...

Balasan buat group Wartawan Pahang tu. Dulu dia pun pernah menyombong jugak kot?

Anonymous said...

Yang puji2 tu mesti ainon sendiri yang komen.. Profesional la sikit. Nak mengata media pulak. Nak menegakkan jugak yang sikap macam tu dibolehkan. Kalau nak suruh media Pahang buat homework, kamu tu kena renung diri, jaga adab.

Nak kutuk reporter junior pulak dah tak reti buat kerja. Yang penting mereka buat kerja. Adakah DATO Ainon tu melaksanakan tugasnya dengan BAIK?

Katanya SEMUA media pahang baik dengan beliau? Tanya sorg2 diorg berkenan ke tak dengan sikap DATO Ainon tu? Hiasi diri, cermin peribadi.. TQ!

Anonymous said...

um..tolongla sedar diri wahai "DATUK"..diva ni mewakili media pahang terasa terhina dgn "kehanjingan" mulut press Sec.TPM.. juga mewakili insan2 lain yg komen kat hatas tuh, klu datang tempat org, perlu la menjaga adab sopan.. tak gituw?.... jgn sampai kami revenge! mampu?

MrHaudyCarlos666 said...

yang pasti dh 8 thn aku dok kuantan xpernah sekali pong makang kat situ..
Alhamdulillah....

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]