Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM

January 27, 2013

Eksklusif: Siapakah "MB Pilihan" Ganti Adnan Yaakob Andainya Pakatan Rakyat Menang PRU-13 Di Pahang, Pilih "Satu Nama" Mudahkan Rakyat Buat Perubahan!

Penentuan siapakah calon yang akan menggantikan pemimpin sedia ada jika ingin membawa perubahan selepas Pilihanraya Umum Ke-13 kini menjadi satu tanda tanya di kalangan rakyat. Ini kerana ada sesetengah negeri kini masih belum bersedia menampilkan calon diterima sebulat suara oleh semua pihak dalam Pakatan Rakyat untuk menjadi Menteri Besar andai mereka memerintah kelak. Namun, dalam masa yang sama ada pula negeri kini sudah menonjolkan calon pilihan terbaik untuk diangkat ke jawatan tersebut. Misalnya negeri Johor dan Perak, Pakatan Rakyat awal-awal lagi telah menamakan calon popular Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin dan Salahuddin Ayub sebagai tokoh berwibawa untuk dipilih. Pengumuman nama-nama tersebut sedikit menggusarkan UMNO Barisan Nasional kerana kedua-dua mereka dilihat jauh lebih baik dari Menteri Besar sedia ada iaitu Zambry Kadir (Perak) dan Ghani Othman (Johor). Rekod yang bersih dan kepimpina yang cukup cemerlang di kawasan masing-masing boleh membuatkan hati rakyat terutamanya para pengundi atas pagar bersedia melakukan perubahan di negeri maasing-masing PRU13 ini. Justeru, tidak hairanlah ramai pemerhatik politik meramalkan negeri Johor dan Perak antara dua buah negeri yang dijangka antara yang terawal akan tumbang ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum kali ini. Di Johor, pada awalnya agak kecoh apabila nama Pengerusi PKR Negeri, Chua Jui Meng dikhabarkan akan menjadi MB Johor jika Pakatan Rakyat pemerintah. Isu iti dicanangkan oleh pemimpin UMNO BN bagi menimbulkan perasaan takut di kalangan rakyat Johor untuk membuat perubahan kelak. Namun, selepas nama Salahuddin Ayub diputuskan sebulat suara sebagai calon MB pilihan Pakatan Rakyat, barulah isu terbabit reda hingga ke hari ini. Begitu juga di Perak, nama-nama pemimpin DAP negeri juga dikaitkan bakal mengetuai negeri itu andai Pakatan Rakyat kembali berkuasa. Ternyata, undang-undang tubuh negeri telah sepakat mengatakan ketua negeri mestilah dikalangan orang Melayu sahaja dan ini memberi sedikit kelegaan kepada rakyat untuk melakukan perubahan. Harapan besar untuk rakyat di kedua-dua negeri itu melihat gelombang perubahan kini semakin jelas dengan melihat kepada keterampilan kedua-dua tokoh berwibawa terbabit. Makay, harapan untuk melihat dua negeri itu tumbang semakin jelas apabila Pakatan Rakyat berjaya menampilkan tokoh yang lebih baik dari yang sedia ada. Inilah yang perlu difikirkan oleh Pakatan Rakyat jika mereka benar mahu beri pilihan rakyat buat perubahan PRU-13 nanti.

Dato' Tuan, Ada Tokoh Ganti Adnan Jadi MB Pahang

Persoalannya, mengapakah masih ada negeri yang gagal memutuskan hanya satu calon pilihan untuk diangkat sebagai Menteri Besar sekiranya berkuasa kelak. Antara negeri terbabit ialah Melaka, Negeri Sembilan, Trengganu dan Pahang. Paling menarik untuk diperkatakan ialah di negeri Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Pahang Darul Makmur. Pakatan Rakyat Pahang, walau pun sudah bersiap siaga untuk menawan Wisma Sri Pahang namun sehingga kini masih gagal menamakan tokoh paling berwibawa untuk diangkat sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Dato' Sri Adnan Yaakob andai berkuasa kelak. Soalnya kenapa Pahang tidak ikut jejak langkah Johor dan Perak seperti sekarang. Jika di pusat Pakatan Rakyat sebulat suara bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal Perdana Menteri jika berjaya menakluki Putrajaya kelak, kenapa di Pahang keputusan sebulat suara itu masih gagal dibuat sekarang?. Inilah yang menjadi persoalan dikalangan rakyat terutamanya pengundi atas pagar yang mahukan perubahan. Mereka mahu tahu siapa nama besar yang akan menggantikan Adnan Yaakob?. Kini masing-masing keliru apabila dua parti utama orang Melayu di Pahang iaitu PAS dan PKR masih mewar-warkan calon masing-masing sebagai MB. PAS, dalam setiap program mereka dengan jelas menamakan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesurujaya PAS Pahang) sebagai calon Menteri Besar. Anehnya, dalam masa yang sama PKR pula turut menamakan Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) sebagai calon mereka. Maknaya kini ada dua nama besar yang diketengahkan untuk memberi ruang kepada rakyat melakukan perubahan. Soalnya, wajarkah dua nama ditonjolkan disaat tarikh Pilihanraya Umum Ke-13 yang kian hampir?. Kenapa tidak dipilih satu nama yang paling terbaik buat Pakatan Rakyat untuk mengisi jawatan itu. Biar pun ada pihak yang mengatakan siapa MB akan diputuskan selepas menang, pastikan Pakatan Rakyat menjatuhkan BN dulu baruklah difikirkan soal siapa MB. Namun, sedarkah mereka bahawa rakyat terutamanya "pengundi atas pagar" mahukan calon pilihan, tokoh yang terbaik sebagai ganti MB sedia ada. Caon MB tidak semestinya wajib jadi MB apabila menang kelak. Ia sekadar MB bayangan yang perlu ditonjolkkan bagi menggerunkan musuh. Jika gagal, sudah pasti musuh akan tersenyum dan menganggap pembangkang tidak bersedia ke arah itu. Calon MB itu juga mungkin tidak menjadi MB jika mereka sendiri kalah bertanding. Maknanya, calon perlu dipilih atas satu nama yang terbaik dan perlu diputuskan oleh Pakatan Rakyat agar para pengundi tidak tertanya-tanya hingga hari ini.

Dato' Fauzi Punyai Sejarah Perjuangannya Tersendiri

Kecoh di sana sini sekarang, diperkatakan siapakah bakal MB Pahang andai Pakatan Rakyat memerintah kelak?. Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) atau Dato' Tuan Ibrahim?. Ketika menang di DUN Beserah dulu, Dato' Fauzi dikhabarkan bakal ganti Adnan jadi MB. Namun, ia tidak kesampaian apabila berlaku krisis beliau dengan istana Pahang. Kini, apakah Fauzi masih intai peluang lagi. Potensi beliau ke arah itu mungkin ada kebenaran jika dia bertanding di DUN pada PRU-13 ini. Namun, heboh diperkatakan beliau akan menggantikan Azan Ismail untuk bertanding di Parlimen Indera Mahkota kali ini. Itu pun jika tiada perubahan besar berlaku. Namun, inilah dia yang menjadi kemusykilan di kalangan rakyat Pahang sekarang. Kenapa Pakatan Rakyat tidak bersepakat memilih satu nama yang paling sesuai untuk jawatan itu. Setidak-tidaknya rakyat boleh bersedia melakukan perubahan bila melihat calon yang mahu digantikan itu. Tiada alasan dan tiada hujjah lagi, Pakatan Rakyat Pahang perlu membuat keputusan drastik ini sekarang. Biar pun agak berat, namun inilah kesepakatan yang perlu agar rakyat bersedia ke arah itu (perubahan) yang dicanangkan. Bagi UMNO BN pula, nama panas yang dikatakan akan menggantikan Dato' Sri Adnan Yaakob pula ialah Jamaluddin Jarjis (Ahli Parlimen Rompin sekarang). Walau pun ramai yang menafikannya, namun itulah yang diperkatakan selama ini. Jamaluddin dikatakan proksi paling rapat dengan PM Najib Razak dan wajarlah dia diangkat sebagai MB sejak beberapa tahun menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat selepas PRU12 yang lalu. Berbalik kepada Pakatan Rakyat, apakah mereka sudah bersedia untuk memilihkan bakal MB?. Atau membiarkan rakyat terkapai-kapai mencari jawapan sendiri?. Inilah yang perlu dilakukan sekarang, agar rakyat dapat menilai siapa tokoh terbabit. Mereka tidak mahu krisis perebutan kerusi DUN dan Parlimen yang masih belum berakhir menghantui rakyat. Difahamkan, kini ada beberapa buah kerusi yang masih lagi menjadi rebutan antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat Pahang itu. Antara kerusi panas terbabit ialah Parlimen Temerloh (PAS-PKR), DUN Chini (PAS-PKR), DUN Teruntum (PKR-DAP), DUN Dong (PKR-PAS) dan lain-lain lagi. Krisis meruncing ini kini terbawa-bawa ke dalam blog dan facebook, hingga ada pihak yang semakin berani menghentam pihak lain sekarang.  Persoalannya, mampukan Pakatan Rakyat menawan Pahang yang merupakan "kubu kuat BN" pada PRU13 ini nanti jika mereka masih gagal menyelesaikan isu pokok ini?. Apapun, diharapkan mereka bersedia melakukannya dalam masa terdekat agar rakyat boleh membuat perubahan dengan lebih bersemangat lagi. Usahlah bertelagah sesama sendiri jika mahukan kemenangan. Utamakan parti dalam membuat keputusan dan jangan terpedaya dengan individu tertentu. Inilah yang perlu difikirkan oleh Pakatan Rakyat Pahang sekarang. Jika gagal memilih calon yang sesuai, maka ia memberi impak yang besar di hati rakyat yang mahukan perubahan. Mereka kini menanti dengan sabar dan mahu Pahang juga sediakan tokoh berwibawa untuk menjadi MB seterusnya. 

Najib Turun Anwar Naik, Adnan Turun Siapa Naik?

Difahamkan, negeri Terengganu juga masih gagal menampilkan siapakah calon MB bagi menggantikan Ahmad Said. Begitu juga Melaka dan Negeri Sembilan. Apa yang jelas dapat dilihat ialah Perlis, Sabah dan Sarawak sahaja. Maknanya, negeri-negeri terabit berpotensi cerah untuk tumbang ke tangan Pakatan Rakyat sekarang. Jika Pahang masih gagal ke arah itu, bermakna harapan besar untuk melihat perubahan pasti akan menemui jalan buntu kelak. Ini kerana rakyat tidak dapat melihat siapakah tokoh berwibawa yang akan menggantikan Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) sekarang. Menampilkan dua tokoh dalam satu masa adalah kurang wajar kerana ia boleh menggangu fikiran dan pilihan rakyat. Di pusat misalnya dulu, kerajaan UMNO BN sering mewar-warkan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Hj.Hadi Awang tokoh yang paking sesuai menjadi Perdana Menteri dan bukannya Anwar Ibrahim. Dicanangkan hari-hari dalam media perdana bahawa Hj.Hadi lebih layak dari Anwar. Namun, selepas Pakatan Rakyat sendiri memutuskan Anwar Ibrahim bakal ditabakan sebagai PM, barulah isu tersebut selesai hingga ke hari ini. Rakyat hanya akan nampak "jika Najib tumbang Anwar naik, jika Anwar dinaikkan Najib tumbang". Bukankah ia memudahkan rakyat membuat pilihan. Maka, itulah juga yang sepatutnya berlaku di Pahang. "Jika Adnan tumbang, siapa yang akan menggantikan beliau?".  Tidak perlu lagi menjaja dua nama untuk merebut satu jawatan. Pakatan Rakyat Pahang seolah-olah masih berebut-rebut siapa yang akan berkuasa di negeri ini jika BN tumbang, PKR atau PAS?. Jika PKR maka Dato' Fauzi dan jika PAS maka Dato' Tuan. Ini tidak baik untuk rakyat yang bersiap sedia melakukan perubahan. Namun, jika Pakatan Rakyat masih gagal sediakan calon pilihan bermakna sudah pasti Adnan Yaakob akan terus kekal sebagai Menteri Besar Pahang untuk penggal berikutnya. Ini berdasarkan maklumat mengatakan beliau kini sedang sibuk melobi istana Pahang agar terus membenarkan beliau memegang jawatan MB untuk penggal berikutnya. 



[Sepatutnya negeri Pahang sudah awal-awal lagi diputuskan untuk siapa (parti mana)?. Jika Selangor (PKR), Kedah dan Kelantan (PAS), Pulau Pinang (DAP) dan kini Johor (PAS), Perak (PAS), Perlis (PAS), N.Sembilan (PAS), Sabah (PKR) dan Sarawak (PKR). Maka Pahang dan Melaka untuk siapa?. PAS atau PKR. Jika Pahang untuk PAS, makanya ada calon MB terbabit tewas bermakna PAS perlu sediakan calon lain sebagai MB menggantikan nama berkenaan. Apa yang jelas kedengaran sekarang, jika calon PAS tewas maka calon PKR akan jadi MB. Apakah ini keputusan Pakatan Rakyat atau parti-parti tertentu. Apapun, difahamkan undag-undang tubuh Kerajaaan Negeri Pahang menetapkan calon MB mestilah "anak jati Pahang yang dilahirkan dan mendapat perkenan Sultan Pahang. Jika benar kenyataan itu, maknanya kedua-dua pemimpin terbabit (Dato' Fauzi dan Dato' Tuan) pasti terkeluar dari senarai. Asasya, Dato' Tuan bukan dilahirkan di Pahang, manakala Dato' Fauzi tidak digemari oleh istana Pahang. Maka, siapakah yang layak menjadi Menteri Besar Pahang sekarang?. Apapun, semua ini hanyalah pandangan kami semata-mata. Kami tidak mahu rakyat terus tertanya-tanya siapakah calon terbaik yang mahu ditonjolkan seperti di Johor dan Perak sekarang. Pahang negeri popular untuk ditumbangkang. Maka, persediaan ke arah itu perlulah dilakukan dengan serius agar rakyat benar-benar yakin untuk melakukan perubahan. Nantikanlah laporan seterusnya berkenaan isu panas ini].

8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

sepatutnya mb pahang anak jati pahang lah..buat apa ambik orang luar...nak bahagi kan harta pahang kat org luar ke...

Anonymous said...

sekarang pun bnyk org luar dalam jabatan kerajaan negeri pahang...orang pahang xcerdik ke..bagi org ganu dan kelantan..salah org politik or ketuajabatan(org jabatan bukan semua sokong krjn)

Anonymous said...

doh tuu orrang pahang bodooo..ada penyakit suka marohhhhh ajeeee orang pahang ni...penyakit keturunan kuat makan tempoyak agaknyaaa

Anonymous said...

Jangan berebut. Sape yang akan jadi MB jangan pk. Pilihanraya dulu.. Yang penting rakyat negeri pahang nak orang boleh bawa kemakmuran didunia mahupun diakhirat. Kalu boleh orang ini boleh mengimamkan solat. Bukan solat zuhur atau pun asar. Dalam erti kata lain mempunyai ilmu dunia dan akhirat.

Anonymous said...

Ramai lagi anak Pahang yang boleh jadi Menteri Besar. Bekas YB Dun Kuala Pahang pun layak. PRU13 kita buktikan yang Calon yang bertanding ini tiada korupsi. Jangan dema ambik orang yang dah tiada power. Macam bolosepak jugak. Setakat ni anak jati Pahang yang boleh skor gol. Ambik import habis duit je.

Anonymous said...

orang pas tak layak jadi MB - penceramah bebas layak le...

Anonymous said...

Kalu gi tu apakata kita ambil ah san lee atau jul pat tak jadi menteri besar kita??? Setuju??? We all penceramah bebas.

Anonymous said...

kawan berkenan bebeno klu tuan ibrahim tuan man jd mb...yg penting berilmu...dh penat dh dgn mb jahil ni...

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]