Paparan Terbaik Gunakan Internet Explorer (IE) : Ada Info Dan Masalah Sila Emailkan Ke pahangdaily@yahoo.com

CCTV Kes Samun Motosikal Di Pam Minyak Tersebar !

1 comment:

Anonymous said...

Pada zaman ini , penipu, pencuri, perompak, perogol dan pembunuh bebas melakukan jenayah tanpa merasa takut kepada undang-undang sekular. Keluar-masuk penjara seolah-olah seperti keluar masuk hotel ! Dan di dalam penjara, mereka berjumpa mahaguru penjenayah yang akan mendidik mereka menjadi penjenayah yang lebih ganas dan licik hingga ke tahap master dan PhD! Penjenayah merompak sambil merogol isteri dan anak perempuan tuan rumah ! Adakah anda merasa selamat jika membiarkan pintu rumah anda terbuka pada zaman ini?

Undang-undang Islam (Hudud) adalah undang-undang yang boleh menghalang atau mengurangkan kadar jenayah dengan izin Allah swt. Undang-undang Islam lebih bersifat mencegah dari menghukum ! Mencegah sebelum parah !

Perompak-perompak motorsikal dalam video di atas perlu dihukum mengikut undang-undang Islam.

Hukuman yang dijatuhkan ke atas perompak dan penyamun adalah mengikut kesalahan yang dilakukan iaitu:

a. Dihukumkan takzir dengan dipenjara atau sebagainya jika ia hanya menakut-nakutkan orang sahaja, tanpa melakukan pembunuhan dan tidak mengambil harta yang menyebabkan si pengambil dihukum dengan hukuman potong tangan.

b. Dihukum mati jika melakukan pembunuhan dengan sengaja dan tidak mengambil harta.

c. Dipotong tangan kanan dan kaki kiri jika ia mengambil harta sekurang-kurangnya ¼ dinar dan tidak melakukan pembunuhan dan dipotong tangan kiri dan kaki kanan jika ia melakukannya lagi.

d. Dihukum bunuh dan mayatnya digantungkan tiga hari jika ia melakukan pembunuhan dengan sengaja dan mengambil harta sekurang-kurangnya ¼ dinar.

Dengan izin Allah swt, undang-undang Islam boleh mencegah penjenayah dari melakukan jenayah atau sekurang-kurang menyebabkan mereka berfikir 1000 kali sebelum melakukan jenayah?