Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN KEPADA PARA PEMBACA YANG BERAGAMA ISLAM SEANTERO DUNIA
Lazada Philippines
061114Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Duit Raya Terhebat !! DI SINI
310814Promosi Lampu Hiasan Dari Kedai Lampu2u, Khas Untuk Hari Raya DI SINI


February 11, 2013

Ketua Polis Pahang, "Orang Melayu" Beragama Islam Paling Ramai Jadi "Kaki Judi Internet" Di Negeri Ini!

KUANTAN, 11 Feb - Usaha berterusan pihak polis untuk memerangi kegiatan judi internet di negeri ini tidak akan berkesan sekiranya orang ramai terutama kaki judi terus mendekati dan ketagih dengan kegiatan itu. Kegilaan kaki judi untuk ‘kaya’ melalui pertaruhan mereka di premis judi internet ini antara faktor yang mendorong segelintir pengusaha kafe siber sama ada berlesen atau haram mencabar undang-undang dengan menyediakan permainan berunsur perjudian di premis mereka. Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani (foto) berkata, lebih malang lagi, kebanyakan kaki judi yang berkunjung ke pusat-pusat itu adalah orang Melayu beragama Islam. Menurutnya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ajaran Islam jelas melarang umatnya mendekati atau berjudi. “Dalam beberapa serbuan yang dijalankan, ada segelintir pekerja atau penjaga premis terlibat juga di kalangan orang Melayu. “Jika tertangkap penjaga dan pemain akan berdepan hukuman tetapi dalang utama dalam kegiatan itu bergembira dengan pulangan lumayan hasil kegiatan haram yang dijalankan, katanya. Sharifuddin berkata, ibu bapa, pihak sekolah dan pemimpin setempat perlu memainkan peranan mendidik terutama generasi muda supaya menjauhi aktiviti perjudian kerana gejala ini bukan sahaja bertentangan dengan syariat tetapi penyumbang kepada perlakuan jenayah yang lebih serius. “Akibat ketagihan boleh menyebabkan seseorang kaki judi terjebak dengan peminjam wang haram, mencuri, merompak malah ada yang sanggup menggadaikan harta untuk tujuan berjudi,” katanya. Beliau berkata, pihaknya banyak menerima maklumat berhubung kegiatan ini dan operasi demi operasi secara bersepadu bersama pihak berkuasa tempatan, syarikat tenaga, syarikat bekalan air dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijalankan di seluruh negeri. “Di Kuantan misalnya, sebanyak 622 serbuan dijalankan dan hasilnya 7,307 set komputer dianggarkan bernilai RM7.3 juta berjaya dirampas tidak termasuk wang tunai RM196,850 sepanjang Januari 2012 hingga 22 Januari tahun ini. “Dalam tempoh itu, polis Kuantan juga berjaya menahan 2,642 individu terbabit untuk siasatan,” katanya. sumber



[Orang Melayu hanya boleh dihalang memasuki pusat judi siber andainya premis itu ditutup. Masalahnya tindakan penguatkuasa yang dilihat "acuh tak acuh" menyebabkan premis ini tumbuh bagaikan cendawan. Satu ditutup tapi sepuluh agi yang dibukan. Bukan hanya di pusat bandar, malah kini menular ke pinggir bandar malahan juga di luar bandar. Apa yang dilakukan oleh kerajaan?. Mereka ternyata gagal membenteras walau pun operasi demi operasi sudah dilakukan. Ia kerana sikap tidak serius dalam menjaga agama Islam itu sendiri menyebabkan pusat perjudian ini akhirnya semakin banyak dapat dilihat di sana sini. Difahamkan, ada pihak yang mengaut keuntungan hasil perjudian ini. Mereka berada di bekalang tabir dan pihak berkuasa tidak akan berani menyentuh mereka sebenarnya. Akhirnya mereka mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit sebulan atas komisyen yang diperolehi daripada pusat-pusat judi ini. Pernahkan kerajaan menyiasat perkara ini?. Kenapa harus biarkan rakyat terutamanya orang Melayu terus rosak dari masa ke semasa?. Sedangkan mereka punyai kuasa untuk bertindak dan menghalang semua ini!. Apapun, tahniah kepada polis Kuantan].

5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

pemain dan penjaga aja mana itu toke

Anonymous said...

siapa yang tiap tiap bulan ambil duit dari towkey judi internet ni? dan segelintir kakitangan pdrm juga kaki judi internet..rasanya nasihat kakitangan pdrm dulu lah.

Anonymous said...

Klu nak angkut mesin judi kt kuantan kena polis bukit aman buat... Polis kuantan ambik duit je kot...

Anonymous said...

kt semua negeri pun...bkan phang je....berderet org melayu kat kedai ni

Anonymous said...

dh tau ramai..bg bukok wt menda.....ke ad gaji basic tggi..

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]