Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi, berbagai-bagai sebaran dikeluarkan menerusi laman sembang sosial Facebook sekarang ini. Baik dipihak kerajaan mahu pun pembangkang, kini masing-masing berlumba-lumba untuk memancing undi dikalangan pengguna media baru terutamanya dikalangan generasi muda. Satu persatu pendedahan dan pembongkaran dibuat bagi tujuan tersebut. Dari yang berunsur fitnah hinggalah kepada yang berfakta. Apa yang menarik untuk diperkatakan sekarang ini ialah sebarang kenyataan Mufti Pahang, Dato' Abdul Rahman Osman (foto) berkenaan hukum haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Kenyataan beliau itu telah disiarkan secara eksklusif dalam akhbar arus perdana Utusan Malaysia pada 8 Ogos 2012 yang lalu. Ramai yang melihat Mufti Pahang "tidak sedar" semasa mengeluarkan kenyataan tersebut. Namun ada pula yang berkata ia dibuat menerusi ilham dan pertimbangan sewajarnya oleh beliau ketika itu. Kenyataannya itu menyebabkan ramai pemimpin UMNO BN tidak senang duduk dibuatnya. Ini kerana antara parti yang secara terang-terang menolak hukum hudud ialah UMNO dan MCA di mana pemimpin-pemimpin parti tersebut secara jelas menyatakan hudud tidak boleh dilaksanakan malah ada yang menghina hukum Allah tersebut. Adapun parti DAP, walaupun pengerusinya Karpal Singh menyatakan tidak setuju dengan negara Islam dan hukum hudud tetapi ianya masih boleh dibincangkan dalam Pakatan Rakyat seperti katanya semasa konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 tidak lama dahulu. Keratan kenyataan Mufti Pahang yang disiarkan oleh Utusan Malaysia itu kini dijadikan bahan kempen oleh penyokong Pakatan Rakyat di Facebook.
Susulan kenyataan Mufti Pahang ini, maka ia jelas sekali bertentangan dengan kenyataan para ulamak, tok guru pondok, iman dan ustaz muda yang menganggotai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Kelantan yang membuta pengisytiharan memberi undi kepada PAS pada pada Pilihanraya Uumum ke-13 ini adalah haram. NGO berkenaan yang menamakan diri mereka Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama & Tanahair (Mummati), Ikatan Cendiakawan Kelantan dan Pendita membuat keputusan demikian di Kota Bharu semalam. Mereka turut mendakwa perjuangan menentang PAS adalah Jihad kerana sokongan parti itu terhadap DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme. Kenyataan berkenaan telah disiarkan di media arus perdana dan menjadi pertikaian ramai pihak sekarang ini.
[Dengan sedikit info ini diharapkan agar semua pihak tidak keliru dengan berbagai tuduhan dan dakwaan daripada mereka-mereka yang tidak dikenalpasti tujuannya. Umum masih ingat sebuah sekolah pondok yang pelajarnya tidak sampai pun 100 orang tetapi telah menerima sumbangan jutaan ringgit daripada pemimpin UMNO gara-gara membuat kenyataan yang panas tentang parti PAS. Maka itu, kita tidak perlu hairan dan melayan kenyataan yang dibuat oleh pihak yang berkenaan. Soalnya, kenapa mereka tidak berani menegur Perdana Menteri Malaysia yang jelas mengatakan "Hudud Tidak Akan Di Laksanakan Di Malaysia"?. Apakah semula ulamak berkenaan bisu atau buta matanya hingga tidak nampak kebenaran?. Justeru usahlah terpedaya dengan pandangan ulama duniawi yang mengejar habuan dan gemar mempermain-mainkan hukum Allah di atas muka bumi ini. Mereka ini adalah golongan munafik yang menjual agama untuk keuntungan yang sedikit. Lebih ramai ulamak sebegini akan muncul selepas ini!].










14 comments:
Wallahu'alam. akhir zaman intan dikata kaca. Kaca dikata intan. Manusia sudah buta dan tidak pandai menilaikannya. Akhir zaman jugak terlampau banyak ulama bisu atau ulama syaitan keluar untuk menyesatkan manusia. Mungkin jugak kaum kerabat abdullah bin ubai cuba untuk menyesatkan orang islam. Semoga allah swt memeliharakan kita semua dari godaan dan hasutan dari mereka. Semoga nerka jahanam akan meratah serta membaham mereka kelak diakhirat nanati. Allahuakbar....
pas tu parti islam ke? Kenapa bersetongkol dengan dap. umno tu parti islam ke? tak juga....
Betul kata ulamak2 tu. Parti yang bersekongkol dengan DAP dan PKR yang nyata menolak islam patut tak diundi. Jadi tak salahlah kata Tok Mufti tu. ...
Umno parti kebangsaan yang menolak untuk melaksanakan hukum allah swt. Kalau dia betul nak laksanakan ari ni jugak Najib Buih boleh isytiharkan. Ada berani????? PAS sebuah parti yang bercita cita untuk melaksanakan hukum dan perintah allah. DAP hanyalah salah 1 kompenan parti dalam pakatan rakyat. Kalau orang hendak melaksanakan perintah allah wajib kita sokong. Tapi DAP tidak menolak hukum allah. Cuma dia tidak faham akan hukum itu. Maklumlah bukan islam. Yang pelik orang islam khususnya UMNO tolak. Sebab kalau hukum ini dijalankan maka ramailah orang UMNO hilang tangan. Sebab mereka mencuri khazanah negara. Macam di Negeri Pahang jugaklah dulu orang minum arak denda dia RM 5 ribu atau 3 tahun penjara dan 6x sebatan. Sekarang denda dia RM 5 ribu atau 3 tahun penjara atau 6x sebatan.Ini semua kerja UMNOlah sebab takut dan tidak mahu laksanakan undang-undang yang mereka sendiri lulus EPAI.PHG dan No.8 Tahun 1987.
Ngek awok anonymous 3. Ulama mana awok jumpa??? Mufti awok kata ulama? Ular dalam semak bolehlah. Dia dulu pun naqib PAS. Tapi sebab kejar jawatan diburok ke PAS. Dia dengan adik dia Bekas Imam Besar Masjid Negeri dan Kadi Kuantan tu sama je. Dulu sokong PAS tapi kerana jawatan dan pangkat dia jual agama dia.... Manusia macam ni awok nak buat contoh?? Baiklah aok ambik orang lain. Buat rugi je..
hehe..dulu2 ditakut2kn org cina dn india klu pas mmrintah hbs anu mrk kena kerat...skrg bila cina dap dh terima pas dia tuduh pulak pas x islamik..bersekongkol dgn kapir..yg sebenonye awok seme ni xnak kat islam..itu aje...mcm2 la alasan...lgpun sejak bila umno syg dgn islam...klu syg dgn islam sejak 50 thn dulu lg dh bnyk benda brkaitan dgn islam dh setel..klu setakat buat masjid dh kira islam negara russia dn china lbh islam dr m'sia sbb jumlah masjid d negara tu lbh bnyk dr m'sia..
suadahlaah PAS tu topeng islam jer...sembanggg parti islam 22 tahun perintah kelantan hukum hudud pun x bleh nk buat nak bg nampak tak salah dimata rakyat...letak alasan Tun M tak bagi...sebuah parti yg kata islamik takut kepada Tun M berbanding Allah...tak kafirkah parti tu....kalu ikhlas nk buat hudud hari2 buat demo Insya Allah saya org pertama pegi demo..tp demo bersih gila kuasa buleh buat demo nk tegak hukum islam x bleh buat...pirahhhhhhhh munafikk
suadahlaah PAS tu topeng islam jer...sembanggg parti islam 22 tahun perintah kelantan hukum hudud pun x bleh nk buat nak bg nampak tak salah dimata rakyat...letak alasan Tun M tak bagi...sebuah parti yg kata islamik takut kepada Tun M berbanding Allah...tak kafirkah parti tu....kalu ikhlas nk buat hudud hari2 buat demo Insya Allah saya org pertama pegi demo..tp demo bersih gila kuasa buleh buat demo nk tegak hukum islam x bleh buat...pirahhhhhhhh munafikk
Bukan sembang. Tapi UMNO haprak yang pandai sandiwara. Kalu betul nak laksanakan Najib Buih pun boleh mengisytiharkannya. Tya. Dasar Haprak dan keturunan Abdullah bin Ubai gitulah. TGNA memang laksanakan. Cuba ko tengok negeri Pahang dulu arak mesti kena rotan. Le ni atau... Ini kerja PAS ke???? Kalu orang gelar bodoh marah. Tapi memang ko bodoh....
He he. .. Dah berapa lama PAS perintah Kelantan,, hampuras yang dia buat nak jadikan negeri islam. Hukum potong tangan pun tak terlaksana,, katanya takut tangan mereka kena kerat sebab curi khazanah rakyat cara senyap-senyap. Buka mindalah sikit, jangan tetipu dengan watak yang alim dan cita-cita yang diucapkan dengan kata-kata. Ha
Oii orang kat atas, jangan buat buta mata & hati, sejak TGNA memerintah kelantan lah UMNO dah tak berani cle hukum hudud;, masing2 dah sedar hukum hudud terdapat dlm al-quran. Ko butakah macam2 syiar Islam yg telah Tok Guru laksanakan walaupun dicemuh oleh Umno sebagai kolot cthnya, pengharaman arak, judi, nombor ekor, pengasingan lelaki & perempuan walaupun bermcm2 kutukan yg negatif diberikan.
Buka mata dan minda sebelum kamu dibutakan..
Ah sembang lebih..setakat buat2 undang2 bising..hukum Islam sesuai utk semua ..dah buat undang2..pergi dakwah org bukan Islam ciner,India betaper cantik nyer undang2 islam..takkan Cina Kedah tu tak puas ati pas Kedah mb, di bantai kutuk agama Islam..pas tu parti menggunakan Islam..Pas bukan nyer agama Islam..dakwah bil hikmah.
Tahan jugak dari amano. Terus menentang dan banyak bagi alasan. Gitulah umno dulu kini selamanya.... tak kan islam bersinar dibawah pemerintahannya. Islam hanya ada hari dan masa aje. dok gitu member???
Parti Pas secara jelas mahu menubuhkan kerajaan Islam dan melaksanakan undang-undang Islam yang terdapat dalam Al-Qur'an untuk kebaikan orang Islam dan orang bukan Islam. Sesungguhnya beriman kepada Al-Qur'an adalah sebahagian dari Rukun Iman !
Pada masa yang sama parti Ameno yang merupakan parti sekular yang mengasingkan agama Islam dari kehidupan dunia menolak undang-undang Islam (Hudud) secara terbuka. Dan parti Ameno sengaja membiarkan parti sekutunya yang dipimpin oleh seorang pelakun lucah menghina Islam secara terbuka.
Dan di akhir zaman ini memang terdapat 'ulama-ulama'(ular'ma atau ular dalam semak) upahan yang sanggup menjadi alat parti sekular untuk menentang undang-undang Islam dan menfitnah parti PAS yang mahu menegakkan Islam di Malaysia.
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".H.R al-Baihaqi
Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.
Wajarkah kita yang mengaku beragama Islam mentaati parti Ameno dan 'ulama-ulama' upahannya yang menderhaka kepada Allah?
Post a Comment