Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Panas: 30 Tahun Menunggu Elektrik Di Negeri PM !!


[Apa sudah jadi dengan rakyat negeri Pahang. Dalam sibuk-sibuk Perdana Menteri Malaysia yang berasal dari negeri ini iaitu Datuk Sri Najib Tun Razak menjelajah serata negara dengan janji-janji pembangunan, rupanya masih ada rakyat negeri ini yang masih belum menikmati pembangunan seperti yang dicanangkan. Bayangkan, lebih 30 tahun menunggu bekalan elektrik tetapi masih belum berhasil. Apa yang dipaparkan ini sunggu memalukan. Pahang yang diperintah oleh UMNO BN, ternyata gagal membawa pembangunan kepada rakyat. Banyak janji-janji yang dicanangkan sekadar tinggal angan-angan semata-mata. Akhirnya rakyat menjadi mangsa dan tidak diperdulikan selepas mereka menang pilihanraya. Bukankah ini sesuatu yang tidak wajar berlaku di negeri PM sebenarnya. Jika ini senario yang berlaku, bagaimana PM boleh menunaikan tujuh janji yang dibuat terhadap rakyat Kelantan andainya mereka memilih BN pada Pilihanraya Umum akan datang?. Amatlah tidak masuk dek akal apabila isu yang sekecil ini gagal ditangani, tiba-tiba mahu menjanjikan bulan dan bintang untuk rakyat. Oleh itu, fikirkanlah dan lakukan perubahan sekarang demi masa depan !!].

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Itu kes terpencil bukan terpinggirr. Silap gaya dia tidak memohon, jangan salahkan kerajaan aje. Ba

Anonymous said...

Padang Miding Gganu cakap..

Ni bukan terpencil tapi dipencilkan!
ni lah Melayu otak sempit...
30 tahun pilih jg parti yg penipu dan pembelit

Anonymous said...

Looo wei matnye jadi g to? Marru betul Najib buih ni. Dok kutuk Nik Aziz tapi daerah kelahiran dia sendiri pun dok leh nak bagi elektrik? Gone Najib? Kah rasa kalu 30 tahun masa to Najib ni jadi Menteri Besar Pahang? Malu wei... Kalu lah Tun Razak masih ada ka rasa mesti dia malu dan dok tahu nak letak muka kat ane.. Sebab dia pernah jadi DO kat Lipih ni. Alih alih anak dia jadi Menteri Besar Pahang dulu dan kini Perdana Menteri dok leh nak selesai masaloh orang kampung. Cakap dalam tv bukan ke main. Kah lah wira Malaysia.. Wira Gaza konoinye tapi enting kosong arap bunyi je kuat tapi isinye haramjadah. Baiklah dema Najib jadi Tok 4 orang Burma Sungei Mian dan Kemoje kat Pulau Keladi, Pekan.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]