Stesen radio Hot FM pagi tadi (Jumaat) berjaya menyiarkan ke seluruh negara audio terbaharu penyanyi Shila Amzah (foto) yang menyampaikan lagu "Ombak Rindu" sambil menangis ketika dia meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang berlaku melibatkannya, keluarga serta kekasih, Sharnaaz Ahmad.
Rakaman itu dipetik daripada laman YouTube yang dimuat naik oleh Shila.
"Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah," katanya.
Rakaman itu disiarkan kira-kira pukul 9.50 pagi oleh stesen radio Hot FM.
Sejam selepas itu, rakaman berkenaan tidak dapat diakses lagi menerusi laman "YouTube" milik Shila.
Bagaimanapun ia sempat diambil oleh individu lain Dalam rakaman itu Shila turut menangis teresak-esak sambil mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh penyayi Hafiz dan Adira.
Difahamkan, Shila kini sedang bersendirian di sebuah tempat yang dirahsiakan bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.
Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz, 27, untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.
Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.
Pada malam Selasa lalu, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut.
Malah dia turut meluahkan perasaannya menerusi Twitter tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya.
Dalam pada itu tindakan Shila Amzah bertindak meluahkan rasa hatinya sambil menangis ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu kerana lagu tersebut benar-benar menyentuh mengenai perjalanan hidupnya.
Ombak Rindu nyanyinya Hafiz dan Adira itu antara lain berkisah mengenai hubungan cinta pasangan kekasih yang sedang menghadapi cabaran.
Liriknya juga turut merayu kepada Tuhan agar membuka hati pasangannya demi cinta mereka yang telah ditanam sejak sekian lama. sumber

[Paparan yang dibuat ini bukanlah bertujuan untuk menghina, namun ia merujuk kepada tindakan radio Hot FM yang terlebih awal menyiarkannya secara eksklusif pagi tadi. Cuma, pengajaran yang perlu diambil oleh semua pihak ialah usah benarkan diri anak-anak anda terjerumus ke dunia artis baik menjadi penyanyi atau pun pelakon. Ini kerana dunia artis penuh dengan tipu daya dan sekadar lakonan semata-mata. Lihat apa yang berlaku kepada Allahyarham Yahya Sulong serta lain-lain artis terkenal tanahair. Ketika nama mereka dijulang, mereka idola dan menjadi kegilaan peminat. Walhal ada artis yang hidupnya melarat dan malah lebih teruk dari itu sebenarnya. Lihat apa yang berlaku kepada Sazali anak Tan Sri P.Ramlee?. Makanya, apa yang berlaku kepada Shila Amzah iaitu salah seorang artis yang berani bertudung membuat persembahan di khalayak ramai. Namanya baru saja dijulang selepas menjadi juara satu pertandingan nyanyian di China baru-baru ini. Tiba-tia ini pula yang berlaku kepada beliau. Cuma, usahlah membuat video yang boelh ditonton oleh orang ramai secara percuma atas masalah peribadi atau keluarga. Ia boleh menimbulkan senario yang tidak baik untuk keluarga beiau sebenarnya. Kenapa perlu menyanyi dan bermain gitar dikala dirundung derita, sepatutnya beliau kembali sujud kepada Allah dan memohon petunjuk dariNya agar masalah dapat diselesaikan secara berhemah. Langkah membuat Youtube atas masalah peribadi seperti ini jelas sekali memalukan keluarganya. Jangan biarkan anak anda terjebak dengan dunia artis!]








7 comments:
PDO ...nape bangang sgt....mende cam ni pon ko jadi citer...ko pon nak jadi melodi ke?
Bukan melodi. Isu semasa dan iklan seketika. Hahahahahahahaaa.
lain kali x yah la kita jd tukang promosi bende2 mcm ni. buang masa aku tertengok bende2 gini. artis mana ada yg cerdik bai.
Bloger kena lah jugak iklan. Para pembaca pun sesekali nak jugak baca pasal artis malaysia. Bukan pasal konsert PSY diPulau pinang.
Betul tu. Majukanlah industri tempatan. Biar takde isu K-Pop dalam ni aku sokong.
ngabih ke masa org je nak baca bende murah gini...kisah cinta budak2 pn nak wat citer..
Dah tu takkan PDO nak bawa cerita cinta berok mak yeh pula? Marah pulok lah orang UMNO.
Post a Comment