Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terbukti jauh lebih efisien dan cekap dalam pengurusan kewangan apabila mampu membina sekolah yang mempunyai 24 bilik darjah serta kelengkapan dewan dan makmal pada kos RM4.9 juta. Ia berbeza apabila Kerajaan UMNO-BN membina sekolah yang mempunyai hanya 12 bilik darjah dengan kos didakwa berjumlah kira-kira RM12 juta. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (foto) berkata, pembinaan SJK (T) Ladang Midlands di Shah Alam yang dibina dengan kos RM4.9 juta itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 15 April lalu. Selama 50 tahun para pelajar di situ terpaksa belajar di dalam bilik darjah berdinding papan dan lantai simen retak dan menanti bantuan untuk mendapatkan bangunan baru bagi keselesaan pembelajaran. Pembinaan sekolah tersebut yang boleh menempatkan kira-kira 2,000 pelajar tidak menggunakan satu sen pun peruntukan daripada Kerajaan Pusat. “SJK (T) Ladang Midlands itu boleh dianggap yang terbaik dan termoden di negara ini malahan mungkin di dunia dengan dewan yang besar dan makmal yang canggih dengan RM4.9 juta. “Berbanding dengan Sekolah Rendah yang hendak dibina di U10 Shah Alam ini yang ada 12 bilik darjah tetapi kosnya adalah RM12 juta yang bermakna setiap darjah itu kosnya adalah RM1juta,” kata Khalid. Ujar beliau lagi, kos pembinaan yang menelan kos RM12 juta itu dianggap tidak munasabah dan memerlukan penjelasan lanjut pihak berkenaan ekoran kos pembinaannya yang jauh lebih tinggi. “Ianya membuktikan ketidakcekapan dan ketidaktelusan serta kemungkinan projek pembinaan sekolah di U-10 itu diberi secara rundingan terus dan sebagainya. “Yang jelas kosnya lebih lima kali ganda itu dan terlalu tinggi akan merugikan rakyat,” kata Khalid lagi.

[Umum memang mengetahui bahawa pemimpin UMNO BN akan melobi projek untuk kroni-kroni mereka setiap kali tender sesuatu projek itu dikeluarkan. Maka, tidak hairanlah harga RM1 juta untuk satu bilik darjah pada zaman mereka memerintah Selangor ini terbongkar. Mujurlah kerajaan negeri bertukar tangan, jika tidak sudah pasti isu ini akan ditutup rapat-rapat oleh mereka. Lantaran itulah, bekas MB Khir Toyo terkejut beruk dan terpaksa melupuskan banyak fail-fail sulit dari pejabat MB selepas melihat mereka tumbang pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Semuanya gara-gara untuk menutup maklumat tentang rasuah dan penyelewengan yang telah mereka lakukan selama ini. UMNO BN tidak akan boleh hidup tanpa rasuah, maka itulah mereka takut untuk melaksanakan hukum Hudud milik Allah atas muka bumi ini walau pun sudah lama berkuasa. Ini kerana jika ia dilaksanakan maka rezeki yang mereka perolehi selama ini sudah pasti akan tersekat dan mereka tidak mungkin lagi boleh membolot kekayaan seperti dilakukan sekarang. Maka itu, ubah sebelum lebih parah pilihan raya umum ini!].









6 comments:
BN adalah duit....xyah pelik lah..
Kuatlah Si Khalid tu menipu rakyat, 4.9 juta tercanggih macam mana nak dapat. ... Rakyat bukan bodoh macam dia. .. Orang boleh fikirlah... Zaman sekarang kereta pun dah harga 1.5 juta.
Lain kali kalau nak auta pun kena ada logiknya. .. khalid bengong
Memang betul. Si Khalid kuat menipu rakyat. 4.9 juta mana canggih. 296 Billion lagi relevan. Bila rakyat tanya hadiahlah apa lah yang pasti siangkap sinohong gelama ikan duri.Perdana Menteri cakap bohong Barisan Nasional mencuri.
Base brayuk PKR.. Keje nak menipu jer..Cuber tak mender ader dalam bilik darjah..kalaulah kosong jer..4.9 juta kira mahal la..direct nego lebih Rm 180 juta.. Kalah project lembu kondo aritu..penasihat ambik gaji singkat konon..lawatan ekonomi ke luar negara..berbelas juta..sesen tak masuk pelaburan dari lawatan tuh..sembang lebey...kat dunia boleh la..
memang lah sembang lebey. supa ngan najib rosmah al baboki. sembang lebey tapi hasil kaut masuk poket sendiri. inilah orang umno tot tot bila pkr ke dap ke pas ke sema dok beto sebarang habok. tapi dia jugaklah beto cuba pkr ke pas ke dap memerintah bn boleh guna dok harta kerajaan???? kalu boleh maknanye memang mereka sebuah parti yang adil tapi bn ada bagi dok?? dok beri pung.mu umno andai bila? sembang je boleh dengatr. mace ore katuk gong tapi isi dia tak dok pun.
lu ingat pas tak kaut masuk poket sendiri...kohilal lingkop sapa rembat tabong memali hilang sapa rembat skrg kutip tol nk buat leboh raya...belom siap dah kutip tol duit tu kemana skrg siapa rembat.ptuih belom memerentah dah rembat banyak..guna nama derma dan wakaf utk rembat duit lagi hina
Post a Comment