Paparan Terbaik Gunakan Internet Explorer (IE) : Ada Info Dan Masalah Sila Emailkan Ke pahangdaily@yahoo.com
Sila Tonton Video Eksklusif Siaran Rancangan IKS Di RTM Berkenaan Jussulin Ini
Anda Berminat Untuk Mencuba Produk Jussulin Ini?. Info Lanjut Sila KLIK DI SINI
----[ Kod Iklan PDO004, Tempoh Tamat Iklaneka: 11/04/2013-11/05/2013 ]----
----[ Kod Iklan PDO005, Tempoh Tamat Iklaneka: 14/05/2013-14/08/2013]----
----[ Kod Iklan PDO006, Tempoh Tamat Iklaneka: 12/05/2013-12/06/2013 ]----
----[ Kod Iklan PDO0007, Tempoh Tamat Iklaneka: 12/05/2013-12/06/2013 ]----
Get the Flash Player to see this player. CMK FM CMK FM
SILA KLIK STOP ATAU PAUSE PADA LOGO SPEAKER UNTUK MATIKAN RADIO INI
[Jika Anda Ingin Mendengar Video Youtube Yang Di Paparkan Di Dalam Blog Ini]

Ramai Kecewa "Keselesaan Pengguna" Kini Terabai, Gara-Gara Pindah Operasi Bas Ekspres Di Kuantan !

KUANTAN, 14 Feb - Orang ramai terutamanya pengguna pengangkutan awam bas ekspress di bandar ini kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memindahkan operasi bas terbabit ke lokasi sementara di hadapan Stadium Darul Makmur sekarang ini. Ini berikutan kerja-kerja pengubahsuaian untuk menaiktaraf Terminal Makmur (foto) sekarang ini. Mereka terkilan kerana kerja-kerja ubahsuai dilakukan tidak kena pada masannya (hampir dengan pilihanraya) dan ketika terminal bas yang baru di Indera Mahkota belum beroperasi sepenuhnya. Difahamkan, kerja-kerja pembinaan terminal bas baru masih dijalankan. Persoalannya, kenapa secara tiba-tiba kerja naik taraf dilakukan oleh pihak MPK?. Kenapa kerja-kerja baik pulih tidak dilakukan selepas terminal baru siap, bukankah ia memudahkan orang ramai. Difahamkan antara rungutan yang diterima ialah berkaitan dengan kemudahan tandas awam, surau, gerai makan dan termasuk juga kemudahan tempat menunggu. "Mereka buat pasang siap dan carca marba. Line asyik Off line bila kami nak beli tiket. Ada orang kata perpindahan tergesa-gesa dibuat atas arahan RapidKuantan .. Notis 24 jam diberikan ..... terminal akan dinaik taraf, siap ada pejabat pos dan pusat bayaran bil setempat.. malah kami dengar siap ada gelanggang futsal lagi kata atas tu  nanti.. itu apa yang kami dengar dari rungutan syarikat bas", kata salah seorang pelanggan yang mengalami kesukaran untuk membeli tiket apabila perkhidmatan senantiasa tergendala (off line). Menurut sumber, kemudahan tandas dan surau disediakan di dalam stadium yang berhampiran, namun tidak ramai yang tahu kerana kekurangan papan tanda dan sebagainya. Malah, stadium terbabit akan tutup lebih awal sedangkan bas tiba ada yang sampai pukul dua atau tiga pagi. Ia menyukarkan orang ramai untuk buang air kecil dan sebagainya. Keadaan menjadi lebih menyulitkan apabila hari hujan kerana ia berbecak di sana sini. Difahamkan lokasi terbabit digunakan untuk terminal sementara bas ekspress, manakala bas henti-henti dipindahkan ke hentian pasar berhadapan dengan Padang MPK 2 yang terletak berhampiran. Keadaan menjadi kelam kabut akibat perubahan yang tidak kena pada masanya ini. Malah kerja-kerja naik taraf juga tidak dimaklumkan hingga bila, apa yang diwar-warkan ia akan berkuatkuasa sehingga diberitahu kelak


[Laporan seterusnya akan menyusul selepas ini. Pihak berkuasa sepatutnya mengutamakan kepentingan orang ramai sebelu membuat apa jua tindakan. Sewajarnya projek naik taraf dilaksanakan selepas terminal bas baru di Indera Mahkota siap sepenuhnya. Kenapa tergesa-gesa hingga menyusahkan orang ramai untuk berurusan. Lokasi yang dipilih juga akan menyusahkan para peminat bolasepak yang mahu menyaksikan perlawanan pasukan Pahang selepas ini. Dari maklumat yang diterima, Pahang akan bertemu dengan Kelantan dalam masa terdekat. Maka, sudah pasti puluhan ribu penyokong akan datang berbondong-bondong dari seluruh negara. Jika kawasa parkir di hadapan Stadium Darul Makmur sudah dijadikan terminal sementara, maka sudah pasti ia akan menyusahkan peminat bolasepak selepas ini. Sudah pasti ramai yang akan disaman oleh MPK gara-gara meletakkan kenderaan di luar kawasan yang dibenarkan. Pernahkan mereka fikirkan semua ini sebelum merancang sesuatu ?].

13 comments:

Anonymous said...

kene la bersabar skit bila nk buat penambahbaikan. jika lmbt ubah suai bising jugak. klu pikir masa bila masa yg sesuainye? apa plak nk kait pilihanraya. biarkn mereka yg merancang dn laksanakan bg manfaat bersama di masa akan datang. maka berkorbanlah sikit masa skrg. jika kita berfikiran mengkritik je bila masa yg betulnye? abis seme salah.

Anonymous said...

Setuju dgn anon di atas. Masa saya belajar kt ktn tahun 1996-1999 terminal tu mcm gitu la jgk. Tapi bila nk buat penambahbaikan kita kene sabar.Dh lama ia menuntut hak utk dibaik pulih (klu dia bleh bercakap). Saya setuju skg masa untuk ditambahbaik. Nk tggu lepas pilihanraya kang "kok melepas.." marah jgk kata lepas pilihanraya 'bila dh menang senyap je". Haa biarkan dia buat skg. Faedahnye bersama. Kita bukan naik bas ekspress tiap2 hari kn? sesekali naik tu bersabor la ye

Anonymous said...

ni laa or malaysia manja x bleh susah sikit semua x kena...bukan mudah nk uruskan tender dan sbgnya beribu keje lain pun nk kena tegok bukan senang nk memuaskan hati semua pihak

Anonymous said...

Anak saya 3 org perempuan belajar di KL, kalau kena tunggu nak balik ke KL/balik dari KL sampai jam 2-3 pagi, saya pulak terlewat disebabkan sesuatu hal, bagaimana keselamatan mereka ditempat terbuka begitu? Saya harap polis boleh membuat pondok polis sementara disitu.

Anonymous said...

Saya tiap2 minggu naik bas express di situ, yang mengecewakan bukan kerja menaik taraf, tapi lokasi terminal sementara yang tidak sesuai kerana tidak disediakan kemudahan awan serta lokasi yang terdedah kepada banjir kilat, walaupun hujan tak lebat kerana kawasan tersebut agak rendah serta berlopak-lopak. Pada malam selasa lalu, habis kasut dan beg basah sebab terpaksa meredah air bertakung takat paras buku lali masa nak naik bas, lebih kesian pada warga emas dan kanak-kanak.

Anonymous said...

mpk buat keje mmg x pakai otak...wei...lu org klo naik bas sekali sekala x pyh nk ckp sabar la..itu la..ini la..dah mmg kawasan tu teruk...berlopak...ingt berurusan kandang lembu ker....

Anonymous said...

Msih rmai dkalangan org kite ni yg bsikap kena btg hidung sdiri barulah nak jd ultraman taro..Mase tu lmpu merah dh lip lap lip lap..Game over!!Psoalan pkara ini:
1. Knapa pndah tgesa2 sdangkan trminal baru dlm pmbinaan??? Mengapa prlu mnyusahkan org rmai yg nk berurusan nk mbeli tket?? Dahla parking kureng, slah parking saman pla..Pniaga2 kdai mkn kt atas trminal dieorg smua dh xtau nk buat apa skrg..kdai mreka smua dh dttup!! Mgkin xlama lg kte dgr dierg dh jd peragut..wpn bisnes mereka msih dteruskan dteminal baru nt, tp korang cubalah fkirkan mcm mana nk survive..start esok insuran knderaan moto n kete dnaikkan lg!! Mcm mana dgn peniaga kcil kiosk?? Dieorang hancusss!! D tminal baru tiada bisnes lg..rata2nya ibu2 tnggal yg bniaga..dhlah nk mngangkat kiosk 1 hal, nk buang kt mana tiada btempat..kpd allah jga mreka blindung..
2. Korang tau proses pmbinaan tminal baru?? Tau siapa yg tlibat?? Tau apa dh jadi?? jgn jd ayam daging yg asyik dberirasuah1m'sia(brm1m)patuk2 je mkan2 aje..bbalik pmbinaan tminal baru..struktur rampnya fail..n smua prlu dbuat balik..dgn design yg baru n prlu dbuat smula oleh kontraktor..dgn kata lain masa tambahan akan dprlukan bg mnyiapkan tminal ini..
3. Peliknya mngapa pkara ini tjadi??sdangkan phak mpkm ngetahuinya??
4. Sbabnya ini adalah dsakan dr rapid!!24 jam mau pndah u..siapa rapid?? cr sndirila..dr thn 1996 lg hinga sblm rapid, rkyat kuantan mghadapi masalah pngangkutan awam..tup2 dkt phanraya dapat rapid..free plak tu..rapid dr penang kwn2..nak bniaga bas pn ambik dr pnang..entahlah..apa nak jd dgn kita ni..
skianlah letih mbebel..sntiasa bfikiran rasionl n dptkan info..jdlah kta pngguna yg prihatin..salam

Anonymous said...

Koi nak berniaga. Nak untung jugak. Dalam masa dok sampai 20 tahun doh 3 tapak bas ekpress. Orang besar makan besat. Orang kecik makin kecik. Dunia sudah terbalik. Kalu dulu nak wat masjid Tok Meti puas nak bagi jawaban. Lee ni masjid banyak jemaah kurang. Masjid jadi gajah putih. Sama lah dengan Terminal Bas.Kalu dok nape jadi gitu???? Bas pulok rapid emm memang dah milik dia. Untung sakai lah dia.Dapat dana brp juta setahun. Bagi komisen kerajaan brp juta?? Hidup Najib buih dan kroni.

Anonymous said...

Terminal Bas tu akan dijadikan Urban Transformation Center atau Pusat Transformasi Bandar la mangkuk.
Memang projek ni... tergesa-gesa. mesti siap sebelum pilihanraya.. Najib nak rasmikan.
Asalnya memang nak tunggu Terminal baru siap. tapi.... nak tunjuk pada rakyat k'jaan memang utamakan rakyat... hampeh

Anonymous said...

pada anon-anon yang membackup kat atas tu.... tanya2 la kengkawan korang... awat jd kalut... tetiba nak ubah suai. jgn asyik dok membackup manjang.... jgn jd bangang!!!

pd PDO PLAK... CARI LA INFO LEBIH SKIT. NI STAKAT DENGAR SEMBANG ORANG PASTU ULAS BAGAI NAK RAK... MCM LA KO TU TAU SANGAT.

Anonymous said...

Anon yg membangangkan org tu la HAMPEHNYE sebab dia lagi tak tahu apa2. Terminal tu dh lama kertas kerjanye baru ni siap dan lulus. Aku yg lukis pelan tu. Ko apa tahu? Aku lukis dalam kepala je.. tup tup jadi.. terer la aku. Lain kali naik la kete sendiri jgn naik bas. Bas tu bukan Korang yg punya.. Suka hati dia la. Mcm kete korang la juga ikut parking sukahati. Ada ko pikir?

Anonymous said...

sepatutnya tunggu la terminal baru siap dulu..pastu ko nak g baik pulih terminal makmur tu buat laa.. ni x, dah tau natang tu x siap lagi yg dok bagi rapid tu buat ape? org yang jarang2 guna bas ekspress mmg xkan paham. dah la bodo! bangang plak dalam buat kerja. MPK ni mmg dah jadi anjing rosmah kot! aku guna every week tau. skang ni nyusahkan je! adnan yaakob pun bodo gak! tak tau nak plan kerja tu betul2 ke? sebab kan nak popular dlm PRU13 nak dok rasmi2 panggil media hape sume tu ko bleh susahkan RAKYAT nak naik bas. kami rakyat biasa je sebab tu kami nak bas. kalau dah kaya raya aku naik kereta ke helikopter ke!
bodo x leh di ajar!
idup UMNO! PEMBELA RAKYAT LAH SANGATTT!!!

Anonymous said...

Ha ha marah sangat la tuh.. Beli la kete klu dh tahu berulang jauh tiap mggu. Asyik nk komen je.. cer cuba urus masalah sendiri. Naik la moto ke, apa ke. Belajor rajin2 dpt duit bebanyok bleh la beli helikopter tu. Ada cadangan utk selesai masalah ni. Deme buat gotng royong bagi cepat siap.. he he alang-alang nk nyumpah org. Ada makhluk yg tak payah sumpah pun memang dapat terkene sumpah.. SESUMPAH.. Bodo sini sana.. sapa yg cerdik nye? termasuk la yg membodokan org tu. Tulis je dlm PDO bende hasilnye. Bukit tak runtuh tapi dia serak suara.