Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat Alaf Baru !! DISINI
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


February 12, 2013

Panas: PSY, Najib Di Malukan Lagi Di TV Singapura !!


Inilah wajah seorang Perdana Menteri Malaysia apabila imej beliau terus tercalar gara-gara kesilapan sendiri untuk menjadi Pengacara persembahan PSY di Pulau Pinang baru-baru ini. Niat beliau yang ikhlas dan jujur untuk membawa penyanyi terkenal dari Korea itu akhirnya memakan diri dikala dia sendiri tertunggu-tunggu bilakah tarikh untuk membubarkan parlimen dalam masa terdekat. Inilah yang dinamakan takdir, jutaan wang rakyat digunakan untuk aksi beberapa minit PSY akhirnya menjatuhkan maruah diri sendiri di mata dunia. Kini, seantero dunia tahu bahawa rakyat secara majoritinya telah menolak UMNO BN dari terus mentadbir negara ini. Malah, mereka juga melihat kerajaan pimpinan Najib bakal tumbang dengan suara kebangkitan rakyat pada Pilihanraya Umum akan datang. Dari raut wajah Najib semasa menjamu selera (foto), jelas sekali terbayang wajahnya yang sugul dan sayu gara-gara tindakan rakyat berkata "NO" ketika dia melaungkan kata-kata keramat "Are You Ready For BN...". Ternyata rakyat Pulau Pinang selesa berada di bawah  Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng yang dilihat lebih jujur dan bertanggungjawab dalam melaksanakan segala agenda perubahan untuk rakyat. Bagi mereka, selepas lebih 45 tahun Pulau Pinang ditadir oleh BN, nasib rakyat terutamanya orang Melayu tidak terbela dan mereka akhirnya merempat di bumi sendiri. Kini, segalanya terserlah dan situasi ini pasti menakutkan Najib untuk membubarkan parlimen sebenarnya. Apapun, kini ia hanya terletak di tangan rakyat untuk menentukannya. Lihatlah video ini:-


[Kini, seluruh dunia melihat sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri Najib Razak semakin merudum, maka itu pendedahan demi pendedahan yang dibuat tentang begitu ramai orang asing kini diberikan IC untuk menjadi warganegara Malaysia yang sah agar mereka boleh mengundi dalam pilihanraya umum akan datang. Ia jelas sekali membuktikan bahawa kerajaan UMNO BN yang ada secara majoritinya telah ditolak secara total oleh rakyat. Maka itu, mereka kini terpaksa menggunakan talian hayat warga asing sebagai pengundi agar kemenangan dan kuasa terus berpihak kepada mereka. Senario ini amat menakutkan kerana kini terdapat berjuta rakyat asing di negara ini. Mereka begitu muda lolos dan bermastautin di negara ini sejak sekian lama. Kini, bila diberikan IC jelas sekali bermakna mereka akan terus berada di sini buat selama-lamanya. Akhirnya generasi akan datang terpaksa bersaing dengan orang asing dalam semua sektor kerana kesilapan kerajaan yang ada sekarang. Oleh itu rakyat digesa berani melakukan perubahan pada pilihanraya umum ke-13 ini nanti agar kuasa itu dikembalikan semula kepada rakyat. Jika mahu masa depan lebih terjamin!].

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Kesian Najib Buih dengan Rosmah Gendut. Punyalah nak cari populariti sampai PSY pun tak nak naik sepentas dengan dia. Orang KOrea reti basa. Kenal sape mereka. Orang Pekan gone pulok???

Ginilah wei Najib kalu aok dok leh dapat 2/3 besok PRU 13 kan. Aok ganti DJ shukri buat rodio internet. Bakat pun dah ada cuma sah cikit ag. Boleh jadi HOS Hiburan malam Ini. Tapi sian kat DJ Shukri pulok dok leh cari makan kalu Najid jadi Dj. DJ Shukri kena jadi YB puloklah. Barulah ok.

Anonymous said...

Najib xmalu..org politik brtuhankn kebendaan ni dilahirkn dgn kulit biawak dan buaya...tebal...klu setakat kes Psy xnaik pentas xmndatangkn apa2 malu bg diorg ni...kes lbh besar dr tu pun diorg selamba je..

Anonymous said...

Nak malu apa? Memang dasar UMNO . Nak jadi pemimpin UMNO salah satu kefeteria dia ialah mesti muka tak malu.

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter