Belum pun reda kes pemecatan Ustaz Nasaruddin Mat Isa dari menjadi ahli Majlis Syura Parti Islam SeMalaysia (PAS), tiba-tiba kita dikejutkan pula dengan kehadiran YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak (foto) bersama-sama dengan pemimpin UMNO BN negeri itu ke program "My Beautiful Malaysia" di Alor Setar Kedah pagi tadi. Ramai yang mempersoalkan kewajaran MB Kedah itu hadir ke program berkenaan, sedangkan umum mengetahui ia adalah satu projek dibawah NGO 1Malaysia For Youth (IM4U) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak. Malah mereka menyifatkan program berkenaan sebenarnya mempunyai agenda untuk menarik seberapa ramai golongan muda dan belia menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum akan datang. Walau pun 1M4U adalah sebuah organisasi bukan bermotifkan keuntungan yang berperanan memupuk dan memelihara semangat kesukarelawanan dikalangan Belia Malaysia. Namun harus diingat, IM4U ini sudah seperti program Rakan Muda yang telah pun berkubur tetapi ia dijenamakan semula sama seperti program Khidmat Negara sebenarnya. Paparan Buletin Utama TV3 malam tadi yang jelas memaparkan Menteri Besar Kedah itu bersama-sama dalam program terbabit. Ia jelas sekali mengelirukan anak muda terutamanya para pengundi atas pagar. Tambahan pula Ustaz Azizan dilihat mengenakan pakaian rasmi IM4U. Walau pun ada pihak yang berkata kehadiran beliau atas kapasiti ketua negeri dan tidak salah beliau hadir atas jemputan pihak penganjur. Namun, harus diingat disaat Pilihanraya Umum Ke-13 semakin hampir tidak sampai 100 hari dari sekarang, apa pun boleh terjadi. Adalah lebih baik beliau tidak hadir bagi mengelakkan kontroversi seperti yang berlaku kepada bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa baru-baru ini. Kehadiran beliau ke lawatan kerja Perdana Menteri ke Gaza, Palestin dan sebelum itu ke Arab Saudi telah menimbulkan berbagai spekulasi yang mengundang kemarahan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Malah, keputusan Majlis Syura PAS memecatkan beliau juga dikatakan ada kaitan juga dengan sikap beliau yang membelakangkan PAS dalam setiap tindak tanduknya mutakhir ini. Maka itu, Ustaz Nasaruddin menganggap dirinya dizalimi dan dia masih mahu terus menjadi ahli PAS. Soalnya sekarang, wajarkah MB Kedah itu hadir ke program seperti itu. Bukankah ia satu program yang tidak memberi apa-apa keuntungan besar kepada kerajaan negeri selain "millage politik" untuk BN semata-mata. Jika hadir ke program yang berbentuk pelaburan atau pembangunan negeri anjuran pusat, mungkin ia tidak menjadi pertikaian. Namun, hadir ke program anjuran IM4U yang dicetuskan ideanya oleh Perdana Menteri untuk membolehkan generasi muda kembali menyokong BN pada PRU-13 nanti bukankah ia sesuatu yang tidak boleh diterima. Soalnya sekarang, kenapa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (MB Kelantan), Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor) dan Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) tidak pula dilihat telah hadir ke mana-mana program itu di negeri masing-masing?.
Apa yang lebih menarik lagi untuk diperkatakan ialah program berkenaan sebenarnya adalah satu program yang dirancang di bawah "Strategi Gelombang Biru Negara 8" dalam usaha untuk memastikan golongan muda menyokong BN pada Pilihanraya Umum akan datang. Malah, pada program di Kedah itu sebenarnya, MB Kedah bukanlah perasminya tetapi Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan iaitu Dato' Chor Chee Heung. Sementara itu, jemputan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang dinamakan akan turut hadir semuanya daripada UMNO Barisan Nasional Kedah sendiri. Maka itulah kehadiran Menteri Besar Kedah ini amatlah memusykilkan?. Tambah mengelirukan lagi bila Ustaz Nasaruddin Mat Isa dipecat dari Majlis Syura kerana gagal haddir mesyuarat dan gara-gara kontroversi foto beliau di Arab Saudi dan Palestin bersama Perdana Menteri. Sedangkan beliau tidak memakai pun sebarang logo 1Malaysia pada tubuh badannya. Inilah yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat sebenarnya.
Justeru, Ustaz Azizan digesa segera memberi kenyataan apakah kewajaran beliau hadir ke program berkenaan agar rakyat Kedah tidak tertanya-tanya dengan isu kontroversi ini. Beliau harus ingat, walau pun bersikap terbuka namun masanya sudah terlalu hampir untuk PRU-13. Makanya, sudah pasti isu ini akan digunakan oleh BN Kedah untuk membuktikan kini PAS sudah bersedia menerima idea Perdana Menteri dan juga UMNO BN. Akhirnya orang muda atas pagar akan melihat PAS dan UMNO di Kedah sudah kembali bersatu walau pun tidak secara rasmi. Dengan ini mereka akan mengundi BN pada PRU-13 nanti dan menyebabkan negeri Jelapang Padi itu akhirnya jatuh dengan mudah ke tangan BN. Semua ini harus diambilkira sebelum membuat keputusan untuk hadir dalam mana-mana program seperti ini. Jika Lim Guan Eng hadir ke majlis rumah Terbuka Malaysia sempena Tahun Baru Cina di Pulau Pinang dulu, mungkin ia tidak menjadi halangan kerana perayaan itu memang disambut oleh semua. Begitu juga mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir ke sambutan Hari Kemerdekaan, itu mungkin tidak menjadi halangan kerana ia bukanlah idea dan agenda sesiapa. Namun, IM4U adalah jelas idea Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Razak sendiri. Maknanya, MB Kedah telah menerima idea tersebut untuk diterapkan kepada golongan belia di negeri terbabit. Jangan biarkan diri anda terus diburu kontroversi menjelang Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang!].










7 comments:
Kita tidak tahu apa yang pk oleh Dato' Sri Azizan. Mungkin UMNO rasa dia berjaya. Akan tetapi mungkin satu rahsia yang tersurat oleh Illahi.
Semoga PAS KEDAH berjaya mengekalkan kuasa tampuk pemerintahan diKEDAH dibawah YAB Dato' Seri Azizan serta mendapat keredhaan allah swt. Amin.
Andaian saya, kalau salah minta maaf.
1. Azizan Razak adalah sekapal dengan Nasharuddin Mat Isa dan Hassan Ali. Jika tidak percaya apakah jawatan Azizan Razak ketika Nasharuddin Mat Isa menjadi orang nombor 2 di dalam PAS... bukankah tarafnya sama dengan Hassan Ali.
2. Dikatakan ada orang kuat PAS yang juga exco telah melarang ahli-ahli PAS hadir ke majlis tu... namun ada permusuhan peribadi barang kali menyebabkan insan sekapal itu hadir ke majlis BN tu.
Terus terang PAS Pusat wajar berbuat sesuatu dengan perkara ini. Mana dia Jawatankuasa Pemandu??? Rosak PAS Kedah jika insan sekapal ini terus memegang teraju PAS Kedah... dia terlalu mesra UMNO malah layak PAS Pusat suruh dia isi sahaja borang keahlian UMNO dan PAS sendiri hantar borang itu ke PWTC.
WALLAHUALAM......
Anonymous 2.
Jangan terlalu exciteed...
Jika kita tidak ada bukti jangan pula kita buat fitnah Fitnah ini kerja siapa????
Kadang kadang kita menilai seseorang itu dari segi pakaian atau perwatakan mereka. Atau dalam erti kata lain bila seseorang itu melakukan kesilapan kita terus nek jatuh hukuman. Sedangkan ISLAM itu cantik dan lembut.
Renung renung renung .....
Itulah bezanya ketua negeri yg ditadbir oleh PAS dan BN..kalau di negeri BN semua program pembangkang cuba dihalang atau disekat. Program rasmi anjuran kerajaan pun tak panggil YB pembangkang..tapi sebaliknya ust azizan telah melaksanakan keterbukaan dlm pentadbirannya. dlm erti kata lain, beliau boleh masuk dgn sesiapa shj..itulah baru betul pemimpin utk semua lapisan masyarakat..Lagipun kes ust azizan ni berbeza dgn ust nasha..ust azizan dari segi komitmen dan walaknya nya terhadap pucuk pimpinan PAS tidak perlu dipersoalkan, dan beliau tidak pernah lupa melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin PAs, tetapi dlm kes ust nasha beliau dilihat seolah2 lari dan menyisihkan diri drpd jamaah dan sering membuat tindakan yg dilihat tidak walak kepada PAS. Lagipun sejak mendampingai program2 Najib dan kerajaan, beliau seolah2 telah lupa akan tanggungjawab asalnya kpd parti dan sebagai YB dikawasan yg diwakilinya. Rasanya, tak payahlah CMK nak speculate benda2 yg bukan2..
Alhamdulillah.. Ni gotong-royong utk semua. Ada ke ceramah caci-maki dlm acara ni? xda kan? semua bersama- bersih kawasan, cat bangunan bg elok. Ni bukan himpunan ucapan bn. Rasanya smpai kiamat PR xkan buat cmni, yela x menguntungkan parti depa. yg ni semua untung, kawasan bersih, siap dpt cat baru lg.
Pas parti agama sesat,
Post a Comment