Paparan Terbaik Gunakan Internet Explorer (IE) : Ada Info Dan Masalah Sila Emailkan Ke pahangdaily@yahoo.com
Sila Tonton Video Eksklusif Siaran Rancangan IKS Di RTM Berkenaan Jussulin Ini
Anda Berminat Untuk Mencuba Produk Jussulin Ini?. Info Lanjut Sila KLIK DI SINI
----[ Kod Iklan PDO004, Tempoh Tamat Iklaneka: 11/04/2013-11/05/2013 ]----
----[ Kod Iklan PDO005, Tempoh Tamat Iklaneka: 14/05/2013-14/08/2013]----
----[ Kod Iklan PDO006, Tempoh Tamat Iklaneka: 12/05/2013-12/06/2013 ]----
----[ Kod Iklan PDO0007, Tempoh Tamat Iklaneka: 12/05/2013-12/06/2013 ]----
Get the Flash Player to see this player. CMK FM CMK FM
SILA KLIK STOP ATAU PAUSE PADA LOGO SPEAKER UNTUK MATIKAN RADIO INI
[Jika Anda Ingin Mendengar Video Youtube Yang Di Paparkan Di Dalam Blog Ini]

Panas: "Status Quo" Di DUN Teruntum, Ramai Kecewa Tindakan Fuziah Jaja Pegawai Khasnya Bakal Calon!

KUANTAN, 1 Mac - Orang ramai terutamanya para penyokong Pakatan Rakyat di sini kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) mempromosikan Pegawai Khas beliau Sim Chon Siang sebagai bakal calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Mereka hairan bagaimana Fuziah nampak yakin orang kuat beliau itu akan menjadi calon sedangkan kerusi itu masih bersatus "quo" dan menjadi perebutan antara PKR dan DAP. Persoalannya kenapa Fuziah begitu beriya-iya mempromosikan Sim sedangkan beliau sendiri tahu bahawa calon DUN Teruntum hanya akan ditentukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat peringkat pusat selepas parlimen dibubarkan nanti. Sebelum ini, sebuah laman Facebook DUN Teruntum telah diwujudkan bagi mempromosikan Sim hingga menimbulkan kemarahan kepada pemimpin DAP Kuantan. Isu itu menjadi hangat apabila Fuziah sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak tahu (padahal tahu) siapa yang mewujudkan Facebook itu. Malah dia mengatakan Facebook itu bukanlah milik rasmi PKR Kuantan seperti yang didakwa. Akhirnya kes itu reda seketika, namun pihak terbabit akhirnya mencipta facebook baru parlimen Kuantan dengan memaparkan begitu banyak gambar-gambar Sim di dalamnya. Tindakan itu juga menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan penyokongan DAP sebenarnya. Kini, banyak poster, bunting, kain rentang malah kenderaan pacuan empat roda yang memaparkan wajah-wajah Fuziah dan Sim. Tindakan ini jelas sekali satu provokasi agar rakyat melihat Sim adalah calon DUN Teruntum. Ramai yang keliru, dari mana Fuziah mendapatkan wang untuk mengubah suai kenderaan terbabit sedangkan ia sepatutnya digunakan untuk membela rakyat di kawasan beliau. Perkara itu menimbulkan sedikit perasaan curiga dikalangan penyokong Pakatan Rakyat di Kuantan sekarang ini. Soalnya, kenapa Fuziah tergamak mengeruhkan keadaan dan tidak mahu menjaga hati rakan PR yang lain iaitu DAP?. Sewajarnya kerusi DUN Teruntum diserahkan semula kepada DAP kerana hanya parti itu sahaja dalam Pakatan yang tidak mempunyai satu kerusi pun dalam kawasan bandar Kuantan. Ini terbukti apabila PKR memonopoli kerusi parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar. Manakala DUN di Semambu  (Indera Mahkota) dan juga Lepar (Paya Besar). 



Selebihnya semua DUN dalam kawasan Kuantan iaitu Tg.Lumpur, Inderapura, Panching, Sg.Lembing dan Beserah menjadi milik PAS. Maka itulah sepatutnya PKR bertimbangrasa dengan menyerahkan kerusi DUN Teruntum kepada DAP.  Namun ini tidak berlaku kerana Fuziah cuba mengangkat orang kuat beliau yang banyak membantu menggerakkan aktiviti beliau di parlimen Kuantan sejak sekian lama. Fuziah mungkin termakan budi kerana Sim telah mengorbankan jumlah wang yang besar untuk membantu Fuziah ketika bertanding pada PRU-12 lalu hinggalah ke saat ini. Maka itulah, Fuziah sebagai Naib Presiden PKR cuba mempertahankan kerusi tersebut agar menjadi milik Sim. Senario ini amat tidak wajar dan jelas sekali mempunyai agenda peribadi sebenarnya. Sebab itu, tidak hairan kini dipukul canang seolah-olah Sim adalah bakal calon DUN Teruntum dengan membelakangkan prinsip kesepakatan dalam Pakatan Rakyat sendiri. Tindakan Fuziah ini, sedikit menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap beliau dan besar kemungkinan akan beri impak besar sokongan terhadap beliau itu nanti.

[Pada pilihanraya umum ke-12 lalu, BN yang diwakili oleh Chang Hong Seong (MCA) hanya menang tipis di kerusi DUN Teruntum iaitu dengan majoriti 293 undi sahaja. Ketika itu PKR diwakili oleh Siew Fook Chan yang meminjam kerusi DUN Teruntum dari DAP. Mungkin ada perjanjian jika PKR kalah maka DAP mahu bertanding semula di kerusi tradisi mereka itu agaknya, maka itulah perebutan terjadi apabila PKR tidak mahu memnyerahkan kembali kerusi tersebut. Pada PRU-12 hanya 16,256 (71.48%) pengundi keluar menunaikan tanggungjawab daripada 22,742 pemilih berdaftar. Difahamkan, akibat sikap tamak PKR dan perebutan kerusi DUN Teruntum yang kian meruncing maka kemungkinan besar DUN itu akan menyaksikan pertembungan empat penjuru pada PRU-13 ini nanti. Khabarnya beberapa orang calon bebas dijangka bertanding di situ bagi menyelamatkan keadaan. Persoalannya, wajarkah rakyat memperjudikan nasib mereka untuk memilih calon-calon yang mementingkan diri sendiri daripada perjuangan rakyat?. Sikap tamak dan haloba ini kelak boleh memakan diri sendiri jika ia gagal ditangani dengan betul. Apapun, pasti akan berlaku undi protes di DUN itu jika salah seorang calon dipilih oleh pusat kelak. Perkara ini tidak dapat dielakkan lagi kerana rakyat juga bosan dengan kerenah yang berlaku. Kini pasti pengundi atas pagar bosan melihat apa yang berlaku. Saksikan aksi seterusnya].

1 comment:

Anonymous said...

Sudah la fuxxiah woi..kerana politik hang nak jual isu kalimah Allah..cuber fahami keputusan majlis syura PAS.
Itu akidah tauhid kita..kalau susah nak paham dari perspective agam..put this way on language terminology : Bible (which is not original Injil) dalam bahasa arab kah?.al-kitab tu terjemahan dari bible english to malay.

Berpolitik kene ader limit,iman and akal..bia org respek kiter pada pegangan kita dan perjuangan..kalau kamu mengaku Islam..maka peganglah ia dan letakkan lah hak pada tempatnye.

Allahu'Alam