Paparan Terbaik Gunakan Internet Explorer (IE) : Ada Info Dan Masalah Sila Emailkan Ke pahangdaily@yahoo.com
Sila Tonton Video Eksklusif Siaran Rancangan IKS Di RTM Berkenaan Jussulin Ini
Anda Berminat Untuk Mencuba Produk Jussulin Ini?. Info Lanjut Sila KLIK DI SINI
----[ Kod Iklan PDO004, Tempoh Tamat Iklaneka: 11/04/2013-11/05/2013 ]----
----[ Kod Iklan PDO005, Tempoh Tamat Iklaneka: 14/05/2013-14/08/2013]----
----[ Kod Iklan PDO006, Tempoh Tamat Iklaneka: 12/05/2013-12/06/2013 ]----
----[ Kod Iklan PDO0007, Tempoh Tamat Iklaneka: 12/05/2013-12/06/2013 ]----
Get the Flash Player to see this player. CMK FM CMK FM
SILA KLIK STOP ATAU PAUSE PADA LOGO SPEAKER UNTUK MATIKAN RADIO INI
[Jika Anda Ingin Mendengar Video Youtube Yang Di Paparkan Di Dalam Blog Ini]

Panas: Valentine's Day Bakal Cemari "Hotel Islamik" Milik Majlis Ugama Islam (MUIP) Di Kuantan Pahang !

Pendedahan PDO tentang isu Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) berkenaan pembelian Hotel MS Garden (foto), Kuantan telah menimbulkan kekecohan dikalangan umat Islam di negeri awal tahun lalu. Pendedahan kami menyebabkan Yang Dipertuan MUIP, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah bertitah  MUIP sebenarnya masih berbincang dengan pengurusan Hotel MS Garden bagi mengambil alih hotel itu seprti laporan Sinar Harian Pahang. Baginda bertitah urusan pengambilalihan hotel itu oleh MUIP akan dibuat menerusi pinjaman, tetapi sama ada akan menggunakan wang zakat bagi urusan itu belum dimuktamadkan. Menurut baginda lagi, MUIP akan cuba tidak menggunakan wang zakat dan akan melihat kepada kemampuan pihak terbabit. Kemungkinan besar pinjaman perlu dibuat untuk membeli hotel terbabit. Selepas itu, isu panas ini senyap dan tiba-tiba Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Abdul Wahid Wan Hassan mendakwa MUIP telah menyertai bidang perhotelan dengan mengambil alih tiga hotel di Jerantut dan Kuantan. Beliau juga berkata pelaburan dalam bidang hartanah itu dilihat mampu memberi pulangan yang baik kepada MUIP dalam meningkatkan jumlah pendapatannnya. Ketiga-tiga hotel berkenaan yang bertaraf dua hingga empat bintang telah mula beroperasi sejak 1 Jun 2012 lalu dengan kos keseluruhan melibatkan lebih RM60 juta. Seperti dijangka dua buah hotel yang yang diambil alih MUIP di Kuantan ialah Hotel MS Garden dan Hotel Darulmakmur Lodge. Manakala sebuah lagi ialah Hotel Darulmakmur yang terletak di Jerantut. MUIP juga katanya terlibat dalam perladangan menerusi tanaman kelapa sawit seluas 640 hektar di Chini dan 200 hektar ladang getah di Jerantut. Dipercayai, pengambialihan Hotel MS Garden dan yang lainnya telah dibuat secara rasmi pada 1 Jun 2012 yang lalu. Banyak spekulasi yang timbul atas perkara itu kerana umat Islam tidak dinyatakan sumber manakah yang digunakan oleh MUIP terhadap pembelian terbabit. Walau pun MUIP ada mendakwa ia menggunakan wang Saham Wakaf, namun ramai yang berangapan ia tidak wajar kerana MUIP perlu perluaskan matlamat penubuhan mereka iaitu untuk meningkatkan syiar Islam di negeri PahangAda pihak mengatakan sebuah syarikat ditubuhkan bagi pihak MUIP untuk tujuan itu.



Syarikat berkenaan membuat pinjaman dengan Bank Islam atas jaminan dairpada MUIP. Jika benar dakwaan tersebut tentu ramai yang tertanya-tanya apakah nama syarikat itu dan benarkah MUIP telah membuat pinjaman bank untuk membeli hotel berharga RM50 juta itu?. Soalnya, bagaimana dengan wang deposit sebanyak RM5 juta yang telah dilunaskan sebelum itu?. Malah apa yang lebih memusykilkan terdapat dakwaan "orang dalam" mengatakan Hotel MS Garden sebenarnya hanya berharga RM35 juta sahaja dan bukannya RM50 juta. MUIP wajar perjelaskan perkara ini kepada umat Islam di Pahang agar mereka tidak terus keliru dan tertanya-tanya dengan maklumat panas seperti ini. 

MUIP Perlulah Maklumkan Setiap Aset Pelaburannya

Pengawai Ehwal Ekonomi, Unit Saham Wakaf MUIP, Encik Izhar Ahmad (foto) perlu perjelaskan kepada orang ramai tentang pembelian tersebut agar mereka tidak terus membuat spekulasi. Malah, persoalan yang timbul ialah kenapa tiada satu pun maklumat tentang aset hartanah dan perladangan yang dipaparkan di laman web rasmi MUIP di sini?. Sepatutnya segala aset-aset berkenaan perlu dihebahkan kepada umat Islam agar mereka tahu perjalanan saham-saham terbabit sama ada menguntungkan atau merugikan. Malah, pencarian kami terhadap "Hotel MS Garden" di laman web terbabit langsung tidak menjumpai satu maklumat pun tentang aset berkenaan. Ia seolah-olah dirahsiakan oleh pihak yang berkenaan. Apakah benar Hotel MS Garden membawa keuntungan kepada MUIP, sedangkan pemilik asalnya menjual kerana mengalami kerugian untuk meneruskan operasi hotel tersebut. MUIP perlu membentangkan laporan penyata kewangan hotel terbbait dan aset yang lain kepada orang ramai kerana mereka mengeluarkan wang zakat setiap tahun kepada agensi terbabit melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang. Makanya, mereka perlu tahu dan wajar dimaklumkan tentang perkara ini. Ketiadaan maklumat, hatta gambar-gambar berkenaan aset-aset tersebut menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena atas perkara ini. Spekulasi yang timbul menunjukkan pembelian tersebut penuh dengan keraguan dan amat mencurigakan. Justeru, pegawai yang bertanggungjawab perlulah memperjelaskan perkara ini dengan segera. Informasi berkenaan aset-aset berkenaan perlu dipaparkan di laman web rasmi MUIP agar nampak ketelusan. Jika ia disembunyikan, maka umat Islam pasti akan membuat tanggapan negatif terhadap pelaburan yang telah dibuat oleh MUIP selama ini.



MUIP perlu bersikap terbuka dengan mendedahkan segala aset pelaburan mereka kepada umum. Jika di dalam laman web rasmi pun perkara ini tiada, bagaimana umat Islam yakin dengan ketelusan yang berlaku dalam urusan pembelian terbabit sebenarnya. Mereka perlu tahu kerana mereka adalah penyumbang zakat. Maka, mereka mahu lihat sumbangan itu digunakan sebaiknya ke jalan yang sepatutnya. Kita tidak mahu umat Islam di negeri Pahang akhirnya hilang keyakinan terhadap MUIP selepas ini. Jalan terbaik, MUIP perlu perjelaskan kepada umum penyata kewangan setiap hotel terbabit termasuk MS Garden untuk dinilai oleh rakyat. Tidak perlu berahsia jika segala urusan dibuat dengan jujur dan amanah hanya kerana Allah SWT. Itulah jalan yang paling terbaik buat masa ini. 

Sambutan Valentine's Day Cemari Hotel Milik MUIP

Pada awalnya MUIP mendakwa Hotel MS Garden akan diubah corak menjadi "Hotel Islamik" yang menerapkan nilai-nilai Islam samada dari segi pentadbirannya atau pun sahsiah rupa diri para pekerjanya. Malah, MUIP juga dilihat telah menutup sebuah pusat hiburan di hotel terbabit dan kini dijadikan galeri santai untuk anak muda. Namun, apakah ia cukup untuk menyakinkan orang ramai?. Sedangkan pengurusan dan pentadbiran hotel berkenaan masih dikekalkan. Bukanhkah hotel seperti itu akan menjadi destinasi maksiat kepada mereka yang berkenaan terutamanya pada musim cuti umum. Ini adalah lumrah dan MUIP tidak boleh menafikannya. Malah, ada maklumat mengatakan pusat urut yang terletak di hotel berkenaan masih beroperasi seperti biasa. Pernahkah pegawai MUIP memantau perkara ini?. Begitu juga acara hiburan dan sosial yang melibatkan percampuran lelaki dan wanita, kini ia seolah-olah ditutup mata oleh MUIP. Terbaru, dilaporkan satu acara maksiat sempena Valentine' Days akan diadakan di Hotel MS Garden Kuantan pada 14 Februari ini. Apakah pegawai MUIP tahu semua ini Atau mereka terpaksa membenarkannya bagi menarik perhatian pelanggan?. Difahamkan, jemputan khas ke acara berkenaan yang dikenali sebagai "Enchanting Valentine" sudah pun diedarkan. Acara bermula jam 7.00 malam itu akan diadakan di Bilik Penthouse, Tingkat 12 hotel terbabit. Bayaran untuk satu pasangan "per-couple" ialah RM380. Dengan tema "Spend Your Valentines In One Of The Most Romantic Exclusive Place Here ...", setiap pasangan akan disajikan dengan empat course set dinner (jamuan makan malam) untuk dua orang dengan alunan muzik instrumental, bunga, coklat dan hadiah istimewa lainnya. 


Paling menarik, logo "halal" juga tertera pada kad jemputan berkenaan. Ini bermakna promosi yang diadakan adalah untuk mengajak sama seberapa ramai pasangan muda mudi anak Melayu Islam ke program tersebut sebenarnya. Bukankah umat Islam diharamkan menyambut Valentine's Day. Maka itu, ke mana perginya panel syariah MS Garden yang sepatutnya memantau perkara ini bagi pihak MUIP. Apa yang akan berlaku ini sungguh mengejutkan kerana MUIP mendakwa MS Garden akan ditukar wajar kepada hotel Islamik. Jika ini keadaanya, maka tidak guna dinamakan hotel Islamik kerana ia boleh mengelirukan orang ramai. Selepas meraikan acara ini, sudah pasti ramai pasangan akan "check in" di hotel tersebut untuk adengan seterusnya. Tambahan pula dikala perasaan cinta yang membuak-buak akibat program berkenaan. Bukankah ia akan menggalakkan aktiviti maksiat yang lebih parah lagi . 

[Maka dengan pendedahan ini, diharapkan pihak MUIP dapat mengambil iniseatif sewajarnya untuk membatalkan acara tersebut dan bukan sekadar melarang pasangan Melayu Islam untuk hadir. Ia selaras dengan konsep hotel Islamik yang diwar-warkan oleh MUIP selepas mengambil alih hotel tersebut secara rasmi Jun tahun lalu. Kini rakyat Pahang sudah celik mata dan berani menegur untuk membawa kebaikan kepada semua pihak. Malah, ada juga yang hairan kenapa Pusat Kutipan Zakat Pahang hanya bertindak untuk mengutip zakat sebaliknya satu sen wang zakat mereka tidak boleh agihkan kepada asnaf yang memerlukan. Mereka bekerja keras untuk menggalakkan umat Islam seluruh negeri ini keluarkan zakat, namun jika duit tersebut diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu sudah pastilah hati kecil mereka hancur luluh dibuatnya. Puluhan juta wang zakat dikutip setiap tahun akan diserahkan kepada MUIP untuk menguruskannya. Namun, jika MUIP gagal menguruskan secara baik sudah pasti umat Islam takut untuk keluarkan zakat dan akhirnya memberikan zakat secara peribadi kepada asnaf-asnaf yang memerlukan satu hari nanti. Perkara ini haruslah diberi perhatian sewajarnya oleh MUIP. Jika selama ini segala pergerakan dan apa yang dilakukan tidak pernah diberi perhatian atau ditegur oleh mana-mana pihak, maka kini tibalah masa rakyat untuk bangkit menegur. Apapun segala teguran itu adalah untuk kebaikan agar MUIP dipandang mulia disisi masyarakat serta umat Islam].

17 comments:

Anonymous said...

huhuhu..... terperanjat betul dgn citer ini.. tak sangka sungguh...

Anonymous said...

Klu dah ada logo halal tu, maknanya di tanggung halal lh tu..logo halal tu dari JAIP lak tu...buat plak kat hotel MUIP, bertambahlah Halalnye.... apalah nak jadi ni...

Anonymous said...


huyoo.... MUIP mengalak kan gejala maksiat berleluasa yang ada pakej berlogokan halal ek. hahahaha..bgus2..tervaik. mana dato mufti yang ada sahibus samahah tu. sila bg keterangaan jgn diam membisu.. fatwa mana ni boleung kita nk selindung..h beli hotel berjuta2 dgn duit zakat... kenapa bukan kerajaan negri yang mengelola hotel sebaliknya MUIP. jdi skrg logoo halal ni boleh digunakan pada gejala maksiat.. siapa yang bertnggjwab dlm kes ini.. tak kan berdiam sahaja.. PDO dedahkan lagi yang sptutnya.. tak kan ikan jer

Anonymous said...

PDO... berapa puluh juta MUIP abih beli hotel-hotel tu? Banyaknyeeee.... berapa lak belanje mngurus dia setahun??? kos selenggara bngunan reput lagi dgn pralatan.. mesti abih berjuta2 juga setahun..aku rasa klu xrugi pn dah kira bernasib baek..PDO kena siasat ni...ini ngabeh ke boreh je ni..

Anonymous said...

wah.... muke pon macam penyagak duit zakat je..tahniah PDO

Anonymous said...

Klu projek tu untung tentu pemilik lama tak jual....yang MUIP beli buat apa...? atau ada kepentingan sendiri...?????e

Anonymous said...

btul..btul tu... MUIP kena telus tak boleh rahsia2 apa sahaja apa yang mereka lakukan sebab nya semua duit kt baitulmal dan zakat adalah duit semua umat islam dan bukn milik MUIP. mereka cuma pemegang amanah kpd umat islam sahaja. kalau bnear buktikan bkn simpan dan asyk berdalih2...

Anonymous said...

selgi org2 ni ada kt muip slgi tu penyelewengan ada di muip.pdo apa lg bertindak lah.... agar org2 ni diusir.......

Anonymous said...

Muip, Jaip, Jabatan Mufti dan Kehakiman Syariah. sebuah intitusi agama dalam kerajaan yang mane mereka semua adalah dibawah naungan KDYMM Tuanku Sultan. Yang mempunyai kuasa bidang kuasa dalam perundangan syariah serta sebuah tempat yang menjadi rujukan masyarakat dalam perlbagai permasalahan. Kalau mereka sendiri pun bermasalah macam mane rakyat atau masyarakat nak selesaikan masalah. Jadi mereka kena tulus serta adil dalam menangani permasalahan yang ada dalam organisasi mereka. Jangan tutup mulut. Kalau betul ada korupsi ambik tindakan bukannya diTUTUP kes mereka. Ada pegawai kena tangkap khalwat mereka perlu mengambil tindakan jangan kita menganggu pegawai penguatkuasa dan pendakwaan buat keja. Ada penyelewangan kita serahkan kepada SPRM buat keja. Ada ajaran sesat kita suruh bahagian penyelidikan dan penguatkuasaan serta MUFTI ambil tindakan. Bukannya kita dok cite pasal dakwah, nikah kawin dan sebagainye tap orang mereka yang medahului carta dalam kes kes syariah negeri Pahang. cuma mereka sayang dan timang kekek supaya mahkluk ini terus berada dalam jabatan mereka agar jabatan mereka akan tumbang dan runtuh sebagaimananya seorang tua yang dimekap cantik cantik tapi tiada apa pun yang boleh lakukan.

Anonymous said...

Ambil tindakan berdasarkan peruntukan yang ada... bukan ikut perasaan. .Biar ikut undang-undang. SPRM ambil tindakan.. Klu seleweng duit zakat patut didedahkan dan ambil tindakan yang wajar..

Anonymous said...

makluman semua pembaca,sila siasat dahulu apa-apa berita dari pahang daily,bukan semuanya benar,mereka ini bloger politik,harap beringat takut sok2 kita plak bertambah fitnah org sbb kerana baca tak betul.

Anonymous said...

SEBAB TU LAH MUIP KENA TELUS, KENA JELASKAN SETIAP TUDUHAN ATAU KEKELIRUAN.. JANGAN MARAHKAN MASYARAKAT. MASYARAKAT NAK TAHU JUGA APA YANG DI BELI APA YANG DI BELANJAKAN DENGAN DUIT ZAKAT DAN BAITULMAL..KLU BELI HOTEL KATA BELI HOTEL. KLU PINJAM CAKAP PINJAM. TUNJUKLAH PENYATA UNTUNG RUGI PELABURAN TU KEPADA MASYARAKAT. BARU PUAS HATI MASYARAKAT. DUIT TU DUIT UMAT ISLAM, MUIP CUMA PEGANG AMANAH JE. KLU SYOROK2 JADI CAMNI LAH..AKU NASIHAT JE. YANG BAIK AKU SOKONG, YANG TAK BAIK AKU BANGKANG...

Anonymous said...

xnak caya macamana lg...dah 3 buah hotel tu milik MUIP...Kad Valentine tu mmang keluaran Hotel MUIP... segan lah plak klu xngaku kan MUIP?

Anonymous said...

Salah pilih sokong, sokong pulak bawa rebah. Tersalah lantik, terlantik musang berbulu ayam. Tersalah pilih pagar, pagar pulak makan padi... Abih berpuluh juta RM duit umat Islam, siap buat festa valentine plak kt situ...

Anonymous said...

Klu tdak di ambil tindakan didedahkan bende ni akan jadi rahsia... maka banyaklh DuitIslam akan d belanjakan secara tidak tepat dan luar asnaf... tahniah PDO.

Anonymous said...

Kalau x silap saya setiap syarikat berdaftar perlu memfailkan penyata kewangan yang telah diaudit kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (CCM)....

So cuba kita pergi ke CCM office buat Company Search berkenaan syarikat yang menguruskan ms garden untuk melihat penyata kewangan sykt tersebut.. Rasanya caj dikenakan hanya RM2 sahaja..

Anonymous said...

Klu tdak di ambil tindakan didedahkan bende ni akan jadi rahsia... maka banyaklh Duit zakat akan d belanjakan secara tidak tepat dan luar asnaf...sebab difahamkan duit zakat mudah diagihkan kpa ibubapa, adikberadik, saudaramara dan kpd org dalam sahaja. Bagi org luar yang memohon dikenakan pelbagai syarat dan kalu dapat duit zakat memakan masa berbulan.. tahniah PDO