Paparan Terbaik Gunakan Internet Explorer (IE) : Ada Info Dan Masalah Sila Emailkan Ke pahangdaily@yahoo.com
Sila Tonton Video Eksklusif Siaran Rancangan IKS Di RTM Berkenaan Jussulin Ini
Anda Berminat Untuk Mencuba Produk Jussulin Ini?. Info Lanjut Sila KLIK DI SINI
----[ Kod Iklan PDO004, Tempoh Tamat Iklaneka: 11/04/2013-11/05/2013 ]----
----[ Kod Iklan PDO005, Tempoh Tamat Iklaneka: 14/05/2013-14/08/2013]----
----[ Kod Iklan PDO006, Tempoh Tamat Iklaneka: 12/05/2013-12/06/2013 ]----
----[ Kod Iklan PDO0007, Tempoh Tamat Iklaneka: 12/05/2013-12/06/2013 ]----
Get the Flash Player to see this player. CMK FM CMK FM
SILA KLIK STOP ATAU PAUSE PADA LOGO SPEAKER UNTUK MATIKAN RADIO INI
[Jika Anda Ingin Mendengar Video Youtube Yang Di Paparkan Di Dalam Blog Ini]

Panas: Fenomena "Are You Ready For BN ....... No" Di Jangka Lebih Hebat Dari "Listen, Listen, Listen"!

Dua video panas dibawah, yang sedang tersebar dengan meluasdi laman  sembang sosial facebook sekarang ini jelas sekali membuktikan rakyat Pulau Pinang rata-ratanya tidak teruja dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak ke negeri Pulau Mutiara itu alam. Najib berada di Pulau Pinang bagi meraikan  Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia yang diadakan di negeri terbabit. Malah, buat julung-julung kalinya, penyanyi terkenal, PSY telah diundang mengadakan persembahan sempena program anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di Kolej Hang Chiang. Apa yang jelas dapat dilihat, orang ramai bukanlah hadir untuk mendengar ceramah Najib atau meraikan sambutan rumah terbuka anjuran BN itu, tetapi mereka hadir untuk menyaksikan persembahan PSY atau nama sebenarnya, Park Jae-Sang yang muncul di pentas pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari. Bersama lebih 10 barisan penarinya, penyanyi berusia 35 tahun itu tampil berpakaian warna putih menghiburkan tetamu dengan lagu Oppa Gangnam Style bersama aksi tarian kuda yang mencetus fenomena di seluruh dunia. Tambah memalukan apabila orang ramai secara majoritinya menolak kepimpinan Najib sebenarnya. Ia terbukti apabila Najib melaungkan "Are You Ready For BN" sebanyak tiga kali, ia disambut dengan teriakan "No". Sebelum itu ketika Najib melaungkan "Are You Ready For PSY", orang ramai menyambutnya dengan teriakan "Yes". Adengan ini ternyata telah menjatuhkan imej dan maruah Najib yang sudah menghabiskan jutaaan ringgit untuk membeli hati rakyat Pulau Pinang agar menolak Pakatan Rakyat terutamanya Ketua Menteri, pimpinan Lim Guang Eng dari Parti DAP pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Apa yang jelas dapat dilihat, ternyata majoriti rakyat menolak beliau dan dia sepatutnya sedar akan perkara ini. Rakyat selesa ditadbir oleh Pakatan Rakyat, biarpun berbagai tohmahan melampau dilemparkan untuk menjatuhkan imej Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu. Dengan apa yang disaksikan ini, maka ternyata amat sukar buat UMNO BN untuk rampas kembali negeri Pulau Pinang. 


[Terkadang, bila difikirkan semula amatlah tidak wajar rakyat Pulau Pinang berbuat demikian terhadap seorang Perdana Menteri. Namun, inilah hakikat dan realiti yang berlaku apabila kebencian yang membuak-buak untuk menolak BN semakin terasa di sana sini. Hingga rakyat tidak segan silu lagi menolak Najib dikhalayak ramai. Adengan ini jelas sekali telah mencemarkan imej BN di Pulau Pinang. Mereka menghabiskan wang berjuta ringgit semata-mata untuk membawa masuk penyanyi Korea itu, tiba-tiba rakyat menolak BN. Jika ini terus berlaku, maka besar kemungkinan BN akan terus kempunan untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang sebenarnya. Kecanggihan teknologi internet menyebabkan adengan panas ini boleh tersebar dengan begitu cepat sekarang. Malah, fenomena yang berlaku ini dijangka lebih hebat dari "Listen, Listen, Listen" yang tercetus dalam satu program di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini. Kini semua pihak memperkatakan isu terbaru "Are You Ready For BN ..... No". Semoga apa yang berlaku ini dapat memberi pengajaran yang berguna kepada Najib agar lebih memahami jiwa dan hati naluri rakyat sepanjang masa. Bukan apabila menjelang tibanya pilihanraya umum barulah sedar kebajikan rakyat. Malah, ketika inilah baru prihatin dengan nasib rakyat apabila mengumumkan serta memberi berbagai habuan untuk mereka kembali mengundi BN. Semua sudah terlambat buat Najib].

3 comments:

ER-6N said...

TQ TUAN. AKU DAH DOWNLOAD DUA VIDEO "PANAS" UNTUK DITUNJUKKAN KEPADA KAWAN2.

The messenger said...

NAJIB SUDAH POKAK TUU...

Anonymous said...

Sebetulnya Najib sudah bosan dengan tarian kuda kepang. Jadi dia nak tukar tarian kuda kepang kepada PSY. Cuma negeri tu tak betul. Sepatutnya dia buat program ni kat Johor. Boleh sepupu dia dia dan para pemimpin UMNO Johor mencuba dan menyokong tarian kuda kepang sudah luput dimasa zaman.Syabas Najid kerana mencuba untuk memperbaharui tarian tradiional Johor.