PETALING JAYA, 8 Feb - Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat (foto), seorang lelaki dan wanita ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.
Polis Bukit Aman dalam satu kenyataan berkata, ketiga-tiga suspek ditahan di bawah Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan.
"Ketiga-tiga mereka disyaki menjadi dalang utama dalam merekrut beberapa rakyat Malaysia bagi tujuan aktiviti keganasan," demikian menurut kenyataan ringkas itu.
Polis bagaimanapun tidak menyiarkan nama tahanan terbabit.
Namun, difahamkan salah seorang daripada mereka adalah Yazid yang pernah ditahan dibawah ISA pada Disember 2001 kerana didakwa terlibat dengan rangkaian Jemaah Islamiah dan dibebaskan tujuh tahun kemudian.
Seorang lagi lelaki yang ditahan dipercayai pekerja Yazid, dikenali sebagai Mohd Hilmi Ahsin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu pemberita bahawa ketiga-tiga mereka disyaki terbabit dengan aktiviti keganasan dan disifatkan sebagai ancaman peringkat tertinggi.
"Kami percaya mereka ada kaitan dengan aktiviti keganasan," katanya selepas menyerahkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada kakitangan kementerian itu semalam. sumber
[Ramai yang terkejut dengan tindakan penahanan terbaru ini. Ternyata kenyataan kerajaan UMNO BN dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak mahu menghapuskan ISA adalah omongan kosong semata-mata. Apa yang berlaku, ada undang-undang baru yang dicipta untuk membuat tindakan yang sama seperti ISA iaiti penahanan tanpa bicara. Tindakan yang dilakukan ketika Pilihanraya Umum Ke-13 yang begitu hampir tiba ini jelas mengambarkan bahawa kerajaan tidak cakna kepada kehendak rakyat. Malah, dengan cara ini juga pasti akan memudahkan kejatuhan UMNO BN pada PRU13 nanti. Tambahan pula bila rakyat melihat janji Najib untuk hapuskan ISA itu rupanya adalah retorik politik semata-mata. Akhirnya rakyat terus ditipu oleh pihak berkuasa dengan terang dan nyata. Justeru, rakyat digesa bangkit melakukan perubahanpada Pilihanraya Umum akan datang jika mahu kehidupan lebih adil dan saksama dibawah satu sistem pemerintahan yang lebih mengutamakan kehidupan rakyat sebenarnya].

3 comments:
ISA memang dah hapus mangkuk... ada gantinya..
betul2.. tah apa2 PDO ni...
Biar polis buat kerja dia....ada la tu yang tak kena.
Post a Comment