Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN KEPADA PARA PEMBACA YANG BERAGAMA ISLAM SEANTERO DUNIA
Lazada Philippines
061114Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Duit Raya Terhebat !! DI SINI
310814Promosi Lampu Hiasan Dari Kedai Lampu2u, Khas Untuk Hari Raya DI SINI


February 23, 2013

Terima BR1M Haiwan, Apa Komen Ustaz Azhar Idrus

Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (foto). Beliau berkata,  Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan. "Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.n "Umpama bagi makan, lepas tu sembelih. "Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini. Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?" Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan. Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh." Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media. "Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni. "Yang  tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu?  "Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu itu. sumber 


 [Terkadang media arus perdana begitu melampau dalam membuat sesuatu kenyataan oleh pemimpin pembangkang di negara ini. Mereka rela melanggar segala etika kewartawanan yang ada hanya untuk menjaga kepentingan pihak tertentu. Justeru, rakyat digesa bersabar melihat kerenah yang berlaku ini. Segalanya ini dibuat atas arahan pihak tertentu yang mahu memesongkan minda rakyat agar menolak pembangkang pada pilihanrtaya umum akan datang sebenarnya. Apa yang penting, segala maklumat yang diterima itu haruslah dinilai kesahihannya agar tidak mengelirukan orang lain terutamanya para pengundi atas pagar yang hanya bergantung kepada media arus perdana dalam mendapatkan maklumat setiap hari. Inilah yang menjadi masalah, kerana mereka boleh percaya 100% atas apa yang didedahkan tanpa usul periksa. Mungkin selepas ini lebih banyak lagi adengan memualkan yang akan berlaku di atas agenda pilihanraya].

12 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Segala puji untuk Allah SWT Tuhan Seluruh Allah kerana mewujudkan ulama-ulama seperti Ustaz Azhar Idrus dan Tuan Guru Nik Aziz yang ikhlas dan berani menegakkan kebenaran kerana Allah SWT walaupun mereka selalu difitnah oleh media massa munafik aka Zionis. Semoga Allah memberkati, melindungi, memberi petunjuk dan ganjaran syurga kepada Ustaz Azhar Idrus dan Tuan Guru Nik Azizdan ulama-ulama yang ikhlas kerana Allah dan keluarga mereka !

Anonymous said...

PEMBETULAN / CORRECTION:

Sebagai manusia yang lemah, saya mohon berbanyak maaf kerana berlaku kesilapan menaip (typographical error) dalam komen saya di atas dan saya mohon editor atau webmaster sudi memadamkan komen saya tersebut di atas. Saya sepatutnya menaip "Tuhan Seluruh Alam" BUKAN "Tuhan Seluruh Allah". Terima kasih. Semoga Allah SWT Yang Maha Pengampun mengampuni saya.

Komen saya setelah saya membuat pembetulan ialah:

Segala puji untuk Allah SWT Tuhan Seluruh Alam kerana mewujudkan ulama-ulama seperti Ustaz Azhar Idrus dan Tuan Guru Nik Aziz yang ikhlas dan berani menegakkan kebenaran kerana Allah SWT walaupun mereka selalu difitnah oleh media massa munafik aka Zionis. Semoga Allah memberkati, melindungi, memberi petunjuk dan ganjaran syurga kepada Ustaz Azhar Idrus dan Tuan Guru Nik Azizdan ulama-ulama yang ikhlas kerana Allah dan keluarga mereka !


Anonymous said...

Inilah pemimpin UMNO. apabila kita sama mereka seperti abu lahab. Mereka marah. Sesungguhnya PM dan TPM mahupun para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional mengalami satu penyakit yang amat kronik. Penyakitnya sama seperti Abu Lahab dan Firaun alami. Mereka takut kehilangan kuasa. Mereka rakus untuk terus berkuasa. Ingatlah wahai Perdana Menteri yang menjadi Hos PSY . Janji kamu hanya ketika kamu terdesak dan nazak. Janji Allah swt dan Nabi saw sebuah janji yang ditepati.

usin said...

yalah...pemimpin2 umno/bn amat takut kehilangan kuasa. dah lebih 50 tahun berkuasa. sapa tak takut!!!!! yg sebelah satu lagi, haduiii...terlalu gilakan kuasa. dh lebih 50 tahun tergila-gilakan kuasa. sampai gila isim dah nampaknya. molek benarlah, dalam pru13 ni akan bertempurlah siPENAKUT dgn siGILA!!!!! kita tengok sipenakut yg menang atau sigila yg kalah...(ayat ini aku ubah suai dari kata2 abang mat sabu hehehehe)

Anonymous said...

Orang-orang yang menentang perubahan kerajaan melalui proses demokrasi adalah orang yang sesuai tinggal di negara satu parti seperti negara Komunis, Nazi dan Facist atau tinggal dalam gua sahaja! Dalam negara demokrasi, jika parti pembangkang menang majoriti dalam pilihanraya maka parti pembangkang berhak menubuhkan kerajaan baru berdasarkan kuasa yang diberikan oleh rakyat untuk menrealisasikan kehendak rakyat!

Kita dapati salahguna kuasa, salah tadbir, rasuah, penyelewengan, penindasan dan sebagainya berlaku di negara-negara yang telah lama diperintah oleh satu parti atau satu komponen parti dimana akhirnya rakyat yang tertindas menjadi bosan lalu bangkit dan menjatuhkan kerajaan-kerajaan tersebut melaui demokrasi atau revolusi !!

Tidak timbul masalah pembangkang gila kuasa dan sebagainya kerana peranan pembangkang adalah besar iaitu untuk menghalang kerajaan yang berkuasa dari menyalahgunakan kuasa! Sebaiknya rakyat perlu menjalankan eksperimen atau percubaan dengan memberikan parti pembangkang peluang untuk memerintah supaya rakyat boleh membandingkan kedua-dua kerajaan.

Anonymous said...

Le ni umno Pekan sedang giat laksana majlis bacaan yassin. kawe rasa umno dah nak mampos gamaknya. Dok caye g kampung 2 kat pekan.Besok pun ada dia buat dari rumah ke rumah. Dia bagi duit belanja. Sian umno bila nak mati baru kenal surah yassin. Tapi bila sihat dia buat konsert maksiat. Macam Najib buih jadi DJ PSY. Kawe rasa besok dia ajak mungkar nangkir menari tarian kuda dalam kubor gamaknya.

Anonymous said...

Utusan meloya je yg dgn sengaja memainkn isu ni. Apa yg tok guru maksudkan pemberi bukan penerima, ngaji tinggi tp bodoh macm lembu wartawan yg tulis

Anonymous said...

hehhe...ni dah brim2...memang tiap2 awal tahun tok najib bg brim1 takde pilihanrayapun...brim2 beri kena kutuk gak...kalo PM tak beri lagi terok kena kutuk brim3 dan 4 akan menyusul...tangan yg memberi lebih baik dari meminta 22thn teraju kelantan apa yg rakyat dapat hukum islam pun tak mampu nk buat selain mulut celupar kata kat org

Anonymous said...

Saya sebagai org Islam amat malu dgn kumpulan yg menggunakan nama islam sebagai parti tetapi penipu besar...mana janji nak jalankan hukum hudud 22thn perintah kelantan sampai laa tak buleh buat...kalo bab rebut kuasa sanggup buat hipunan bersih tp dalam menegakan hukum hudud sampai la takda perhimpunan..auta punya pemimpin tipu org islam...nk tutup kelemahan kata Tun M tak bagi...ulama apa takut Tun M dari Allah swt ...pirahhhhhhhh

Anonymous said...

[ Jawapan kepada Anonymous February 25, 2013 4:13:00 PM ]

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 melulus rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II).

Bagaimanpun pelaksanaan perundangan Islam tersebut tidak dapat dilaksanakan ekoran tidak ada kerjasama kerajaan pusat termasuk amaran perdana menteri ketika itu ! Perdana Menteri pada waktu itu telah mengugut untuk menggulingkan Kerajaan Kelantan dengan menggunakan'Mageran' (National Operation Council) di Kelantan untuk menghalang Kerajaan Kelantan dari melaksanakan Hukum Hudud (Hudud Laws)

Semasa Dato' Seri Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, kerajaan PAS Terengganu telah meluluskan Hukum Hudud untuk negeri Terengganu tetapi dihalang oleh kerajaan BN !

Perwartaan hukum Hudud dan Qisas Negeri Terengganu

Tarikh Keputusan:
20 Jan, 2004

Huraian Tajuk/Isu: Perwartaan hukum Hudud dan Qisas Negeri Terengganu

Keputusan:
Mesyuarat mengambil maklum keputusan keputusan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Kali Ke Tiga pada 23 November 2003 yang bersetuju meminta supaya Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu mengeluarkan fatwa rasmi mengenai Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ( Hudud dan Qisas ).

Mesyuarat bersetuju terhadap keputusan tersebut dan sighah fatwanya sepertimana berikut : ' Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu di dalam mesyuaratnya Kali Ke lima Penggal Ke Enam pada 27 Zulkaedah 1424 bersamaan 20 Januari 2004, setelah meneliti dan mengkaji Kesalahan Jenayah Syariah ( Hudud dan Qisas ) Terengganu 1423H/2003M mendapati dan memperakui bahawa ianya menepati kehendak hukum syarak. '

Nota: NASIHAT SAYA untuk Anonymous February 25, 2013 4:18:00 PM:
BERHENTILAH DARI MENJADI PEMBOHONG !

Anonymous said...

PEMBETULAN KOMEN SAYA DI ATAS:

Nota: NASIHAT SAYA untuk Anonymous February 25, 2013 4:13:00 PM :
BERHENTILAH DARI MENJADI PEMBOHONG !

Anonymous said...

JAWAPAN UNTUK Anonymous Anonymous Monday, February 25, 2013 4:07:00 PM


Wang kerajaan adalah wang rakyat maka tidak perlulah rakyat berterima kasih kepada kerajaan jika kerajaan memberi amat sedikit wang rakyat kepada rakyat ! Maka tidak timbul isu '.tangan yg memberi lebih baik dari meminta ' !

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]