pahangdaily pahangdaily Author
Title: Wacana Perdana Bersama Dua Pendakwah Tersohor, Lautan Manusia Membanjiri Stadium Darul Makmur !!
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN, 3 Feb - Lautan manusia membanjiri Stadium Darul Makmur sempena Wacana Perdana yang menampilkan pendakwah terkenal Ustaz...

KUANTAN, 3 Feb - Lautan manusia membanjiri Stadium Darul Makmur sempena Wacana Perdana yang menampilkan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Haslin Baharin malam tadi. Orang ramai dilihat memasuki stadium sejak jam 6.00 petang lagi sebelum mereka bersolat Maghrib buat julung kalinya di dalam stadium tersebut. Inilah sejarah dan kali pertama berlaku sejak 50 tahun lalu, umat Islam berjaya sujud kepada Allah di salam stadium berkenaan sebenarnya. Sebelum ini ia hanya diserikan dengan acara sukan dan kebudayaan semata-mata. Difahamkan, ramai yang hadir bukan sahaja dari Kuantan malahan dari seluruh negeri Pahang sebenarnya. Ini mungkin kerana mereka mendapat maklumat program berkenaan yang disiarkan secara eksklusif menerusi akhbar Sinar Harian sejak beberapa hari yang lalu. Program malam tadi diserikan lagi dengan moderator Imam Muda TV9 iaitu Ustaz Khairul Azhar Ghazali yang mengupas tajuk "Merungkai Kehidupan Alam Jin Dan Permasalahan Hidup Dengan Al-Quran". Seperti biasa kedua-dua ahli panel telah berjaya menarik perhatian hadirin dengan kupasan tajuk yang penuh dengan unsur humor. Penonton tidak kering gusi apabila melihat Ustaz Haslin yang popular dengan gelaran Ustaz Bollywood mendendangkan beberapa buah lagu secara spontan termasuk lagu hindustan dan "Kosong" nyanyian Najwa Latiff. Sementara itu Ustaz Azhar seperti biasa menambahkan lagi keceriaan dengan lawak jenakanya yang mencuit hati. Pendek kata program malam tadi telah berjaya menarik perhatian hadirin yang dianggarkan mencecah hampir 100,000 orang di dalam dan juga di luar stadium. Program yang pada awalnya berjalan dengan tenang dan aman menjadi kucar kacir sedikit apabila hujan tiba-tiba turun dipenghujungnya. Ketika itu sesi soal jawab sedang berjalan. Orang ramai bertempiaran lari  mencari perlindungan dan ada sebahagiannya telah keluar dari stadium kerana keadaan dipintu keluar terlalu sesak ketika itu. Mujurlah tiada kejadian tidak diingini berlaku semasa keadaan berasak-asak itu. 



Kehadiran orang ramai malam tadi mengingatkan semula kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka Januari lalu. Nampaknya gelombang perubahan kini semakin meningkat. Apapun, kita ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana mengizinkan Perbadanan Stadium Darul Makmur memberi laluan program ini, walau pun Ustaz Azhar Idrus pernah menjadi kontroversi Oktober lalu akibat programnya di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dibatalkan disaat-saat akhir akibat campurtangan politik pihak tertentu. Sudah tiba masanya program sebegini diberi laluan kerana ia sekadar untuk memberikan ilmu agama kepada umat Islam sebenarnya. 



[Apa yang disaksikan di Stadium Darul Makmur malam tadi sememangnya satu detik bersejarah yang tidak pernah berlaku selama ini sebenarnya. Malah kehadiran ribuan umat Islam dari berbagai peringkat umur jelas sekali menggambarkan mereka dahagakan ilmu agama dan ia perlu diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang. Cuma apa yang menyedihkan ialah program sebegini sepatutnya tidak dihalang dengan tindakan penganjur yang menghadkan pintu masuk ke stadium. Dalam keadaan orang ramai yang datang sepatutnya semua pintu stadium di buka bagi membolehkan orang ramai masuk dengan selesa. Apa yang berlaku hanya beberapa pintu utama dibuka termasuk di kawasan grand stand. Ini menyebabkan timbul sedikit kekecohan apabila orang ramai terpaksa berasak-asak untuk keluar dan masuk di laluan yang sama dan agak sempit. Sepatutnya laluan yang lebih selesa dibuka kerana program adalah percuma. Namun, mungkin dek kerana penganjur mahu supaya orang ramai lalu dihadapan kaunter jualan produk Anugerah yang mereka jual. Tambahan pula program adalah anjuran syarikat terbabit. Secara dasarnya walau ada sedikit masalah teknikal, namun orang ramai tetap berpuas hati kerana dapat melihat dua pendakwah tersohor itu beraksi di Stadium Darul Makmur. Semoga acara sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang hendaknya. Syabas buat Anugerah!].

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Sunday, February 03, 2013 2:38:00 AM

Beberapa facebookers tlh upload gambar lautan manusia yg hadir tadi. Tapi spt biasa bbrp pencacai umno mdakwa gambar2 itu diedit supaya nampak ramai. Astaghfirullah. Makin hari makin bodo puak2 cacai ni.

Anonymous said... Sunday, February 03, 2013 8:49:00 AM

Mereka ingin menongkat langkit. Biarkan aje... sampai bilakah mereka mampu membohongi rakyat malaysia khususnya negeri Pahang Darul Makmur.???? Dasarnya mereka ini beragama ISLAM. Akan tetapi mereka ini mengalami satu penyakit yakni penyakit menyintai dunia. Mereka takut dunia ini meninggalkan mereka dalam masa yang sama mereka lupa mereka akan meninggal dunia. Ingatlah ALLAH SWT itu MAHA MURKA bagi mereka yang mempunyai penyakit ini.

Anonymous said... Sunday, February 03, 2013 9:38:00 AM

alhamdulillah...rakyat pahang negeriku juga sangat cintakan islam..

Anonymous said... Sunday, February 03, 2013 11:09:00 PM

Ini kalilah....ABU

Anonymous said... Monday, February 04, 2013 9:34:00 AM

Semoga Negeri Pahang Darul Makmur bertambah makmur dan membangun bersama ISLAM dibawah naungan KDYMM Sultan Pahang.

ALLAHUAKBAR.....

Anonymous said... Monday, February 04, 2013 11:34:00 AM

tahniah kipsas dulu nak pergi program uai bas susah..sekarang semua bas,van,moto support wpon last minit..terbaikk.gua caya sama u all..semoga diberkati,cepat naik kolej universiti,anak murid baik sahsiah diri,kita semua sejuk je hati..

Anonymous said... Friday, February 08, 2013 1:03:00 AM

Dua org yg buta ....Samar dlm terang

Anonymous said... Saturday, February 09, 2013 9:12:00 PM

Buktinyer org sukakan ilmu agama..bukan menggunakan agama utk utk politik..Alhamdulillah..Semoga diteruskan..:)

-IM-

 
Top