Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat !! DISINI
Lazada Philippines
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN KEPADA PARA PEMBACA YANG BERAGAMA ISLAM SEANTERO DUNIA


March 15, 2013

Lynas: 'Rakyat Semakin Keliru', Pendirian Anwar Dan Himpunan Hijau Kini Tidak Konsisten Tentang Isu Itu!

Apa sudah jadi dengan isu Lynas? Mutakhir ini terdapat pendirian yang berbeza-beza antara pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan NGO Himpunan Hijau terhadap projek tersebut. PKR misalnya nampak berlembut dalam isu Lynas apabila Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media berkata Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Kawasan Perindustrian Gebang, Kuantan itu boleh diteruskan jika terbukti ia selamat. Kenyataan Anwar ini ditempelak oleh Ahli parlimen Kuantan yang juga Naib Presiden PKR sendiri Fuziah Salleh. Dalam satu kenyataan kepada media, Fuziah mendakwa Pakatan Rakyat tetap akan tutup kilang Lynas sebaik saja pembangkang membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Fuziah menegaskan ia tidak boleh dibenarkan untuk beroperasi sama ada di Gebeng atau mana-mana tempat di Malaysia. Malah, katanya jika ada satu peratus peluang loji Lynas terbukti selamat, ia masih tidak sepatutnya berada di Gebeng. Kenyataan Fuziah ini seolah-olah "melawan tokey" dan sengaja mahu menjatuhkan imej Anwar Ibrahim sebenarnya. Kini Anwar mempunyai risiko dituduh tidak konsisten dalam pendiriannya mengenai loji tersebut berikutan laporan akhbar berpengkalan di Melbourne, The Age, minggu lepas. Dalam laporan itu, Anwar  ada berikrar untuk menyokong pelombong Australia itu jika Lynas terbukti selamat oleh inkuiri awam baru. Anwar dilaporkan berkata beliau akan mempercepatkan inkuiri tersebut, akan tetapi loji Lynas akan terus ditutup sebelum itu. “Saya tidak bersedia untuk membiarkan risiko keselamatan rakyat di Kuantan dan kawasan sekitarnya,” Anwar memberitahu The Age. Kenyataan tersebut dilihat bercanggah dengan kenyataan dibuatnya semasa perhimpunan Himpunan Hijau di Kuantan tahun lalu. Pada ketika itu, Anwar memberi jaminan kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat akan menutup loji tersebut bila berkuasa kelakSementara itu Aktivis Himpunan Hijau, Wong Tack juga minggu ini menyanggah kenyataan kononnya Anwar tidak lagi konsisten dalam pendiriannya mengenai projek Lynas. 


Wong mengatakan beliau bersetuju dengan pandangan ketua pembangkang bahawa pelombong gergasi Australia, yang disifatkannya masuk melalui “pintu belakang”, seharusnya dibenarkan beroperasi jika mengikuti peraturan keselamatan. “Jika Lynas keluar melalui pintu belakang dan datang kembali melalui pintu hadapan dan mengikuti prosedur ditetapkan, kita boleh benarkan mereka kembali,” katanya. Tetapi Wong mencadangkan Lynas tidak menepati standard keselamatan ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan lesen operasi diperolehi secara haram. Wong sebelum ini telah dinamakan oleh DAP untuk menjadi calon parti itu bertanding di kerusi parlimen Bentong pada Pilihanraya Umum akan datang. Kini, kedua-dua pemimpin politik serta NGO mengeluarkan kenyataan yang jelas bercanggah itu. 

[Dengan percanggahan ini maka rakyat Kuantan juga berada dalam dilema sama ada mahu memilih Pakatan Rakyat atau pun Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-13 ini nanti. Bayangkan jika benar Anwar selaku Perdana Menteri ketika itu membenarkan Lynas terus beroperasi dengan syarat-syarat tertentu, maka sudah pasti rakyat akan terpedaya dengan perjuangan mereka selama ini. Mahu mengharapkan Fuziah, mungkin suara Anwar lebih didengari rakan-rakan pakatan yang lain ketika itu. Persoalannya, apakah rakyat Kuantan harus memperjudikan nasib mereka dengan kenyataan yang tidak konsisten ini?. Wal;au pun Fuziah beriya-iya mahu menutup kilang Lynas jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan nanti, namun dia harus ingat siapa Anwar. Tambahan pula selepas diangkat menjadi Perdana Menteri nanti. Sudah pasti seribu alasan pula akan diberikan untuk mempertahankan kilang terbabit. Oleh itu, rakyat perlulah bijak menilai semua ini. Jangan nanti "menang sorak kampung tergadai". Mahu bergantung harap kepada Pakatan Rakyat untuk menutup kilang Lynas, lain pula jadinya nanti. Oleh itu, berhati-hati membuat keputusan agar rakyat tidak ditipu akhirnya oleh kealpaan sendiri. Jangan nanti rakyat dipermainkan oleh kata-kata orang politik, tetapi risikonya tetap sama di kemudian hari. Justeru, beringat!].

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Awas!!!!! Ini satu permainan politik disaat PRU 13 hampir menjelma. Musuh semamangnya mencari peluang. Adakala dia sendiri yang membuat provokasi. Siapa yang nak kalah... UMNO kalau boleh nak memerintah sehingga kiamat.

Anonymous said...

mapuhh arr kena tipu sokmo dgn anuar kisah arsenik..16 sept ni plak isu kynas


[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter