Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


March 6, 2013

Panas: Artis Melayu, Suspek Kes Bunuh Suami Sendiri

PETALING JAYA - Seorang suspek iaitu penyanyi tahun 1990-an Nouri Ramli (foto) telah ditahan polis berhubung kematian suaminya yang dipercayai mati selepas bergelut dalam kejadian di kondominium Ampang Utama, dekat sini pada semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu berkata, Nouri bersama dua anak saudaranya telah ditahan pada pagi Rabu dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan. "Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman. "Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. Akhbar pada Rabu melaporkan seorang penyanyi wanita telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun. Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, mati dipercayai selepas dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan terikat. Kejadian ini dipercayai terjadi sekitar pukul 5 petang Selasa apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan anak. Dalam kejadian, Nouri, 39, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran. Penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan mangsa sejak setahun lalu dan mereka juga dalam proses perceraian. Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999.


[Apa yang berlaku ini sungguh mengejutkan industri hiburan negara. Sebelum ini kita hanya mendengar isu-isu panas seperti pergaduahan, perceraian dan kes-kes najis dadah yang melibatkan artis tanahair. Namun, jika disabitkan kesalahan membunuh, ternyata ia sesuatu yang amat memalukan sebenarnya. Apa sudah jadi dengan dunia artis hingga tergamak melakukan perbuatan seperti ini. Apapun, siasatan masih dijalankan dan pihak polis diharapkan agar menyiasat dengan rapi kes ini. Namun, jika dilihat kepada rentetan insiden yang berlaku, ternyata nampak jelas artis Malaysia langsung tidak tahu hal ehwal agama. Sanggup menghakang bapa bertemu dengan anaknya sendiri walau pun sudah bercerai dengan ibu adalah satu perbuatan zalim bagi seorang ibu. Soalnya, kenapa sampai perlu mengikat dan menyiksa si bapa terbabit?. Bukankah ini sesuatu yang diluar akal fikiran kita dan tidak wajar diterima langsung terutamanya bila melibatkan artis Melayu. Senario ini menunjukkan para artis kena sedar diri mereka yang duduk dalam dunia maksiat itu wajiblah kembali kepada Islam dan kebenaran. Jika tidak dunia mereka penuh khayalan dan rosak akhirnya. Jadilah artis-artis yang mahu kembali ke pangkal jalan sebelum Allah menjemput mereka pulang. Tindakan bunuh adalah satu kerja terkutuk sebenarnya. Siapa harus disalahkan?].

7 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

salah anwar ibrahim? hehehe

Anonymous said...

Inilah akibatnya segelintir artis-artis Melayu yang tidak punyai asas agama yang sangat dibanggakan oleh peminat dan paling dihambat oleh anak-anak muda muda kita dan yang dibanggakan oleh kerajaan pimpinan UMNO ,kesudahan hilang pertimbangan jatuh ke lembah yang tidak redho oleh agama, membunuh suami sendiri ,usahlah dibela dengan apa cara alasan pun jika isteri sudah tiada mendapat bimbingan agama dari seorang suami ,inilah kesudahannya,bagaimana hendak dapat didikan tanyalah para suami-suami anda.

Anonymous said...

Hah! Apa kena mengena dgn Umno?? lawak2....apa2 hal pun, jgn cepat judge sbb penyiasatan masih dijalankan..

Anonymous said...

Apa sal pulak. apa kene mengena dengan umno. bangang..

Anonymous said...

kan artis2 hidup mewah dan bebas melakukan apa saja tetap diangkat dan dipopularkan oleh tv tanpa sekatan oleh mufti@umno untuk menjadi ikutan anak gadis melayu mengejar populariti....jgn lupa byk dah jadi habuan pemimpin2 umno spt ziana zain al-najibun

Anonymous said...

Ini yg dikatakan manusia jahil. ..Tetapi merasakan diri dia hebat. Habis semua nak salahkan kerajaan diatas sesuatu perbuatan. Kalau nak sabitkan umno disebabkan artis ni membunuh. .hanya kerana tidak menerapkan ni lai dan ciri islam sejati...Cuba korang buka minda sempit korang dan lihat negeri kelantan yg dimana bawah kerajaan Pas...cantik sangat ker?. Apa yg tak ada kat sana...berjudi. .arak. .betina. .bunuh. .seludup. .pukul...Samseng. .sebut jer semua ada aaaa. Nak komen biar berlapik. .jgn anggap diri tu sentiasa betul.

Anonymous said...

Ini yg dikatakan manusia jahil. ..Tetapi merasakan diri dia hebat. Habis semua nak salahkan kerajaan diatas sesuatu perbuatan. Kalau nak sabitkan umno disebabkan artis ni membunuh. .hanya kerana tidak menerapkan ni lai dan ciri islam sejati...Cuba korang buka minda sempit korang dan lihat negeri kelantan yg dimana bawah kerajaan Pas...cantik sangat ker?. Apa yg tak ada kat sana...berjudi. .arak. .betina. .bunuh. .seludup. .pukul...Samseng. .sebut jer semua ada aaaa. Nak komen biar berlapik. .jgn anggap diri tu sentiasa betul.

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]