Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
Difahamkan, dua anggota komando yang terkorban itu dikenali sebagai Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin dari unit 69 (G/17984 Skuad 2.2006) .
Kenderaan anggota polis di pos kawalan utama membawa dua anggota polis yang terkorban di kampung Tanduo di sini, Jumaat. Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo yang menjadi kubu kumpulan pencerobohan , ketika sedang berkawal satu daripada pos di kampung itu









3 comments:
Kenapakah rakyat Malaysia melebelkan mereka penceroboh? Inilah kesilapan sejarah. Selama ini rakyat Malaysia di tipu oleh penjajah tentang sejarah sebenar.
Kerajaan Malaysia dibawah proksi mereka iaitu penjajah british sebelum ini telah merampas tanah dan manipu rakyat dan kesultanan sulu. Sesungguhnya perbuatan ini tidak ubah seperti Yahudi/Israel yg cuba merampas Hak tanah Palastin? Dibawah pengaruh dan kuasa British ketika itu, rakyat Yahudi dibenarkan menghuni dan kemudian mengistiharkan kerajaan Israel yang sah.
Ingatlah wahai kaum muslimin. Yang Hak tetap Hak. Kenapakah kita menafikan hak mereka? Kenapakah selama ini kita tidak sedar akan pembohongan penjajah? Kenapakah kita merelakan diri kita membenarkan yang bathil dan menafikan yang hak?
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PERJUANGAN RAKYAT DAN KESULTANAN SULU. semoga pejuang2 islam akan terus berjihat bersama mereka.
ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR.
SAMPAI BILA MALAYSIA MAHU JADI NEGARA PERAMPAS.
APAKAH NEGARA ISLAM ADALAH NEGARA PERAMPAS?
MENGAPAKAH MAHU TERUS MEWARISI SIFAT PERAMPAS SETELAH MENGETAHUI IA BUKAN SEBENAR HAK KITA?
MAHUKAH KITA DIGELAR KERAJAAN YAHUDI ZIONIST KEDUA YG TELAH MENDUDUKI DAN MENUNTUT TANAH YANG BUKAN HAK MILIKNYA?
DIMAKAH KEKUATAN ISLAM DAN IMAN KITA IAITU SETELAH KITA MENGETAHUI BAHAWA BENDAH YANG KITA MILIKI SELAMA SEBENARNYA ADALAH BUKAN HAK KITA?
DI SINILAH DUGAAN KEIMANAN YANG ALLAH CUBA TUNJUKKAN KEPADA KITA. MEMANG PERIT DAN PEDIH UTK MELEPASKANNYA, TETAPI, JIKA ITU BUKAN HAK KITA, MAKA WAJIB KITA MEMULANGKANNYA.
Pencerobahan ? Atau satu usaha untuk mengekalkan kerajaan Barisan Nasional? Masih ingatkah al maunah? Jalan ceritanya hampir sama. Cuma lokasi lakonan aje berbeza.Berfikir secara rasional dan tengok betul betul. Ini bukan reformasi tapi ini satu transformasi.
Post a Comment