KUANTAN, 1 Mac - Orang ramai yang menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah dekat sini petang tadi kecoh apabila dimaklumkan solat mereka tidak sah akibat kesilapan imam yang tertinggal satu ayat ketika membaca surah Al-Fatihah. Walau pun solat semula diadakan selepas Mufti Pahang, Dato' Abdul Rahman Osman memberi penerangan ringkas ketika itu, namun ramai yang kecewa kerana Mufti tidak terus memaklumkan agar Solat Jumaat dibuat semula gara-gara kesilapan imam terbabit. "Imam tak baca satu ayat daripad alfatihah. . Tiada siapa yg tegur. lepas salam imam baca astaghfirullah beberapa kali dengan kuat kemudian senyap dengan lama. makmum di belakang ingat dah selesai doa maka pakat keluar masjid. tiba-tiba imam bangun takbir solat kembali dengan suara kuat baca al fatihah. ada empat lima saf yg ikut imam, makmum lain ada yg dah makan cendol kat luar masjid. selepas salam ada suara bercakap melalui mikropon memberitahu solat jumaat dibuat sekali lagi kerana imam terlupa satu ayat daripada fatihah. diia bagi tahu zaman nabi pun ada nabi terlupa rakaat bila selepas salam sahabat bagitahu tak cukup rakaat dan nabi terus bangun tambah bilangan rakaat yg tak cukup. suara itu juga bagi tahu jika makmum dah yakin solat jumaat yg mula-mula sudah sah tidak apa lah. begitulah ceriteranya. sumber kawan saya yg solat jumaat di sana. apa pun isu ini kecoh la jugak. kawan saya tu kata sepatutnya imam bagi tahu melalui pembesar suara minta semua solat semula. baru tak kecoh.. patut mufti umum solat semula semua baru tak kecoh. orang bulehterima nak buat macam mana terlupa", kata kenyataan seorang jemaah masjid berkenaan. Sementara itu, seorang lagi jemaah Mohd Radzi Jusoh berkata sebenarnya imam pun tak perasan dan semasa beristighfar barulah imam-iman lain yang berada disaf belakang beliau menegur. "Dia orang cakap-cakap kejap.. Imam pun bangun dan sembahyang lagi satu rakaat.. selepas selesai.. Dato' Mufti Pahang la yg membuat penerangan tersebut.. berdasar penerangan tersebut membuatkan saya yang kurang ilmu ini merasa was-was kerana zaman nabi tu, rukun solatnya cukup, cuma terkurang rakaat.. ini pula rukunnya dah terkurang yg pada pendapat saya membatalkan solat.. sepatutnya solat kembali.", katanya. Difahamkan, inilah kejadian pertama kali berlaku di masjid tersebut.









10 comments:
tanda awal pahang nak jatuh pd pru 13
Salam Tuan Admin,
Amat memohon di buat perenggan bagi apa jua artikel. Mudah untuk membacanya. Terima kasih diatas info diatas.
Mungkinkah peristiwa itu sebagai isyarat daripada Allah Taala bahawa mereka tidak peka dan lalai lalu pendapat dan fatwa golongan mufti-mufti kerajaan yang dok ada la nih boleh dipertikaikan dan diperdebatkan semula. Terutama sokongan, dokongan kan 'kebersekongkolan' mereka dengan kerajan UMNO/BN yang memerintah..?
Macam mane bro..?
Psoalannya ialah solat kali ke 2 tu cukup dok 40 org??? kalu dok cukup dok soh bohhh..smayang jumaat boh bkan smayang waktu
Apa yang difikirkan oleh Mufti yang berada di belakang imam masa solat Jumaat itu." Fawailullil musallin* Allazi na hum an solatihim sa huun*
klu yang ikut solat jumaat semula tu lebih 40 org, kira sah le solat. Tapi klu kurang 40 org, kira tak sah la termasuk la solat jumaat mufti tur.
yang dah kuar makan cendol tu, tak tau la sah ker tak sah. Tapi rasanya sah sbb ikut imam (klu demer tak perasan laa) Klu yang perasan tapi ikut jugak, tak sah la. Dah tau imam salah, buat apa ikut.
Tang dosa pahala solat yang tak sah tu, Allah maha Besar saja yang tahu. Tapi sepatotnya orang2 agama yang ada kat situ termasuklah mufti kenalah peka sikit. Patutnya terus tegur masa kejadian berlalu dan bukan tunggu solat habis.
Apapun ini satu peringatan dan pengajaran kepada mufti dan imam2 supaya berhati2 pada masa jadapan.
kah kah kah!!
Lupa dan terlupa, bukan isu besar dalam ibadat. Bukankah kita manusia, yang tidak dapat menghindar diri daripada terlupa dan tersalah.
Yang paling tidak betul tindakan pihak tertentu menyeru makmun mengulangi solatnya semula disebabkan imam terlupa.
Terdapat diantara makmun yang tidak sedar bahawa imam telah terlupa sesuatu syarat dalam solat. Sedangkan mereka memiliki hak untuk merasa yakin bahawa ibadat yang dikerjakan adalah sempurna.
Perbuatan meminta makmun mengulangi balik solat disebabkan kesilapan imam merupakan suatu sikap tidak betanggungjawab dan membawa fitnah dalam masyarakat.
Ambil contoh puasa, seseorang yang tersalah azan maghrib, sedangkan waktu berbuka masih belum bermula. Adakah beliau bertanggungjawab memberitahu semua orang yang berbuka bahawa beliau tersalah azan. Hakikatnya, beliau wajib mengqadha puasa, namun orang ramai tidak wajib qadha.
Pelik jugak. Tapi iyulah Jaip dan Mufti. Mahkamah Syariah puan sama. Sekarang ni banyak sangat pegaai dan kakitangan dia bawa ajaran yang meragukan. Kalu kena orang awam atau PAS sema tak betul. Dan mesti jadi isu nasional. Tapi diaa orang??? Mana Dato' Mufti? Mana Dato' Ghaz yang pandai beri kenyataan akhbar? Kamu adalah pembawa ajaran yang songsang kepada rakyat negeri Pahang.Buang aje slogan JAIP PEMBIMING HIDUP BERTAQWA jika kamu tidak mampu hendak melaksanakannya.
beberapa tahun lepas, aku solat Jumaat kat Balok, imam lupa rukuk dalam rakaat pertama. Lepas tu buat announcement kne solah semula.
Implikasinya mcm ni lah....mcm2 versi ada. Bagi yg peka & berilmu - solat semula. Bagi yg rukuk,walaupun imam x rukuk & yg terus cabut/musafir dalam jemaah tu tanpa mendengar pengumuman imam tu nak kira mcm mana.
Walau apa pun Allah itu maha mengetahui, maha bijaksana dan berserahlah kepadaNya.
Pengajaranya - makhluk tidak sunyi dari kesilapan - wallahualam.
hanya mazhab syafi'i shj yg mensyaratkan 40 org, wpun kurang solat jumaat ttp sah...
klu tertinggal rukun, termasuklah trlupa 1 baris dlm fatihah, apa yg imam patut lakukn ialah menambah 1 lg rakaat utk menggantikn rakaat yg tlh terbatal, xperlu solat semula...ttp skiranya solat dh selesai kenalah solat smule sbb fatihah tu rukun...
apa yg berlaku ialah imam panik/x tau apa nk buat...sementara yg di belakang imam sumenye lalai...trmasuklh mufti...maaf ye..
Post a Comment