Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


March 8, 2013

Panas: Utusan Putar Belit Mangsa Cedera Bukit Katil

Ramai pihak, terutamanya mereka yang hadir ke program Jelajah Merdeka Rakyat bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Katil Melaka kecewa dengan laporan "putar belit" yang dibuat oleh akhbar arus perdana Utusan Malaysia kononnya "Anggota Polis Cedera Di Baling Objek Keras Dalam Ceramah Pembangkang". Artikel berkenaan dimuat naik ke laman rasmi akhbar terbabit lewat malam tadi. Walau pun artikel berkenaan dipercayai telah dikeluarkan selepas itu, mungkin kerana melihat keratan diatas tersebar di laman-laman media sosial maka ia dikeluarkan secara tiba-tiba. Namun, apa yang pasti edisi cetak mungkin menyiarkan atau pun tidak artikel berkenaan. Walau pun sudah dikeluarkan namun ramai yang kecewa melihat kerenah wartawan Utusan Malaysia ini yang tidak jemu menyebarkan dakyah untuk berbohong kepada rakyat. Menurut sumber, dalam kejadian malam tadi sebenarnya dua orang penyokong pembangkang yang telah cedera akibat dibaling objek keras yang dipercayai batu. Kepala salah soerang daripada mangsa berdarah teruk akibat serangan penceroboh yang dikatakan membawa bendera Barisan Nasional ke program terbabit. Tidak diketahui dari manakah mereka itu, namun kemungkinan besar merupakan samseng upahan yang cuba untuk menganggu program anjuran pembangkang di kawasan Parlimen Bukit Katil itu. Sila lihat bukti dibawah:-


[Dalam kejadian malam tadi, turut menjadi mangsa ialah bas yang membawa Anwar ke lokasi terbabit. Cermin pecah akibat dibaling dengan batu oleh pihak yang berkenaan. Berdasarkan video yang dipaparkan dibawah ini, kelihatan jelas anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat cuba menghalang pihak yang berkenaan menceroboh lokasi program Jelajah Merdeka Rakyat itu. Persoalannya, kenapa mereka semua itu perlu menceroboh dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini?. Apa perlunya mengganggu ceramah pembangkang sedagkan kerajaan mempunyai segalanya untuk berceramah kepada rakyat termasuk media elektronik dan sebagainya. Tindakan menganggu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima di ketika rakyat Malaysia disarankan menanamkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Jika inilah keadaannya, apa akan terjadi jika UMNO BN tewas dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang?. Belum apa-apa sudah mengganas, maka ia mengesahkan lagi kenyataan beberapa orang pemimpin UMNO termasuk pihak SPR sendiri kononnya pembangkang akan cetuskan huru hara jika kalah pada PRU-13 ini nanti. Sekarang sudah terbukti, pihak manakah yang cintakan keganasan itu sebenarnya].

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Kita jangan pilih Parti yang telah ROSAK....untuk PRU nanti....

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]