Paparan Terbaik Gunakan Internet Explorer (IE) : Ada Info Dan Masalah Sila Emailkan Ke pahangdaily@yahoo.com

Sindir Pembangkang, Tiada Tindakan Terhadap Salih


[Pihak Pengurusan Astro Radio tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob, 52, berhubung penyebaran videonya yang seolah-olah menyindir pihak pembangkang. Menurut wakil daripada Astro, perkara tersebut tiada kaitan dengan syarikat penyiaran itu dan ia merupakan urusan peribadi Salih. "Kami terkejut tentang perkara itu namun begitu bagi kami video tersebut tidak ada kaitan dengan Astro. "Ia adalah perkara peribadi beliau, kita tidak campur tangan," katanya. Isu itu timbul apabila video Salih bersama pelawak Nabil Ahmad berjudul Bangkang Dari Longkang telah tersebar di Internet sehingga mendapat kritikan penyokong parti pembangkang kerana ia dilihat seolah-olah mempersendakan parti berkenaan.  Dalam rakaman itu Salih yang memegang watak ahli politik membuat pelbagai janji untuk memenangi hati rakyat sebaliknya semua itu hanyalah kata-kata kosong sebelum dapat menakluki Putrajaya. Penyebaran video komedi selama 2.50 minit itu juga telah membuatkan Salih memohon maaf kepada semua pihak menerusi akhbar Utusan Malaysia pada Khamis selain mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia hiburan. Dalam perkembangan berkaitan Astro Radio berkata, setakat ini pihaknya tidak mendapat apa-apa surat peletakan jawatan daripada Salih dan beliau masih lagi penyampai Sinar FM. "Dia masih lagi dj radio kami kerana tiada apa-apa surat peletakan jawatan yang diterima. "Apa-apa pun kami tidak akan memanggilnya berhubung isu itu,kata jurucakapnya].

6 comments:

Anonymous said...

Udah malu. Mau bikin in. Jadinya konon kononnya mau tinggaldunia seni. Enggak gitu? Gila kamu... Mau makan apa kalo udah berbodi 4? SY sengaja dan Nabil wa ang memang dasar pelawak bonggak. Wa ang monang kerno orang awak sokong tapikali ini wa ang memang bongak.

Anonymous said...

jom kengkawan, kita ramai2 boikot mamat2 pelawak cmni..tak sadar diri..

Anonymous said...

Hahahahaha..bender kene batang hidung sendiri..mengamuk..betul aper diorg cakap..buat la kerje..jgn dok menipu saner sini..org dah percaya,pilih u jadi yb..haram,satu bender cakap tak buat..macam aku kat beserah pilih PAS arituh..biler ditanyer kenapa?..kiter tak tu,takni..nasib rakyat..tu takdir..sembanglah..asyik nak salah org lain..kerajaan..caner kiter melayu Islam nak maju.

Ustaz aku cakap : seseorang itu hine,bukan sebab miskin atau kaye..tapi berpuatan dia sendiri..kalau kiter menipu..ader org nak cayer kiter.

Orang kampung tak ingin pitih yb pung..mari ah tgk kampung..gotong-royong ker..tunjukkan kesungguhan nak membantu..

Setakat 4 taun skali bunyi takbir pulok doh..bia reti base skit,orang kg dengor takbir azan 5 kali sehari ,bukan 4 taun sekali..mehnon!!!!

Anonymous said...

Pada anon 8.34... Sikit2...boikot...perli sikit boikot....lawak sikit ...boikot....senanglah kalu dpt memerintah...xsuka kalu....BOIKOT....mmg lu lg teruk dr BN..kire menzalimi org jugak...DSAI pon xkan boikot kes2mcm nie...lwn tetap lwn... Yg bawah2xtau byk nie yg byk cite....gentlman lah ckit bro.... Hidup DSAI

Anonymous said...

Ish... Mereka boikot sebab pemerintah hari ini tidak profesional. Boikot bukan beerti mengalah. Boikot menadakan protes sihat supaya para artis hari ini perlu belajar tatasusila menghormati antara satu sama lain. Jangan jadi pak sanggup dan pengampu. Kalau lah arwah Tan Sri P.Ramlee hidup dia pun tidak bersetuju dan banyak filem dia pun ada mengisarkan dunia hari ini.

usin said...

marah pasal apa? sindiran tu betul ke bohong? memang betulpun sebelum pilihanraya bertaburan janji pakatan bagi. bila dpt beberapa negeri, tunai tak janji tersebut?
1 lagi nk sebut, kalau artis sindir pakatan maka boikotlah, apalah. mcm abby a body, bob lokman, hairi osman yg hari2 mengutuk kerajaan pusat tu ok pulak? otak korang ni makin tak stabil la. camane nk tadbir putrajaya ni...huhuhuhu