Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


April 28, 2013

Blogger Cucumatkilau Ada 'Peluang Cerah Menang' Di DUN Semambu, Jika Pengundi Sedia Buat Perubahan!

KUANTAN, 28 April - Calon Bebas Pro Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Semambu, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) merayu para pengundi memberikan sokongan pada kepada beliau untuk memenangi kerusi DUN tersebut pada hari pengundian pada 5 Mei  ini. Menurut beliau, dia sudah terlalu lama berjuang dari luar sejak tahun 1998 lagi, maka itu tiba masanya beliau dibawa masuk ke Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang pada penggal yang akan datang, bagi membolehkan dia membela rakyat dengan lebih lantang, tegas, berani dan lebih berapi lagi. "Saya sudah membongkar dan mendedahkan berbagai-bagai penyelewengan, korupsi, pengkhianatan yang dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan selama ini. Bukan saja isu berkaitan politik di Pahang, malahan juga saya banyak membongarkan isu-isu rakyat yang lain termasuk yang berkaitan dengan agensi Kerajaan Negeri Pahang sendiri. Beribu-ribu tulisan saya diinternet yang telah dibaca oleh jutaan manusia termasuk rakyat Pahang sendiri. Maka itulah, saya berharap agar pengundi DUN Semambu bertindak bijak dengan memberi ruang kepada saya untuk masuk ke Sidang DUN Pahang secara berhemah untuk memperjuangkan isu dan hak-hak rakyat dengan lebih profesional lagi", kata Mohd Shukri. Beliau yang juga merupakan bekas seorang Juruhebah Radio (DJ) di RTM Pahang amat popular menerusi rancangan "Kuantan Ekspress" satu ketika dulu. Malah, dirinya aman sinonim dan dekat dihati rakyat Kuantan dan DUN Semambu kerana sering muncul dalam berbagai acara keramaian di sekitar kawasan itu terutamanya sebagai Juruhebah dan Pengacara Majlis. Beliau pernah bertugas sebagai juruhebah dibeberapa buah pasaraya besar di Kuantan seperti Kuantan Parade, Megamall, Kamdar, Maydins, Tunas Manja, Terus Maju dan lain-lain lagi. Selain daripada itu beliau juga banyak terlibat dengan acara besar seperti expo dan karnival yang melibatkan agensi kerajaan dan swasta di sekitar Kuantan. Pendek kata, ramai yang mengenali beliau dengan nama "DJ Shukrie" sejak sekian lama. Apapun beliau juga amat popular dengan gelaran CMK yang diambil dari singkatan nama Blogger Cucumatkilau semenjak menjadi blogger bermula 5 Disember 1998 yang lalu. Berita tentang beliau boleh diikuti di laman blog peribadi PRU-13 beliau di SINI. "Saya pernah dua kali terpilih sebagai calon dan bertanding di DUN N39 Kemayan, Bera pada PRU12 lalu. Maka, ini adalah percubaan kedua saya untuk masuk ke DUN Pahang. Saya percaya dapat melakukan yang terbaik kepada rakyat.. kerana walau pun saya hanyalah Aktivis Bebas sejak dua tahun lalu.. banyak isu dan masalah rakyat telah berjaya saya bongkar dan selesaikan walau pun saya tidak berparti", tambah beliau.


Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan syabas dan selamat berjuang kepada Blogger Cucumatkilau, kerana beliau juga banyak menyumbang jasa dan tenaganya untuk mempopularkan blog ini satu ketika dulu. Berdasarkan peratusan pengundi Melayu yang mencecah 57% berbanding kaum lain (Cina 33% dan India 10% dll), maka harapan untuk melihat beliau menang di DUN Semambu nampaknya semakin cerah. Malah, beliau kini mendapat sokongan padu daripada berbagai lapisan masyarakat dan penyokong parti. Mereka mahu melihat seorang "blogger panas" masuk ke DUN bagi membela nasib rakyat Pahang pada kali ini. Umum masih ingat, Mohd Shukri juga pernah menyelamatkan "Tanah Rizab Surau" yang diceroboh oleh seorang individu bergelar "Dato" di Taman Atabara Perdana yang terletak dalam kawasan DUN Semambu dua tahun lalu. Susulan kejayaan itulah dia amat popular dan dikenali oleh masyarakat setempat. Tambahan pula isu berkenaan telah disiarkan secara eksklusif di dalam hampir kesemua media arus perdana termasuk Buletin Utama TV3 (dua hari berturut-turut). Apa yang jelas isu ini membuktikan beliau boleh berjuang membela rakyat walau pun tidak mempunyai platform politik ketika itu. Maka, tidak timbul dia tidak mampu membela rakyat sekiranya di pilih kelak. Jika dia bergerak sendirian pun beliau boleh membela rakyat, maka apatah lagi jika dia terpilih sebagai ADUN di kawasan itu kelak. Kini hanya para pengundi sahaja yang akan menentukannya.


Sementara itu, ketika ditanya apakah manifesto beliau buat rakyat di DUN Semambu jika dipilih kelak. Shukri mendakwa beliau ada beberapa manifesto khas untuk rakyat. "Saya berjanji akan membawa usul untuk mendesak kerajaan yang memerintah menyegerakan pembinaan projek jalan terbengkalai di Jalan Kuantan Ke Sungai Lembing Jalan ini merupakan salah satu pintu masuk ke Pusat Bandar Kuantan melalui Plaza Tol Kuantan di Bukit Goh yang telah menghantui rakyat sejak hampir 10 tahun yang lalu. Saya hairan Wakil Rakyat terdahulu anggap isu ini sambil lewa dan langsung tidak berusaha menyelesaikannya walau pun dia sudah dua penggal menjadi ADUN Semambu. Alasannya, isu itu adalah masalah kontraktor, JKR dan sebagainya.. Tapi bagi saya sebagai wakil rakyat kita harus bawa usul ini ke Sidang DUN dan mohon kerajaan menyelesaikannya.. kerana ia membabitkan rakyat di kawasan kita.. Amat sedih bila dilaporkan banyak kemalangan yang berlaku di kawasan terbabit sejak beberapa tahun lalu.. Saya berjanji isu ini akan saya jadikan usul pertama saya ke Sidang Pertama Penggal Ke-13, Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang selepas PRU-13 ini nanti", kata beliau.


[Terdapat laporan mengatakan Blogger Cucumatkilau mempunyai harapan cerah untuk menang di DUN N13 Semambu pada kali ini. Ia berdasarkan rungutan rakyat terutamanya orang-orang Melayu tentang kewajaran kedua-dua parti iaitu BN dan PKR yang tergamak meneruskan tradisi meletakkan calon bukan Melayu di kerusi majoriti Melayu tertinggi di negeri Pahang itu. Bayangkan jumlah peratus pengundi Melayu mencapai hampir 24% melebihi jumlah peratusan kaum lain. Ini bermakna, kerusi DUN N13 Semambu sepatutnya ditandingi oleh calon Melayu. Sudah beberapa penggal kerusi tersebut dimiliki oleh bukan Melayu maka sudah tiba masanya rakyat dan para pengundi di situ memberi peluang kepada beliau untuk menjadi wakil rakyat mereka di situ. Sekurang-kurangnya jika ada program bercorak keagamaan di masjid-masjid dan surau-surau, maka sudah pasti wakil rakyat boleh turut menyertainya. Apapun, seandainya beliau tewas, ramai yang mengatakan dia mungkin tidak kehilangan deposit. Tentang persoalan dia memecahkan undi PKR yang dilaporkan oleh sesetengah pihak. Isu itu mungkin tidak masuk dek akal kerana beliau sendiri di sokong sepenuhnya oleh bekas pemimpin MCA yang sepatutnya menjadi calon tetapi dinafikan pada saat-saat akhir oleh calon sekarang. Malah, difahamkan bukan sahaja kumpulan terbabit menyokong beliau, ia turut melibatkan penyokong Gerakan dan lain-lainnya. Ini bermakna jika dia kalah kemungkinan besar calon PKR akan menang. Apapun, segalanya kini terletak ditangan rakyat dan pengundi untuk menentukannya. Pasti, ramai pihak kini tertumpu untuk mendengar keputusan DUN Semambu. Semoga pengundi bijak memilih dan menilai siapa pejuang rakyat sebenarnya!].
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]