Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Panas: Heboh, Awie Wings Calon BN Di Bukit Bintang


[Ini berita panas yang baru kami terima, jika PAS meletakkan Aisyah "Janji Manis Mu" untuk bertanding di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan kini ada perkabaran baru mengatakan Awie Wings akan diletakkan sebagai calon UMNO BN di Parlimen Bukit Bintang. Menurut sumber, maklumat yang diperolehi dari Wisma Putra mengatakan Awie diberi ruang untuk bertanding disitu kerana namanya amat popular sebagai artis dan boleh menarik ramai pengundi muda untuk menyokong BN. Jika benar dakwaan ini, maka kini nampaknya golongan artis sudah pun mendapat tempat dikalangan pemimpin politik di negara kita. Semuanya gara-gara untuk menarik undi orang muda yang bakal menjadi penentu keputusan pilihanraya umum ke-13 ini. Bertuah benar golongan artis yang menyertai politik, dek kerana populariti mereka maka peluang lebih terbuka luas untuk dicalonkan. Apapun, terdapat maklumat PAS Jempol amat kecewa keputusan pencalonan Aisyah di situ. Ini kerana, ia langsung tidak  menghormati pemimpin kawasan yang sudah lama membuat kerja untuk parti selama ini. Namun, mereka terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan. Menentang bererti dituduh pengkhianat, maka terimalah kenyataan !].

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Aisyah memang layak menjadi calon. Beliau walaupun kurang berpengalaman tetapi mampu menarik pengundi menyokong Pas. Kelebihan yang dimiliki ialah kebolehannya menarik simpati pengundi wanita. Beliau memiliki masa depan cerah dalam dunia politik jika orang pas istiqamah terhadap perjuangan dan bukan mengutamakan jawatan. Aisyah wajib disokong jika benar pas Jempol ingin memperjuangkan Islam.

Anonymous said...

Jika awie dipilih, nak harapkan apa daripada pemuda ini?? Mendaulatkan Islam??? Tepuk dada tanya iman.

Jika awie dipilih sebagai calon; sebelum mengundi beliau, kenalilah beliau.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]