Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


April 1, 2013

Panas: Apa Sudah Jadi?, Pakatan Rakyat Di Parlimen Temerloh Pula Bergolak Isu Siapa Calon PRU Kali Ini !

TEMERLOH, 1 April - Pilihanraya Umum Ke-13 semakin hampir, namun isu pembahagian kerusi Pakatan Rakyat di Pahang kini masih panas dan gagal memberi kepuasaan kepada para penyokong parti-parti yang bertanding. Jika di Parlimen Bentong, PKR kecewa apabila DAP melanggar prinsip dengan mengumumkan Wong Tack bertanding di kerusi yang berstatus quo itu. Begitu juga di tempat lain seperti DUN Damak, DUN Teruntum, DUN Chini dan banyak lagi. Gara-gara tindakan pihak tertentu mengumumkan calon mereka untuk kerusi yang bertindih, menyebabkan kekecohan dan perang saraf kini berlaku di sana sini. Begitu juga terbaru di kerusi Parlimen Temerloh. Khabarnya, perbalahan antara penykong PAS dan PKR kini semakin kritikal hingga keperingkat sanggup menghina pemimpin masing-masing. Ia amat memalukan dan tidak wajar berlaku di kala PRU-13 kini kian menghampiri. Namun, hakikatnya tidak dapat ditolak dan sikap tidak puas hati yang menebal boleh menyebabkan harapan untuk Pakatan Rakyat menang di situ semakin pudar sebenarnya. Kini serangan demi serangan berlaku di laman sembang sosial facebook dan blog-blog. Semuanya gara-gara penyokong PKR tidak berpuas hati apabila PAS menuntut kerusi tersebut diserahkan kepada mereka kerana ia hanya dipinjamkan pada PRU12 lalu. Ketika itu, Ketua Cabang PKR Temerloh Ahmad Nizam Hamid menjad calon di situ. PAS mempunyai alasan kukuh untuk meletakkan calon mereka, kerana Temerloh ada sejarah bermulanya parti itu di negeri Pahang. Melihat kepada keghairahan para penyokong parti masing-masing, PKR terus mengedarkan poster Nizam sementara itu PAS mengedarkan poster calon mereka iaitu Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Hassan At Tantawi. Tambah menarik apabila awal-awal lagi penyokong PAS mengatakan "Temerloh Hok Kome" yang menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong PKR disitu. Malah, ada laporan penyokong PKR diejek oleh penyokong PAS tatkala meletakkan bendera parti itu disekitar bandar Temerloh sekarang ini. Senario ini cukup membimbangkan dan boleh menjurus ke arah kekalahan secara keseluruhannya. Itu antara penyokong PAS dan PKR, belum termasuk perbalahan antara penyokong PKR sendiri di dalam menentukan calon mereka di DUN Lanchang.


Malah, apa yang lebih mengejutkan terdapat beberapa buah blog pro PKR dengan  berani menghentam pemimpin PAS dengan berbagai tuduhan. Blog kapaktunjai misalnya mendakwa keputusan Majlis presiden Pakatan Rakyat menyatakan keputusan kerusi Temerloh adalah STATUS QUO kepada Parti KEADILAN Rakyat tidak boleh dinafikan. Keputusan itu harus dipertahankan dalam kesepakatan yang harmoni. Semua pihak dalam Pakatan Rakyat harus akur dengan pucuk kepimpinan dan tidak perlu melakukan provokasi keras terhadap keputusan tersebut. "Sabotaj dari sebilang ahli PAS dengan menghembor kata-kata kesat terhadap petugas-petugas Jentera PKR semasa kerja memasang bendera di Bandar Temerloh adalah satu perkara yang tidak boleh dimaafkan, sepatutnya pemimpin mereka patut menjaga adab-adab ahli tambahan mereka ini adalah sebuah Parti yang memperjuangkan ISLAM. Tergamak mereka ini menghembor kata-kata itu kepada petugas “Non Muslim” seolah petugas ini begitu hina sekali dan tidak memberi sumbangan. Ingatlah mereka ini “Non Muslim” banyak sumbangan dalam kemenangan dalam negeri-negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat" dakwa kenyataan di blog tersebut. Baca seterusnya di SINI. 



[Malah lebih menarik apabila ada pemimpin PKR Pahang sendiri yang terikut-ikut dengan perdebatan panas di facebook berkenaan isu ini. Misalnya, Ketua Cabang PKR Kuala Krau Hj.Suhaimi Said mendakwa beliau terkejut bagaimana PAS boleh umumkan mereka bertanding di kerusi Parlimen Temerloh. "Eh..eh..betul ker PAS tanding Parlimen Temerloh, bila buat keputusan ni? Dah runding dengan PKR ker, atau declare sendiri2 saja?", katanya. Sementara itu seorang penyokong PKR, Faudzi Majid pula mendakwa beliau tidak mahu kegelojohan melemahkan semangat pejuang-pejuang yang inginkan perubahan matlamat kita adalah terus memperjuangkan agenda rakyat bukan kepada mereka yang suka buat kerja-kerja gila. "Semua parti ada masalah...kenapa tidak dibuat rundingan yang baik tampa membuat declaration yang tak sepatutnya. Kita tidak mahu membuat pengumuman awal sebelum keputusan Majlis pimpinan PR membuat keputusan. Walaupun akhirnya kita terpaksa akur. Apakah agendanya sehingga sanggup menghancurkan hati dan perasaan rakan di dalam Pakatan", kata kenyataan beliau di facebook].

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]