Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Panas: PAS Bera Buat PC "Tolak Calon PKR" Pagi Ini !!

BERA, 12 April - Susulan desakan para penyokong Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS yang secara terbuka menolak pencalonan bekas Pengerusi PKR Pahang, Zakaria Abd Hamid untuk bertanding di parlimen itu maka pagi ini satu sidang media (PC) akan diadakan oleh AJK bertindak jentera PRU Bera diatas pengkhianatan PKR merampas kerusi parlimen Bera. Program dijadualkan jam 10.00 pagi di Dewan Darul Ikhwan Kg Mengkarak (Markas Pas Bera). Sidang media itu akan diketuai oleh Saudara Shahrul selaku Ketua Pemuda PAS Kawasan Bera. Difahamkan pertikaian berlaku kerana tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba mengumumkan Zakaria (Zeck) bertanding di Parlimen Bera pada sidang media yang diadakan di Hotel Megaview, Kuantan baru-baru ini. Tindakan tersebut sukar diterima oleh PAS Bera kerana dua hari sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Pahang sendiri telah memaklumkan PAS akan bertanding di Parlimen Bera dan kawasan itu merupakan parlimen target untuk membantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Namun, apa yang berlaku dan dianggap penghkianatan bila mana PKR tergamak mengisytiharkan calon mereka bertanding, sedangkan kerusi tersebut bukanlah ada pertindihan seperti di Parlimen Temerloh. Menurut sumber, kini 30 daripada 37 ketua Unit Peti Undi (UPU) menyatakan sokongan terhadap protes tersebut. Tujuh lagi ketua UPU dipercayai berkecuali. Semua ketua UPU akan turut hadir pada sidang media yang akan diadakan ini. Malah, difahamkan bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) DUN Kemayan pada Pilihanraya Umum lalu (2008) iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli (Blogger Cucumatkilau) juga diundang untuk turut hadir pada majlis itu. Apapun, sama-sama nantikan perkembangan seterusnya isu panas ini nanti. Apa yang pasti, jika penolakan ini tidak diendahkan oleh PKR, maka kemungkinan pertembungan tiga penjuru akan berlaku di situ.  Kemungkinan ini pasti akan memanaskan suasana PRU13 di Parlimen Bera sebenarnya. Soalnya apakah akan ada kejutan?. Laporan seterusnya menyusul !!.

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

PR=PAKATAN ROSAK
PR=PAKATAN REBAH

Anonymous said...

Kalau sah stopa ali main dgn pelacur mengikut hukum hudud kena rejam sampai mati sebab beliau telah berkahwin...adakah ibrahim ali lebih hina dari stopa ali

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]