Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat !! DISINI
Lazada Philippines
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA YANG TERUS MENYOKONG BLOG INI


April 13, 2013

Panas: Protes, Jentera Pilihan Raya PAS Bera Bantah PKR 'Letak Calon' Bertanding Di Kerusi Parlimen Itu !!

BERA 13 April - Kemelut perebutan kerusi antara parti pembangkang (Pakatan rakyat) di negeri ini kian meruncing selepas jentera pilihan raya PAS Parlimen Bera mengadakan bantahan terbuka hari ini, mendesak kerusi tersebut tidak diberikan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bantahan di pejabat parti itu di sini semalam, disertai kira-kira 60 ahli PAS diketuai Ketua Pemuda PAS Kawasan Bera, Mohd. Shahrul Mohamed yang juga ketua jentera pilihan raya parti itu di Bera. Selain membawa poster menegaskan kerusi Parlimen Bera milik Pas, mereka turut melaungkan takbir sambil mengecam Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengkhianati kerjasama antara pembangkang dalam demonstrasi selama hampir 20 minit itu. Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mohd. Shahrul berkata, tindakan Anwar mengumumkan calon PKR di kerusi Parlimen Bera Sabtu lalu, jelas bertentangan dengan semangat setiakawan dalam pakatan pembangkang. Sehubungan itu, menurut beliau, jentera pilihan raya PAS Bera yang diketuainya membantah sekeras- kerasnya tindakan Anwar itu kerana kerusi tersebut milik PAS seperti pilihan raya sebelum ini. Katanya, pengumuman Anwar itu juga bertentangan dengan kenyataan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa PAS akan bertanding di Parlimen berkenaan seperti disiarkan portal berita PAS  Harakahdaily 6 April lalu. "Parlimen Bera adalah sasaran kerusi untuk dimenangi Pas Pusat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. "Sebaik pilihan raya umum 2008, jentera Pas Bera dan seluruh unit peti undi (UPU) termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan, Guai dan Triang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada gerak kerja memenangkan Pas di Parlimen ini sebagaimana yang diamanahkan kepimpinan," katanya. Sabtu lalu, Anwar dalam sidang akhbar di Kuantan mengumumkan PKR  meletakkan Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR, Zakaria Abd. Hamid sebagai calon mereka di Bera selepas sebelumnya turut mengumumkan akan meletakkan calon di kerusi itu. Pada pilihan raya umum lalu, calon BN, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menang di Parlimen Bera dengan majoriti  4,313 menewaskan calon PAS, Mazlan Aliman. 


Katanya, kerusi Parlimen Bera sememangnya kerusi PAS dan tidak pernah dimasukkan ke dalam mana-mana rundingan pertukaran kerusi dengan PKR atau DAP sejak 2008. Bagaimanapun, tambahnya, kemelut perebutan itu bermula selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada 3 April lalu, mengumumkan parti tersebut akan meletakkan calon di Bera. "Alasan bantahan akar-umbi PKR Temerloh setelah kerusi Parlimen berkenaan ditandingi Pas tidak sewajarnya menjadikan Parlimen Bera sebagai tawaran atau kambing hitam bagi menebus kekecewaan segelintir pemimpin dan penyokong PKR. "Perlu diingatkan seluruh jentera pilihan raya Pas Bera tidak terlibat dengan pertikaian tersebut dan tidak sepatutnya dipanjangkan ke Parlimen Bera yang tiada kena-mengena dengan soal kerusi Parlimen Temerloh," katanya. Tambah beliau, PKR di Bera juga hanya mempunyai kira-kira 200 ahli yang hanya tertumpu di DUN Kemayan berbanding PAS yang memiliki kira-kira 5,000 ahli di Bera. Walau bagaimanapun, beliau buat masa ini enggan menyatakan tindakan selanjutnya sekiranya PAS Pusat terus berkompromi dan bersetuju calon PKR bertanding di kawasan parlimen itu.


[Apa yang berlaku di Parlimen Bera ini sungguh mengejutkan sebenarnya. Ramai yang mempertikaikan apa yang dilakukan oleh Jentera Pilihanraya PAS Bera ini kononnya tidak mengikut "walla' pemimpin" dalam membuat tindakan. Namun, mereka juga harus sedar bahawa dua hari sebelum Azmin umum Zakaria bertanding, Dato' Tuan Ibrahim (Pesuruhjaya PAS Pahang) terlebih dahulu umumkan PAS bertanding di situ. Maka, siapa yang bersalah dalam hal ini?. Kenapa pemimpin tidak berbincang dengan baik sebelum membuat keputusan, sedangkan kerusi Parlimen Bera bukanlah yang berstatus "quo" iaitu bertindih dengan lain-lain parti. Malah, amat tidak munasabah sama sekali PKR yang tidak mempunyai jentera yang cuku di Bera diberi hak bertanding di Parlimen Bera dan DUN Kemayan. Sedangkan PAS yang begitu kuat bekerja dan istiqamah selama ini hanya mendapat kerusi DUN Guai sahaja. Selebihnya kerusi DUN Triang ditandingi oleh DAP. Bayangkan parti yang kuat dengan jentera yang sudah bersiap sedia untuk menggempur sejak lima tahun lalu hanya bertanding di satu DUN sahaja di kawasan ini. Anehnya, PKR pula yang mendapat kesitimewaan tersebut. Maka, amat munasabah sekali Jentera Pilihanraya PAS ini membantah tindakan mencalonkan individyu dari PKR bertanding di situ. Keputusan yang memang akan menyebahkan kekliruan dikalangan semua pihak. Apapun, carilah jalan penyelesaian terbaik sebelum hari pencalonan dan pengundian ini hendaknya. Jangan nanti PKR bertanding tetapi tiada jentera untuk membuat kerja. Sama seperti apa yang berlaku kepada calon PKR di DUN Kemayan pada PRU-12 dulu yang terkapar-kapar sendirian apabila PKR tarik keluar semua jentera parti itu].

5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Anda pemimpin PR sedang diuji
Jangan nanti dgn senarai ahli 5000 &200
anda akan ditolak ke jurang oleh ribuan bukan ahli!
Ini ujian pertama
Ujian ke 2 hari mengundi
Ujian ke 3 perebutan jawatan YB @Menteri
Ujian ke 4 pembahagian harta rampasan perang!

Awas Jangan Menyediakan Ruang Untuk Ditolak Pengundi
Jangan sikit-sikit berdemo!

Anonymous said...

Pahang perlukan MB baru yang boleh memajukan lagi negeri Pahang! Pahang sebuah negeri yang besar tapi amat ketinggalan dari segala segi. PM dari Pahang pun tak dapat nak majukan Pahang! Yang sedikit maju hanyalah kawasan Kuantan.
Temerloh sepatutnya dah lama maju, tapi sedihnya IPTA/IPTS pun tiada. Terlalu banyak forum di Internet yang melahirkan ketakpuasan hati rakyat terhadap pendidikan di Pahang!Pulihkanlah imej pahang dan jadikan pahang sebagai negeri ilmu! contohilah negeri Terengganu yang jelas pemerintahnya membudayakan dan mementingkan ilmu dgn terbina banyak pusat pengajian. Ambillah idea dari ramai pihak seperti jadikan Temerloh sebagai hub ilmu titik tengah semenanjung malaysia! Lokasi yang sesuai dan strategik tapi disia-siakan sahaja!
Rakyat pahang khususnya di Temerloh hanya akan memilih pemerintah yang dapat yakinkan rakyat untuk bangunkan kawasan sebagai destinasi ilmu! Dalam hal ini, mendengar ceramah2 pembangkang jauh lebih meyakinkan dari pemerintah kerajaan BN sendiri! Tak mustahil kerusi2 di Pahang khususnya di Temerloh akan hilang ke pembangkang sekiranya perkara ini tidak diambil perhatian! Ubahlah matlamat wahai kepimpinan kerajaan BN dan dengarlah hasrat hati pengundi anda!

Anonymous said...

PKR nampaknya tamak. PAS banyak tolak ansur. PKR melampau.

Anonymous said...

Adakah kumpulan tegar hasan ali membuat onar dibera sekarang ini....membuat pemikiran rakyat terbanyak menjadi serba-salah

Anonymous said...

Jangan salahkan HA. PKR jangan ghairah hendak menang. Jentera PAS mengatasi jentera PKR di Bera. Ada bbrpa kerusi lagi di Pahang yg menjadi milik PAS tetapi disamun oleh PKR (saya gunakan istilah 'samun') sbb pd pru12 PAS pinjamkan kpd PKR bbrpa kerusi PAS kpd PKR. Kali ini, PKR terus dakwa itu milik PKR. Ini namanya Belanda(yahudi) diberi tanah.


[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter