Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

PRU-13: Sah, Tuan Ibrahim Bakal Tanding Kerusi DUN


[Ketua Penerangan PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri,  Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan bakal bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang. Menurut sumber, beliau kini memnfokuskan untuk bertanding di kawasan Kuala Krau pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Dengan keputusan ini bermakna harapan penyokong PAS untuk melihat beliau menjadi Menteri Besar Pahang jika Pakatan Rakyat menang pada PRU13 ini semakin cerah. Di tambah lagi dengan keputusan Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi PKR Pahang) yang bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota. Berdasarkan kepada pengamatan PDO, beliau dijangka sekali lagi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka yang pernah dimenanginya pada Pilihanraya Umum ke-10 dulu. Ketika itu, beliau menewaskan Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Zainal Hassan dan menjadi wakil rakyat dari tahun 1999 hingga 2004. Apapun, selepas ini beliau gagal mengekalkan kemenangan di situ apabila DUN Jengka dibuat persempadanan semula dan termasuk dalam Parlimen Kuala Krau. Melihat kepada senario politik sekarang, Dato' Tuan Ibrahim mempunyai harapan cerah untuk menang pada kali ini. Itu pun jika jentera PAS dapat masuk ke kawasan tradisi tanah rancangan Felda yang banyak di DUN Jengka. Apapun, peluang dilihat sama rata kerana ADUN sedia ada dikatakan amat tidak disenangi].

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]