Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Rupanya "ADUN Taman Templer" Anak Peneroka Bera


Di Pahang, kawasan Felda menjadi benteng UMNO BN yang kukuh dan kejap dalam PRU yang lalu. Bahasa sekarang disebut ‘fixed deposit’  UMNO. Sukar untuk PR memenanginya. Bawalah isu apa saja, penipuan didedahkan dan tawaran Pakatan diberikan, nampaknya mereka tidak peduli sangat. Buktinya, kesemua peti undi Felda di Pahang secara majoritinya memihak kepada BN. Ada 25 daripada 42 DUN Pahang memiliki peti undi kawasan Felda, dan 12 daripada 14 kawasan parlimen. Bukan tidak ada anak-anak peneroka, ataupun generasi kedua Felda yang tidak berkarisma dan dan mempunyai daya kepimpinan yang menjadi pilihan. Tetapi dalam kawasan-kawasan Felda di Pahang, semua itu tidak dilihat. Yang peneroka nampak hanyalah calon-calon UMNO saja, meskipun tidak mempunyai kelulusan. Tetapi anak peneroka Pahang boleh berjaya menjadi pemimpin dan dipilih sebagai wakil rakyat, asal saja bertanding di luar Pahang. Contohnya ialah Zaidy Abdul Talib, ADUN Taman Templer, Selangor yang menang PRU baru-baru ini. Ada laporan mengatakan beliau adalah anak peneroka di sebuah tanah rancangan Felda di Bera (Pahang) tetapi menabur bakti di bumi Selangor. Anak Bera itu kini sudah menjadi YDP PAS Selayang.  Pada PRU lalu, Zaidi mengalahkan calon ‘gergasi’  UMNO  iaitu Dato’ Subahan Kamal Omar Din (mahaguru silat yang cacat). Subahan ialah bekas Exco Pemuda  UMNO Malaysia dan pengurus pasukan bola sepak kebangsaan sekarang. Pada PRU lalu Zaidi menang besar iaitu dengan 7,467 undi. Jika Zaidi bertanding mana-mana kerusi DUN di Bera atau Pahang (kawasan Felda), belum tentu beliau boleh menang berdasarkan trend pada PRU-13 lalu. #sumber

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Putra IJ80 said...

Maaf kata...

Peneroka Felda di Pahang..ramai datang dari Utara Perak malah bolh sya katakan ramai dari mereka berketurunan Banjar.

Orang Banjar asal nya kuat Agama...

Kerana itu Pada satu ketika di datangkan tenaga Pengajar Agama dari kalangan orang Banjar yg mengajar Kitab.

Malang nya bila FELDA sudah meningkat.,Generasi kedua yg.sudah ada sedikit pelajaran telah terjebak dgn dunia luar Felda dan berlumba lumba ingin jadi kaya meneroka berbagai bagai bidang perniagaan.,

Kerana kurang pengalaman ramai yg gagal dan susah hanyut dalam masaalah.

Masjid sudah tidak ada tempat bagi mereka belajar Agama jauh sekali sementara yg Tua tua (Peneroka Asal)ramai yg.sudah uzur atau meninggal.

Akhirnya Agama x ketahuan..hidup sudah tidak ada tempat maka kepada UMNO(BN) lah mereka mengharapkan rezeki..segantang walaupun rugi seguni.

Pandagan ini pandagan peribadi berdasarkan penelitian yg.kaji.

Jgn Maree.

palong 4 mari said...

Harga sawit dan getah mahal....main judi dalam kebun. Bila getah dan sawit turun harga....merepek dekat depan TV...mengeluh susah...Itulah perangai orang FELDA...TAPI TAK SEMUA BEGITU. FELDA palong contohnya.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]