Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN KEPADA PARA PEMBACA YANG BERAGAMA ISLAM SEANTERO DUNIA
061114Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Duit Raya Terhebat !! DI SINI
310814Promosi Lampu Hiasan Dari Kedai Lampu2u, Khas Untuk Hari Raya DI SINI



June 20, 2013

Yang Dipertua MPK Nafikan Terowong Sungai Lembing Tidak Selamat, Gesa Pengunjung Agar Ikuti Peraturan

KUANTAN, 20 Jun - Dakwaan yang menyatakan Terowong Sungai Lembing di sini, tidak selamat dikunjungi oleh pelancong dinafikan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Orang ramai kini menyebarkan "khabar angin" mengatakan terowong terbabit tidak selamat, susulan kejadian seorang pengunjung cedera akibat dihempap patung "replika pekerja lombong" ketika melawat ke lokasi itu pada 1 Jun lalu.  Dalam kejadian itu, Chai Coon Chok, 52, bernasib baik kerana objek seberat 30 kilogram itu tidak menghempap kepalanya yang boleh menyebabkan kecederaan yang lebih serius.  Dalam kejadian jam 3.00 petang itu, mangsa hanya cedera di pinggang dan kakinya sahaja. Mangsa yang berasal dari Kulai, Johor Baharu datang bersama 22 anggota rombongan dari Singapura untuk mengunjungi terowong itu. Sementara itu, Yang Dipertua MPK, Dato' Zulkifli Yaakob (foto) berkata kejadian buruk yang berlaku itu boleh dielakkan jika pengunjung mengikut peraturan yang telah ditetapkan. "Tanda amaran sudah diletakkan di kawasan lombong bagi memaklumkan kepada pengunjung agar mereka tidak menyentuh, duduk atau bersandar pada sebarang binaan dalam lombong.. namun apa yang berlaku diluar kawalan. Bagaimana pun MPK akan memberikan bantuan sewajarnya jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini", katanya.  Terowong Sungai Lembing adalah merupakan lombong timah yang terbesar, terpanjang dan terdalam di dunia. Kini, jumlah pelancong yang berkunjung ke lombong itu meningkat dari masa ke semasa. Lombong yang telah direstorasi ini akan memberikan pengunjung pengalaman dan pengembaraan yang menyeronokkan melalui alat-alat interaktif, paparan audio visual, replika peralatan melombong, simulator dan banyak lagi.  Lombong ini direstorasi sedemikian rupa untuk mengekalkan keasliannya seterusnya membolehkan para pengunjung mengimbau kembali aktiviti perlombongan yang dijalankan di zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu. Lombong yang terletak di dalam hutan hujan tropika ini akan memberikan satu pengalaman yang sangat unik sebenarnya. 


Bermula dengan menaiki “Lokomotif” pengunjung akan menyusuri laluan masuk ke lombong ini. Seterusnya pengunjung akan berjalan kaki ke tengah-tengah lombong. Di sepanjang perjalanan, pengunjung akan berpeluang  mendapatkan info berkaitan sejarah serta cara bagaimana aktiviti perlombongan dijalankan pada masa dahulu. Pengunjung juga akan menikmati suasana yang nyaman sepanjang perjalanan hasil daripada sistem pengudaraan yang unik yang telah dicipta oleh pengusaha lombong ini sejak dari dahulu lagi. Berbagai pengalaman menarik akan ditempuhi sepanjang pengembaraan termasuklah mengunjungi Lubang Sejuta, Kiew, laluan ke Lombong Myah selain dapat mencuba alatan interaktif yang ada serta memperolehi pengetahuan baru melalui paparan-paparan audio visual. Ketinggian terowong adalah dari 12 kaki hingga 200 kaki.  pengunjung dapat melihat beberapa lubang angin yang disalut konkrit di dalam terowong itu masih kukuh dan sama sejak dikorek lebih 100 tahun dulu. Malah, mereka juga boleh melihat kayu cengal yang digunakan sebagai penahan hakisan  di dalam terowong juga masih kukuh dan binaanya tetap utuh.Keseluruhan lawatan anda akan mengambil masa lebih kurang satu jam. Kanak-kanak dibenarkan untuk memasuki terowong ini bersama dengan ibubapa atau penjaga. Apa yang membanggakan  dalam majlis Anugerah Antarabangsa Untuk Komuniti Sesuai Didiami 2012 di Bandar Al-Ain, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) hujung tahun lalu, MPK mendapat tempat kedua Anugerah Emas untuk kategori projek sosioekonomi di Muzium Sungai Lembing.


[Terowong Sungai Lembing dibuka kepada orang ramai dari hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam, manakala pada hari Jumaat hingga Ahad dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Oleh itu, jangan lupa rasai pengalaman yang menakjubkan dengan menerokai Terowong Sungai Lembing ini. Berdasarkan sejarah, Pekan Sungai Lembing mula dibangunkan Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) sejak 1891 dan mereka mula melombong bijih timah di kawasan itu pada tahun 1906, sebelum menghentikan aktiviti berkenaan pada 1986 berikutan kejatuhan harga komoditi berkenaan. Apa yang menarik ialah Pengunjung dapat melihat binaan patung (bersaiz badan manusia) dalam pelbagai posisi seperti mendulang dan mengorek, topi keselamatan, lampu kabaid, lampu berkuasa bateri dan bahan letupan (karbait) bagi memberi gambaran situasi dan bagaimana pekerja dahulu bekerja. Cuma, anda dilarang memegang, menyentuh dan sebagainya. Inilah yang terjadi kepada pengunjung yang ditimpa musibah baru-baru ini. Oleh itu, tiada apa yang perlu digusarkan jika anda dapat mengikut segala peraturan yang telah pun ditetapkan pihak terbabit].
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]