Pages

Penganggur Di Tahan Kerana Miliki Dadah RM408,200


KUANTAN - Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan polis ketika berada dalam kereta di hadapan sebuah rumah di Jengka 4, dekat Maran, awal pagi kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Superintendan Yap Toon Khuan berkata, dalam serbuan jam 1.20 pagi itu, suspek berusia 36 tahun cuba lari sebelum bergelut dengan polis. “Hasil pemeriksaan menemui dadah jenis syabu seberat 5.5 gram bernilai RM5,500 di tepi pintu pemandu dan heroin seberat 2.042 kilogram di dalam but kereta bernilai RM408,200,” katanya, di sini, semalam. Beliau berkata, polis percaya dadah itu diperoleh dari negeri jiran untuk diedarkan di sekitar Jengka dan Maran. “Suspek sudah berkahwin dan ada seorang anak itu mempunyai dua rekod jenayah lampau termasuk pernah dipenjarakan pada 2000 hingga 2003 kerana terlibat aktiviti dadah,” katanya. Suspek ditahan reman sehingga 26 Jun ini dan kes disiasat ikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum gantung sampai mati. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]