TANGGAL 31 OGOS 2020 GENAPLAH USIA PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE (PDO) YANG KE-12 TAHUN (2008-2020) | TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA | JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Jenayah: "Rambo Bentong" Di Tuduh Rogol Dan Bunuh !


TEMERLOH - Lelaki bergelar ‘Rambo Bentong’ yang sedang menjalani hukuman penjara 133 tahun kerana kesalahan merogol, seks luar tabii serta cubaan membunuh seorang anggota polis Februari lalu, dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini semalam, atas tuduhan membunuh dan merogol seorang remaja perempuan empat tahun lalu. Rabidin Satir, 42, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong antara jam 11.30 malam 7 Mac 2009 hingga 1.50 pagi 8 Mac 2009. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati. Dia turut dituduh merogol mangsa sehingga menyebabkan kematiannya di tempat dan masa yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 376(4) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan. Rabidin memahami kedua-dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Dusun di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah. Azman kemudian tetapkan 26 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula. Tinggal di hutan Rabidin diwakili peguam Richard Bong Chong Fook manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustaffa. Tertuduh digelar ‘Rambo Bentong’ kerana tinggal di hutan di daerah itu dan menggunakan pisau Rambo bagi mengugut mangsanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]