Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Pengguna Lega Harga Ayam Kembali Stabil Di Bentong


BENTONG - Langkah kerajaan melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bermula semalam sehingga 11 Ogos ini disambut baik oleh pengguna daerah ini dengan menyifatkan mampu mengekang peniaga menaikkan harga barangan tertentu sesuka hati. Mereka menyifatkan tindakan tersebut merupakan langkah terbaik khususnya peniaga ayam yang menjual sehingga RM8.40 sekilogram sebelum skim berkenaan dikuatkuasakan dengan menetapkan harga siling RM7.70 sekilogram. Seorang pengguna, Nordin Musa, 58, berkata, dia berpuas hati apabila kerajaan memasukkan harga ayam itu dalam senarai skim tersebut bagi membendung segelintir peniaga mengambil kesempatan mengaut keuntungan melampau. "Sejak akhir-akhir ini ramai kalangan pengguna merungut dengan tindakan peniaga yang menjual daging ayam sehingga RM8.40 sekilogram. Pelaksanaan skim berkenaan mampu mengekang mereka menjual sesuka hati," katanya. Seorang lagi pengguna, Zafizah Mat Saad, 38, berharap kerajaan membendung kenaikan harga ayam itu pada awal Ramadan lalu kerana perkara tersebut sentiasa berulang setiap tahun. "Walaupun harga ayam sebelum ini bukan barangan kawalan tetapi kerajaan sepatutnya sudah boleh menjangkakan kenaikan harga itu berikutan permintaan bertambah pada bulan Ramadan. "Kerajaan boleh menasihati para penternak tingkatkan pengeluaran ayam supaya orang tengah tidak ambil kesempatan dengan alasan kekurangan bekalan atau import ayam negara lain bagi tampung keperluan Ramadan dan Aidilfitri," dakwanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]