SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAF ZAHIR BATIN DARIPADA KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE

Rayuan Kes Liwat Di Tangguhkan, Peguam Anwar Sakit


SHAH ALAM - Mahkamah yang sepatutnya mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, esok, mungkin ditangguhkan. Penangguhan itu ekoran peguam bela Anwar, Karpal Singh tidak sihat. "Kita akan buat permohonan penangguhan kerana Karpal tidak sihat. Beliau kini ada di hospital dan dijangka berada di mahkamah, dua tiga hari lagi. "Bagaimanapun, kita belum tahu bila tarikhnya," kata Ramkarpal. Mahkamah Rayuan sebelum ini menetapkan dua hari bermula esok bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu. Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari. Anwar didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan tersebut. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]