SELAMAT DATANG KE PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE

Keluarga OKU Daif Perlu Di Bantu Menjelang Hari Raya


Susulan pendedahan PDO berkenaan isu kebuah keluarga daif OKU yang terpinggir yang mendiami sebuah rumah di Kg.Tanjung Gadong (Tg.Perang) berhampiran Tanah Rancangan Felda Kg.Awah, perlukan bantuan dan sumbangan orang ramai. Maka ramailah wakil-wakil agensi yang berkenaan berjanji untuk menghulurkan bantuan terutamanya kewangan bagi meringakan bebanan keluarga terbabit. Namun info terkini yang diterima drp shbt di sana mendakwa hingga ke saat ini beberapa hari lagi menjelang Aidil Fitri, tiada seorang pun pemimpin kerajaan atau wakil agensi berkaitan seperti :- 1). Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) 2). Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) 3). ADUN Kawasan Chenor (YB Ariffin Ismail) 4). Ahli Parlimen Maran (Dato' Ismail Muttalib) 4.) Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan yang berkaitan. Justeru kami akan membuat pendedahan eksklusif berkenaan sikap tidak cakna pihak berkenaan terhadap keluarga terbabit. Maka, mohon sahabat-sahabat yang prihatin untuk hulurkan sumbangan kepada keluarga terbabit di akaun Giro Bank Simpanan Nasional (BSN) 0640029000019339 dengan segera demi meringankan bebanan hidup mereka.

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]