SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAF ZAHIR BATIN DARIPADA KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE

PAS Lipis Ziarah Bayi Empat Bulan Jantung Berlubang !


KUALA LIPIS - “Sebak dan luluh hati melihatkan anak saya yang berusia empat bulan ini hanya seberat empat kilogram sedangkan bayi seusianya sudah membesar sihat." Demikian luahan Norizan Sharudin, 23, mengenai penderitaan anaknya, Muhamad Adam Mukhris Miqail yang mengidap jantung berlubang. Menurutnya, hanya ALLAH SWT mengerti betapa hancur hatinya apabila dimaklumkan pihak hospital bahawa bayinya yang mesra dipanggil Adam itu mengidap jantung berlubang ketika berusia dua minggu. Norizan berkata, berat Adam tiga kilogram (kg) sewaktu dilahirkan dan selepas seminggu pulang ke rumah, dia terpaksa ke hospital semula kerana bayinya mengalami demam kuning yang teruk. “Ketika dirawat di Hospital Lipis, bayi saya kelihatan lemah dan doktor memaklumkan dia kekurangan oksigen. Pihak hospital kemudiannya membuat imbasan pada tubuh anak saya dan mengesan terdapat masalah pada saluran darah,” katanya. Dia berkata demikian pada Program Ziarah PAS Kawasan Lipis sempena Aidilfitri di Hospital Lipis, kelmarin. Katanya, anaknya itu kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh dan seterusnya dimaklumkan ttmengidap jantung berlubang. “Selepas Adam disahkan mengidap penyakit kronik, kehidupan saya sekeluarga terus berubah dan hospitalt jadi rumah pertama kami kerana anak saya perlukan pemantauan rapi,” katanya. Norizan yang tinggal di pekan Benta, dekat sini, berkata, sebelum ini Adam bergantung sepenuhnya pada susu badan, namun disebabkan masalah kesihatan, Adam terpaksa minum susu melalui tiub. “Pada awalnya saya sendiri tidak sanggup melihat keadaannya yang masih kecil terpaksa tanggung derita sebegitu.  #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]