Pages

Pelancongan: Taman Safari Bukit Gambang Kini Di Buka


KUANTAN - Pahang dikatakan memiliki segala produk pelancongan yang mampu menawan hati pengunjung tidak kira pelawat tempatan mahupun luar negara. Keunikan yang terdapat di negeri ini sememangnya menjadi tumpuan kepada pelancong untuk bercuti sama ada bersama keluarga atau rakan. Tarikan flora dan fauna serta keindahan pantai menjanjikan keseronokan percutian yang lebih bermakna serta sudah tentu meninggalkan kenangan manis kepada mereka. Jalinan jalan raya yang baik serta Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) turut merancakkan sektor pelancongan bagi memudahkan pergerakan pelawat singgah ke tempat menarik. Satu lagi tarikan di Pahang khususnya Kuantan adalah Taman Safari Bukit Gambang (TSBG) yang merupakan taman safari terbesar di negara ini. Berkeluasan kira-kira 55 hektar (138 ekar), TSBG terbahagi kepada lapan zon antaranya Land of Predators, Bird Valley dan Wild Savannah. Untuk ke sana, pengguna LPT perlu keluar ke Plaza Tol Gambang dan kemudian mengambil susur ke kanan menuju ke taman tersebut. Taman itu merupakan taman tema kedua dibangunkan oleh Sentoria Group Sdn. Bhd., selepas Taman Tema Air Bukit Gambang yang terletak di Bukit Gambang Resort City di sini. Bernilai RM82 juta, semasa di peringkat awal, tiga zon telah dibuka di taman itu, Simba Hill', 'Night Jungle' dan 'Foreign Village' manakala fasa berikutnya akan dibuka sepenuhnya kepada orang ramai menjelang akhir tahun ini. Beberapa zon safari masih lagi dalam pembinaan seperti Forest Land, Land of Predators, Dessert Land dan Bear Mountain yang dijangka siap sepenuhnya pada awal Disember ini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]