SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAF ZAHIR BATIN DARIPADA KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE

Sebanyak 214 kes Jangkitan Demam Denggi Di Kuantan


KUANTAN - Sebanyak 214 kes jangkitan demam denggi dikesan di daerah ini dalam tempoh lapan bulan tahun ini yang memerlukan kerjasama orang ramai meningkatkan kebersihan bagi mencegah wabak tersebut daripada merebak. Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Abu Hassan Shaari berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding dalam tempoh sama pada tahun lalu. Menurutnya, bagi mengekang gejala itu, usaha pembasmian pembiakan digerakkan melalui operasi yang diberi nama Ops Gempur Aedes di sini semalam. Jelasnya, operasi diketuai Pegawai Kesihatan daerah Kuantan, Dr. Amirullah Mohd. Arshad itu melibatkan 45 pegawai kesihatan dari tiga daerah iaitu Kuantan, Maran dan Pekan. "Operasi itu dibuat bagi meningkatkan tahap kesedaran kesihatan kepada penduduk daerah ini tentang bahaya pembiakan nyamuk aedes," katanya kepada pemberita selepas mengadakan operasi tersebut di Indera Mahkota di sini. Menurutnya, selain memeriksa kawasan tertentu yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, sesi penerangan juga diberikan supaya sentiasa menjaga kebersihan khususnya ditempat bertakung. Dalam operasi itu, sebuah premis penyimpanan kereta potong di Indera Mahkota 1 di sini diberi notis arahan membersihkan kawasan itu sebelum tindakan diambil. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]