Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Sebanyak 400 Rumah Generasi Baru Di Bina Di Maran


MARAN - Felda bersetuju membina 400 unit rumah Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di empat tanah rancangan agensi itu dalam kawasan Parlimen Maran tahun ini. Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, projek itu merupakan satu usaha berterusan kerajaan melalui Felda bagi menyediakan tempat tinggal lebih selesa kepada anak peneroka yang tinggal dalam tanah rancangan. Menurutnya, antara tanah rancangan terpilih ialah Felda Jengka 1, Jengka 2, Jengka 6 dan Felda Tajau yang dianggap sebagai projek perintis PGBF dalam Parlimen Maran yang mengandungi 12 tanah rancangan Felda. "Felda komited membina rumah di bawah PGBF di semua tanah rancangan Felda seluruh negara secara berperingkat bagi memenuhi keperluan kediaman kepada generasi baharu yang berkeluarga. "Pembinaan itu akan dibuat mengikut fasa kerana membabitkan kos tinggi dan kekurangan kontraktor berwibawa bagi melaksanakan projek berkenaan,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Semai Bakti bernilai RM800,000 dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Felda Jengka 6 di sini baru-baru ini. Yang turut hadir, Timbalan Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Sapie Embong; Pengurus Felda Jengka 6, Mohamad Radzi Rahmat dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Jengka 6, Saharuddin Lela. Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, projek di empat tanah rancangan itu kini dalam pemilihan kontraktor dilantik Felda iaitu setiap unit rumah yang dijual lebih rendah berbanding harga pasaran. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]