Pages

Sumber Air Terputus, Orang Asli Bera Kini Terancam !!


BERA  - Projek bekalan air bersih dari sumber bawah tanah yang dibangunkan di enam perkampungan Orang Asli dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan di sini sejak dua tahun lalu kini menjadi projek 'gajah putih'. Kegagalan projek bernilai RM10 juta itu telah menyebabkan lebih 2,000 Orang Asli dari kampung terbabit terdedah dengan masalah kesihatan apabila mereka terpaksa bergantung kepada sumber air sungai yang dikhuatiri dicemari kesan buangan sisa racun pertanian. Penempatan Orang Asli terlibat ialah Kampung Pasal, Kampung Lubuk Tembangau, Kampung Saba Serting, Kampung Pathir, Kampung Lubuk Perah dan penempatan Orang Asli Pos Iskandar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd. Fadil Osman berkata, projek bekalan air yang diperoleh daripada sumber air bawah tanah dengan menggunakan pam galas sepatutnya mula berfungsi sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun katanya, projek tersebut tidak berfungsi dengan lancar kerana kontraktor dilantik memasang dan menyelenggara pam berkenaan menghadapi masalah dalaman. "Melihat kepada permasalahan itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melantik kontraktor lain bagi memulihkan semula pam berkenaan supaya dapat beroperasi semula setelah terbiar sejak enam bulan lalu. "Saya merasa kesal dengan kontraktor sebelum ini berikutan gagal menyiapkan kerja-kerja pemasangan pam galas mengikut jadual sedangkan kementerian telah menjelaskan semua pembayaran bagi melaksanakan kerja tersebut," katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]