Pages

Beriadah Sambil Tenangkan Fikiran Di TJPSAS Kuantan !

 

KUANTAN - Beriadah bersama keluarga atau rakan di tempat menarik sudah tentu menjadi kemestian bagi mereka untuk menghabiskan masa, selain menenangkan fikiran selepas penat bekerja. Bagi penduduk bandar pula, kawasan riadah menjadi pilihan utama untuk bersantai atau mengadakan aktiviti sukan yang akan mengeratkan hubungan sesama mereka. Taman Jubli Perak Sultan Ahmad Shah (TJPSAS) yang terletak di Indera Mahkota dekat sini menjadi pilihan masyarakat daerah ini mengadakan pelbagai aktiviti riadah di situ. Terletak berhampiran Jalan Sungai Lembing-Kuantan, lokasi itu menjadi tumpuan popular warga Kuantan dan mewujudkan suasana ceria di kawasan itu. Taman itu yang terletak di tengah bandar Kuantan sentiasa menjadi tumpuan masyarakat setempat yang inginkan suasana berbeza dari laut dan pantai. Kawasan tersebut mempunyai perbezaan dengan taman rekreasi lain di bandar ini iaitu tasik buatan yang cantik serta dipenuhi dengan pelbagai spesies ikan. Dilengkapi dengan trek joging sepanjang dua kilometer, pelbagai jenis alatan senaman turut disediakan di sepanjang laluan tersebut bagi pengunjung yang mementingkan kesihatan serta ingin melakukan senaman ringan. Ibu bapa yang membawa anak kecil tidak perlu bimbang kerana taman itu turut menyediakan taman permainan yang sudah pasti menjadi pilihan mereka untuk bermain. Selain itu, pengunjung berpeluang melakukan aktiviti berkayak, berbasikal dan memancing serta bermain woodball. Bagi aktiviti berkayak, caj sebanyak RM8 dikenakan untuk kayak solo manakala RM12 pula bagi kayak yang mempunyai dua tempat duduk. Setelah penat beriadah, pengunjung boleh berehat sambil menikmati makanan dan minuman di gerai yang menyediakan pelbagai jenis masakan panas di tepi tasik. Mereka juga tidak perlu bimbang kerana taman itu juga menyediakan kawasan letak kereta yang luas. Antara kemudahan lain disediakan di situ adalah tandas awam, surau, beberapa wakaf dan kawalan keselamatan sekitar taman berkenaan. #selanjutnya

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]