IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Kerajaan Di Gesa Naik Taraf Jalan Jengka - Kg.Awah !!


JENGKA - Suara masyarakat bercerita tentang jalan Kampung Awah-Bandar Tun Abdul Razak Jengka hingga ke Simpang Kampung Awah dikatakan hangat diperkatakan di kedai kopi di tanah rancangan Felda. Kisahnya bukan sahaja mendapat perhatian pengguna jalan itu tetapi mendapat perhatian media yang memuatkan akan bahayanya melalui jalan berkenaan. Keadaan itu memerlukan Kerajaan Pusat, Felda dan kerajaan negeri segera mengumumkan peruntukan bagi menaik taraf jalan berkenaan. Sudah sampai masanya projek itu dilaksanakan segera kerana masyarakat di sini memerlukan rangkaian jalan raya lebih sempurna dan bukannya yang mengancam nyawa. Jalan tersebut mepunyai kelasnya tersendiri kerana laluan tersebut menjana ekonomi dan pendidikan yang majoritinya bumiputera. Laluan tersebut semakin sempit dan tidak lagi seimbang bagi menampung jumlah kenderaan yang tinggi tanpa mengira masa termasuk musim perayaan. Namun, pada cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, dianggarkan kira-kira 100,000 kenderaan yang dipercayai dari perantauan pulang berhari raya di tanah rancangan. Ada generasi baharu Felda mengeluh melihat mutu jalan yang dilalui mereka semasa kecil masih tidak berubah sedangkan Bandar Tun Abdul Razak Jengka semakin pesat membangun. Sudahlah kualiti jalan tidak elok dan sempit ditambah lagi ada laluan yang garisan putih tidak jelas sehingga menyukarkan pemanduan malam atau waktu hujan. Rakyat kini memerhati dan menilai mutu perkhidmatan kerajaan selepas 100 hari dan menjadi tanda aras kejayaan cemerlang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]