Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat !! DISINI
Lazada Philippines
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA YANG TERUS MENYOKONG BLOG INI


September 8, 2013

Lelaki Maut Di Panah Petir Dekat Kg.Gunung Senyum !!


TEMERLOH - Seorang penduduk Kampung Gunung Senyum maut selepas dipanah petir ketika dalam perjalanan pulang dari menjala ikan di sebuah Paya dekat kampung tersebut, petang kelmarin. Ketika kejadian, mangsa Salleh Yaakob, 52, bersama isteri, Norehan Hasan 49, memang berhasrat mahu pulang apabila hujan lebat dan ribut petir melanda kawasan itu kira-kira jam 7 petang. Bagaimanapun menurut seorang saksi Azmi Dollah, 49, ketika cuba menghidupkan enjin motosikal, tiba-tiba satu panahan petir mengenai mereka hingga terpelanting beberapa meter. “Akibat panahan petir itu Salleh tidak sedarkan diri, isterinya mungkin sempat menghubungi anaknya dan diberitahu kepada seorang jiran dan kami bergegas ke tempat kejadian. “Masa itu, saya bersama penduduk kampung menaiki dua kereta memandu ke kawasan paya dan dalam perjalanan pergi dan pulang mengambil mangsa keadaan hujan masih lebat dan ribut petir. “Kami terus hantar mangsa ke Hospital Jengka dan disahkan meninggal dunia oleh doktor kira-kira jam 8 malam,” katanya. Azmi berkata, jenazah dibawa pulang ke rumahnya dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Gunung Senyum semalam. Turut hadir menziarahi keluarga mangsa di rumahnya di sini semalam, Adun Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad. Menurutnya, mangsa dan isteri kerap kali pergi menjala ikan di kawasan tersebut hampir setiap hari dan itu antara rutin harian mereka. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan mati mengejut. Menurutnya, mangsa berada bersama isteri semasa kejadian tetapi kemungkinan mangsa ada memegang jala atau besi menyebabkan dia mengalami kecederaan serius dan meninggal dunia. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:


[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter